January 17, 2010

Flush after use




Kena jawab tag seseorang dulu walaupun mata macam dah tak larat nak bukak.


Aku amat sensitip kot bab2 ni. Mungkin sebab aku dah kerap kali menemuinya and it was troublesome ok?


Cerita zaman sekolah rendah. Pernah di suatu hari aku mengalami emergency lalu pergilah dengan bersemangatnya. Ke mana? Ke tandaslah.


Masuk2, sensorku mengesan sesuatu.


Haruman serata alam. Adoi boleh pengsan kalau tak bermujahadah.


Aku pun jenguk2 nak masuk. Tandas ada 4 kalau tak silap.


Jenguk yang pertama, hmm aku tutup mata. Tanak tengok!


Jenguk yang kedua, waaa flush rosak.


Jenguk yang ketiga, pun aku tanak tengok! Pemandangan yang 'indah' kot.


Jenguk yang keempat, aik mana pintu???


Masa tu aku rasa nak menangis. Rasa nak panjat pagar sekolah balik rumah terus pun ada. Mujur semangat aku kental. Aku pun baliklah ke kelas dengan muka kelat.


Itu cerita lamalah. Harapnya servis dah ditambah baik. Kalau servis dah baik, flush dan segala benda elok, kita pun haruslah jadi manusia yang bertanggungjawab dan penuh sensitiviti. Takkan malas nak tarik flush tu?


Kesimpulannya, erm, jagalah kebersihan tandas rumah, tandas sekolah, tandas hostel, tandas awam dan segala jenis tandas di dunia.


Aku mahu menge'tag'annamlatun, rindok ati, dan perspektif. Sila rujuk di sini.


Mahu tido.

Pergantungan

"Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, tidak ada seorang pun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah tidak ada sesiapa pun yang sanggup untuk melepaskannya. Dialah sebenarnya yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
(Fatir:2)


Hari2 berlalu seperti biasa. Berputar mengikut sunnatullah. Sedang manusia dihimpit oleh pelbagai situasi, juga virus hati. Sehingga manusia merasa amat lelah, entah apa yang dicari, entah apa yang hilang. Kadang2 kita merasa kitalah manusia yang paling malang dan derita.


Bolehkah jika aku nyatakan, semua kesakitan akan terasa manisnya jika kita percaya pada Sang Pencipta?


Ah, kita ini terkadang terlalu sombong.


Di luar sedar, kita terlalu bergantung pada manusia. Terlalu. Apabila ditimpa musibah, siapa orang pertama yang kita cari? Ibu, ayah, kakak, sahabat? Kita cenderung untuk mencari mereka yang selalu berdampingan dengan kita, yang kita rasa mampu meredakan resah hati. Ya, tiada salahnya. Tentulah kita memerlukan insan2 ini, sekurang-kurangnya untuk menangis bersama.


Tapi kita lupa, dari mana datangnya semua musibah itu? Seperti penyakit, perlulah dicari punca dan sumbernya. Barulah boleh diikhtiarkan penawar. Sedang musibah dan segala ketentuan itu datang dari Allah, maka apa rasionalnya kita meminta pertolongan dari makhluk ciptaan-Nya yang hina dan tiada upaya?


Sungguh, ini amat mengecewakan.


Imam Ahmad melaporkan dari Abdur Razak dari Imran. Katanya: Allah berkata di dalam kitab suci,

"Dengan kemuliaanKu, barang siapa berlindung kepadaKu, seandainya dirinya dihimpit oleh langit dengan seluruh isinya dan bumi yang beserta seluruh isinya; sesungguhnya Aku akan menunjukkan jalan keluar baginya. Dan siapa yang tidak berlindung kepadaKu, Aku akan memotong kedua tangannya dari sebab-sebab langit. Dan Aku balikkan bumi dari bawah kakinya. Aku jadikan ia (berada) di udara. Bila hambaKu taat padaKu, aku akan memberinya sebelum ia memintaKu, dan mengabulkannya sebelum berdoa padaku, kerana aku mengetahui apa kemahuannya."
(Bahagiakan hatimu: Ibnu Qayyim Al-Jauziyah)


Nah, hebat bukan? Allah sentiasa mendengar segala pengaduan hambaNya. Berdoalah tanpa jemu. Rahmat Allah itu seluas langit dan bumi, bahkan Dia merasa malu jika tidak mengabulkan permintaan hambaNya. Tinggal saja kita yang selalu lupa. Mencari yang lain. Tidak hairanlah jika kemarau hati tidak mahu surut.


Tidak cukup sekadar menyedari tanpa ada usaha untuk berubah. Berusahalah, untuk meleraikan pergantunganmu pada yang fana, kerana akhirnya hati yang rapuh akan kecewa. Cukuplah, kenapa tidak mahu berubah sedang keperitannya telah dirasai? Tidak cukupkah lagi teguran dari Sang Kekasih padamu?


Orang yang mencintai dunia tidak dapat dipisahkan daripada apa yang dicintainya. Lalu pada hari akhirat nanti, Allah bertanya,

"Adilkah apabila setiap manusia aku serahkan kepada siapa yang dicintai di dunia?"


Hadis yang dilaporkan oleh Muslim mengatakan,

"Seseorang akan bersama dengan siapa yang mereka cintai."


Kepada mereka yang mencintai sesuatu selain Allah, mereka menerima pembalasan apabila apa yang dicintai itu tidak diperoleh. Mereka akan berasa terseksa akibat perbuatan mereka. Mereka juga menderita kerana apa yang mereka cintai selain Allah tidak dapat membantu mereka.


Marilah kita mengkoreksi diri kita. Percayalah, setelah kita meletakkan sepenuh pergantungan pada yang selayaknya, kita tidak akan gentar untuk menghadapi liku kehidupan ini. Kita yakin bantuanNya sentiasa bersama. Kita yakin kita tidak sendirian di setiap dimensi kehidupan, meski kita berada di satu tempat yang paling sunyi di dunia.


Berdiri di atas kaki sendiri, dengan penuh kerendahan hati~

p/s: It hurts to watch such a dependency..huhu..

January 6, 2010

Jawapan pasti

Kebelakangan ini aku agak kerap mengambil kafein. Entah mengapa. Not purposely, semestinya. Bukan kafein kehendak hati, tapi sedapnya teh ais menggamit rasa. Asyik teringat. Serupa orang angau pula. Biar betul.


Terlalu banyak berfikir. Berfikir, dan terus berfikir. Sehingga pada satu saat terserlah kegusaran di wajah. Bukan seorang dua yang menegur.


Nampak tension.


Nampak penat.


Yang penat adalah hati. Menimbang tindakan yang wajar. Yang terbaik untuk agama dan kehidupan. Sebolehnya tidak mahu melukakan mana2 perasaan. Tapi wujudkah tindakan yang begitu murni, yakni ianya boleh memuaskan semua pihak?


Hampir tiada.


Akhirnya di sini. Muktamad. Pandangan Allah yang utama. Keputusan ini juga diambil berdasarkan ketetapan hati dariNya.


Ya Tuhan, ganjarkan upaya untuk hambaMu menempuhnya~


Maafkanlah andai ini melukakan.


January 4, 2010

Tirai 2010


Alhamdulillah, tirai tahun 2010 dibuka di bandaraya bersejarah bersama sahabat2 dan adik2 yang kucintai kerana Allah.


Perjalanan selama 6 jam dari Kuantan ke Melaka kami lalui dengan hati penuh debar. Sebilangan peserta bertolak dari Kuala Lumpur.


Sebaik terpandang wajah2 mereka, kehangatan ukhuwah terus terasa.


Mekar indah.


Saling bertukar salam dan pelukan hangat.


Subhanallah...perasaan ini kurnia dari Pemiliknya.


Program selama 3 hari 2 malam diisi dengan pelbagai slot dan LDK. RaHeeM @ Tamrin Nisa' kali ini adalah hasil kerjasama Hewi Perkepis dan Hewi Pepim. 2 orang adik Pepim turut bersama-sama kami, iaitu adik najiha dan adik Fazira. Mereka merupakan pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 4. Adik2 comel itu mempelajari bahasa ibunda kami dengan begitu cepat.


Penekanan untuk beramal dengan adab telah diberitahu seawal bermulanya program.


Suapan pertama untuk orang yang berada di sebelah kanan. Makanan terasa begitu sedap, seolah itulah makanan yang tersedap di dunia. Nikmat makan di dalam dulang, aku yakin ramai yang pernah dan sangat menyukainya.


Sedar tak sedar 3 hari berlalu pantas sekali.


Semoga langkah kita di jalan ini akan terus diperkuatkan. Terima kasih buat kakak2 dan adik2 atas segala perkongsian. Perjuangan kita masih jauh dan teramat jauh. Maka kita harus melangkah bersama untuk memperjuangkan cita2 kita.


Berjuanglah, dan terus berkorban.





Gambar2 lain akan berbicara pada entri seterusnya.


"Berjasa Pada Masyarakat"

December 30, 2009

mari derma darah

Tutup cerita sedih.



Sudahkah kalian menderma darah?


Jangan takut! Bayangkan, berapa banyak nyawa yang akan dapat diselamatkan dengan darah kalian...


Ini saham akhirat.


......................................................................................................................................................................


Sudahkah aku menderma darah??


Ini sebahagian daripada kata2 doktor2 yang bertugas:


"Darah untuk diri sendiri pun tak cukup, macam mana awak nak derma darah kat orang lain?"

"Kami dah buatkan appoinment untuk awak, sila datang ke Pusat Darah Negara"

"Darah sikit sangat ni dik"

"Keciknya jari. Tembus jugak jarum ni"


Kesimpulannya, aku tak berjaya lagi untuk mendermakan darah.


Sebab?


Haemoglobin aku tak cukup! T_T





Padahal aku dah ambik makanan secara seimbang, dan sumber zat besi yang mencukupi. Sayur bayam jadi keutamaan, ayam dan ikan tentulah juga tak pernah tak dimakan. Satu je yang kurang, aku tak makan hati (bukan peribahasa). Hati kaya dengan zat besi.


Kerana teh ais kah?


Aku tak minum teh ais sambil makan. Kalau minum teh ais sambil makan, tentulah ianya akan menghalang penyerapan zat besi. Aku jelas tentang itu.


Supplement?


Aku tak suka makan ubat!


p/s: Dah 6 kali aku nak derma darah, tapi tak berjaya. Kali ke-7?

December 27, 2009

hikmah ujian

Aku agak kesal dan terkilan, kerana banyak panggilan telefon dari ayah yang tidak berjawab. Itu yang terjadi beberapa hari ini. Aku, kalau sudah ralit dengan kerja, memang terlupa dan kurang alert dengan bunyi telefon. Sehingga suatu pagi selepas subuh, barulah aku berpeluang melepas rindu bercakap dengan ayahbonda tercinta. Ah,rindu, sungguh aku rindu.


Mereka sedang sibuk dengan urusan berpindah rumah. Aku berlagak ceria. Riuh bertanya itu ini. Jauh di sudut hati, aku rasa sungguh pilu. Sayu. Hakikat yang terlalu pahit. Kehidupan, siapa yang dapat menjangka?


Ya, aku semakin mengerti.


Sekilas, aku menoleh ke masa silam. Kutemukan lagi suatu hikmah ujian. Apa yang berlaku suatu ketika dahulu, sememangnya bagi mempermudahkan kehidupanku kini. Subhanallah, Allah jua yang Maha Mengetahui.


Teman, dunia kita berbeza. Perbezaan itu tidak memungkinkan semuanya.


Rupanya itulah yang tersirat.


Terima kasih Tuhan!


"Sesungguhnya apa yang berlaku itu benar-benar membuktikan tanda-tanda kekuasaan Allah yakni bagi mereka yang memperhatikan kekuasaan-Nya"
(Al-Hajr: 75)

December 24, 2009

untitled


Keliru











Di dua persimpangan











Aku berserah pada sebaik-baik Perancang













Untuk aku teruskan perjalanan!