April 29, 2010

cerita hati




Kasihan teratak hijauku ini, cuti2 pun bersawang. Musim exam sibuk pula nak apdet setiap hari. Apalah husna ni. Aku merasa benar2 telah menjadi surirumahtangga yang sejati (mode perasan), memandangkan hanya seorang anak perempuan yang available di siang hari. Upgrade skill memasak (ambik petua2 dari mak), sebab masa cuti ni ajelah aku ada peluang.


Jadi, boleh disimpulkan bahawa aku masih di tahap amateur. Dan kesimpulan yang paling penting adalah bakal suami nanti kenalah seorang yang pandai dan rajin masak (^_^)y..boleh masak sama2..boleh gak menuntut ilmu dari dia (dia yang masih Allah hijabkan).


Usah persoalkan. Aku hanya ingin menjaga hati. Hanya Kekasih Sejati yang mengerti~


April 15, 2010

Bulan bintang~



Dulu, kini, dan sampai bila-bila, aku sangat suka pada bulan bintang (takda kaitan pun dengan entri).


Semenjak cuti ni, sibuk benar rasanya, terutama di siang hari. Tapi takpelah, aku gembira kerana mampu memberi. Memberi sesungguhnya sumber kebahagiaan bagiku. 12 April yang lepas, umurku telah mencecah 22 tahun. Satu angka yang adakalanya sukar untuk kupercayai. Cepat benar masa berlalu. Seakan baru semalam aku bergelar kanak2, remaja, dan kini mula menginjak ke alam dewasa.


Itu hanya angka, namun pengertiannya jauh lebih mendalam. Angka itu mendekatkan kita pada sebuah pengakhiran, yang juga adalah sebuah permulaan pada kehidupan abadi. Huhu, tapi aku belum bersedia.. -_-"


Bila kusingkap tirai kenangan, banyak sungguh perkara yang telah terjadi. Boleh dibukukan barangkali (^_^). Ada ujian yang membuatkan diri ini tersenyum gembira, tapi ada juga yang membuatkan diri ini menangis hiba. Dan dari semua ini kutemui pelbagai mutiara kehidupan. Perlahan-lahan diri ini belajar erti kedewasaan..(walaupun takla dewasa sangat)~


Hidup dengan harapan dan impian. Harapan itu memberi kita kekuatan untuk terus melangkah. Impian juga membuatkan diri berusaha semampunya dalam setiap perkara. Asal realistik, asal tidak lupa di mana kita berpijak, teruslah membina impian (tapi jangan asyik berangan tanpa disertai usaha).


Bercakap memang mudah, tapi pelaksanaannya tentulah perlukan mujahadah yang tinggi. Namun yakinlah, Allah bersama orang-orang yang berusaha. Aku amat bersyukur, di sepanjang titian perjalananku, Dia memberiku tarbiyah berterusan supaya aku tidak lupa siapa diriku. Begitu juga kalian. Kita semua. Kasih sayang Allah senantiasa melimpahi kehidupan kita, yang adakalanya lupa untuk disyukuri, malahan dipersoalkan...


Terima kasih Tuhan, kerana menghadirkan insan-insan penyayang dalam hidupku. Dan pada setiap kelukaan, aku mohon titisan sifat PemaafMu Rabbi, agar tiada jiwaku terpalit mazmumah yang merosakkan~








April 10, 2010

Cuti update

Cuti sudah bermula. Seperti biasa, aku menjadi 'housedaughter' (bukan housewife) dan kali ini aku menjadi jururawat sepenuh masa untuk ayah. Gembira kerana bisa berbakti, walau tidaklah sebanyak mana. Tarbiyah dari Allah untuk mendidik hatiku, yang selalu sahaja dilanda tsunami. -_-"

Anak2 buahku sudah semakin petah berkata-kata. Tersenyum sendirian aku melihat si abang segak bertali leher (ketua kelasla katakan), dan si kembar kecil yang asyik berlari-lari. Merekalah permata hatiku~

Sebenarnya banyak lagi yang ingin kucoretkan. Nantilah, mood menulis belum ada lagi sekarang. Yang pastinya, hatiku sedang berkata-kata dengan bahasa yang aku tidak fahami. Sungguh.


p/s: Setiap malam aku tidak punya ruang tidur yang selesa kerana seekor kucing (yang mengada) tidur di sebelahku. Alahai kucing~

April 3, 2010

Sukarnya menyentuh hati...


Maafkan aku.


Maafkan aku atas kedhaifan diri.


Sesungguhnya terlalu banyak kurangnya aku, hinanya aku di hadapanMu. Kali ini terasa amat berat untuk kuhadapi, entah mengapa, mudah benar semangat ini sirna. Aku tidak mampu menyentuh hatinya, sehingga dia tidak mahu menerima mutiara2 cinta dari kalamMu. Bahkan dia marah. Dan aku harus mengalah.


Aku insafi, hidayah itu milikMu. Dan kewajipan hambaMu adalah menyampaikan. Berpesan-pesan dengan kebenaran, dan juga dengan kesabaran. Cuma, dari satu sudut, aku melihat betapa aku perlu berusaha untuk memperbaiki diri dengan hujah yang lebih ampuh, dengan madah yang lebih bijaksana...


"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, beramal shalih, seraya berkata, 'Sesungguhnya aku termasuk kaum muslimin (yang berserah diri kepada Allah)'. Tidaklah sama antara kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang di antara kamu dan dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia."
(Fussilat: 33-34)


Teguhkan jiwa ini Rabbi..

March 28, 2010

ayat-ayat cinta


1. Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad) ?
2. dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu,
3. yang memberatkan tanggunganmu,
4. dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
6. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
7. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain),
8. dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.



p/s: Ini bicaraNya. Teruslah berjuang!

March 25, 2010

Penat



Cukuplah.


Hanya boneka yang tidak punya perasaan.






It's already exceed the limit.


Aku sudah penat.

March 13, 2010

Jatuh Cinta



Aku jatuh cinta.


-kerana merdunya suara

-kerana indahnya paras rupa
-kerana pengertian yang tiada tara
-kerana dia penuh pesona
-kerana sifat bertanggungjawab

-kerana dia hebat dalam memimpin
-kerana dia sering membuat hati tersenyum dan tertawa
-kerana dia sangat berbeza
-kerana dia insan berprinsip
-kerana dia berharta

-kerana dia dari jalur keturunan yang mulia
-kerana kebijaksanaannya

-kerana petahnya dia berkata-kata
-kerana dia insan serba boleh
-kerana manisnya senyuman



Bila hati dah suka, semuanya indah di mata. Bila terbit rasa benci, tiba2 ciri2 di atas hilang, berganti dengan sifat buruk semata. Ajaib ya cinta. Ia seperti mengubah kaca jadi permata. Ia juga menggilap permata jadi lebih bersinar. Sinarnya kadangkala membutakan mata. Besar sungguh fitnah yang dibawa, jika menjadi hamba cinta. Hamba cinta yang terlupa siapa tuannya dan yang harus diberi CINTA SEMPURNA.


Tepuk dada tanya iman.


Ini cinta atau terpesona?


Andai benar cinta bagaimana landasannya?


p/s: CINTA dan TERPESONA. Dua perkara yang seakan sama namun amat berbeza. Berhati-hatilah. Bila bertemu cinta, kita cenderung melupakan Pemilik Segala Cinta. Mungkin kerana itulah Dia juga tidak menjaga cinta yang tersilap landasannya.