June 29, 2009

sebuah perjalanan

Bersawang sudah blog aku ni. Sekejap lagi aku akan terbang ke bumi kuantan. Sebetulnya kapal terbang yang menerbangkan, sebab manalah aku dapat terbang. Melainkan aku ada super power.

Anak rantau meneruskan semula perjuangan. Bukan sedikit kekuatan yang diperlukan dalam kembaraku ini. Berseorangan, dalam perjalanan. Namun tentulah kita tidak pernah keseorangan, kerna DIA selalu bersama kita. Menilai semula detik2 yang dilalui sepanjang hari ini membuat hatiku cukup tersentuh. Perjalanan ini persis analogi sebuah kematian, yakni perjalanan insan menuju Tuhan. Dihantar di lapangan terbang, ya aku masih berasa ramai dan berteman. Selepas itu ayah, ibu dan semuanya pergi meninggalkanku. Bersendirian di ruang menunggu. Walaupun kelihatan ramai, adakah mereka peduli denganmu atau denganku?? Tentulah tidak, kerana masing2 punya destinasi dan kebimbangan sendiri. Apalagi perjalanan di alam barzakh...

Perjalanan ini amat menginsafkan, walau zahirnya hanya terasa penat. Selepas ini, aku akan berkongsi lagi mutiara2 kehidupan yang kutemui di setiap detik di sepanjang masa yang bergelar cuti~