May 22, 2010

Lilin membakar diri



Lilin yang membakar diri, demi menerangi kegelapan...


Mungkin setiap dari kita cuba menjadi lilin untuk insan lain


Terserah..


Aku juga pernah


Jujurnya, bukan mudah menjadi lilin


Panas dan mencair


Ia menyakitkan.



p/s: Jadilah pelita yang menerangi tanpa membakar diri

May 20, 2010

Hari ibu, hari guru

Hari Ibu..Hari Guru..hangat sambutannya di seluruh negara. Dua insan bermakna yang telah banyak berjasa dalam hidup kita. Dua insan yang menjadikan aku manusia yang benar2 manusia. Bukan manusia jadian, atau serigala jadian yang sebenarnya manusia.


Ibu..guru..


Dan aku memanggil ibu sebagai mak. Dia sumber kekuatanku untuk terus tabah sebagai pemburu ilmu. Bukan mudah sendirian di rantau orang. Ia menagih segunung pengorbanan hati dan perasaan. Selalu berusaha untuk melakukan yang terbaik, itu janjiku pada diri. Kerinduan yang selalu hadir terubati dengan kesibukan dan kehadiran sahabat2 tersayang.


Pernah sekali aku mengguris hati mak. Ini yang kusedari. Yang tidak kusedari barangkali terlalu kerap. Masih segar di ingatan, pada waktu itu aku masih bersekolah dalam darjah 3. Aku, mak, dan kakak sedang berbual di dapur tentang suatu isu. Entah bagaimana, kata-kataku menyinggung perasaan mak. Memang salahku.


Setelah itu, jiwa ini rasa ingin menangis. Syurga di bawah tapak kaki mak, tapi mak sedang berjauh hati. Sedihnya...


Dengan takut2, aku pergi ke arah mak. Peluk dari belakang, dan mintak maaf sungguh-sungguh. Huu, hati mak dah sejuk. Sejak tu, seboleh mungkin aku menjaga tutur kataku. Kadangkala, kita nak menangkan pendapat kita je, sehingga terlupa ada hati yang harus dijaga.


Pernah diri ini rasa sangat down. Masa tu kat kampus uia. Sangat2 down, sampai aku rasa tak mampu nak melangkah. Malam tu, Allah pertemukan aku dan mak dalam mimpi. Mak hanya tersenyum tanpa sepatah kata. Dia memberi pelukan hangat. Keadaan itu berlangsung agak lama. Aku melepaskan segalanya dalam pelukan mak. Akhirnya aku tersedar dari tidur. Kehangatan pelukan mak masih terasa. Subhanallah, jiwaku pulih dan bangkit bersemangat. Terima kasih Kekasihku, Kaulah Pemilik Cinta yang memberi aku cinta seorang insan mulia seperti mak.


Nak cerita kisah cikgu pula. Tak tahu nak bermula bagaimana. Cikgu yang banyak memberi kesan dalam hidupku adalah cikgu Rakeah (tak pasti betul ke tak namanya). Dia suka memanggilku dengan nama doraemon. Masa tu sekolah rendah lagi. Walaupun macam tu, kepercayaan yang Cikgu Rakeah berikan padaku merupakan titik tolak untuk aku menjadi aku. Amanah demi amanah yang diberi membuatkan aku tambah bersemangat untuk mencapai kecemerlangan.


Terima kasih cikgu...


Cikgu Saodah, Cikgu Peter, Cikgu Haini, Cikgu Nurmuhaiyun, Cikgu Nasarudin, Ustazah Syarifah, Ustaz Faizul...dan semua cikgu2 yang terlalu banyak nak disebutkan, jasa kalian akan kukenang hingga akhir hayat. Semoga kalian terus tegar mendidik anak bangsa pewaris perjuangan kita semua. Hanya doa yang mampu kutitip buat peneman jalan juang cikgu semua. Tanpa kalian, entah siapalah aku sekarang. Mungkin saja aku menjadi remaja yang hilang arah tujuan...


Selamat hari Ibu


Selamat Hari Guru


Bagiku setiap hari adalah hari ibu dan guru =)

May 7, 2010

Kerlipan cinta

Kerlipan cinta-Rabbani

Hidayah…
Kerlipan cipta Cintaku
Harum rembulan mawar
Dingin dihakis cita keseorangan

Aku…
Masih menghitung diri
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Padamu Kasih
satukan aku
dengan rahmat-Mu
dengan Kalimah

Malam siangku
berliku liku
duri dugaan
siratan
Cinta

Biar di jemala mentari
dan di bahu gunung berapi
Pasrahku abadi untuk-Mu
untuk-Mu…

Ku… kembara setia disisi-Nya
Ku… inginkan bahagia abadi
Ku… impikan sentosa naungan-Nya

selamanya…


-Aku rindu pada-Mu...-

May 4, 2010

macam-macam ada

Bila tengok kat tv, macam2 cerita ada. Yang mistik, cintan-cintun, pembunuhan, rempit, dan macam-macam lagi. Tak hairanlah kalau ada yang jadi tv mania. 24 jam mengadap tv.


Perasan atau tidak, terlalu banyak anasir2 negatif yang cuba dihidangkan kepada masyarakat. Lihatlah iklan syampu dengan rambut mengurai selembut sutera, padahal rambut adalah aurat bagi wanita. Lihat juga wanita yang masing2 mempamerkan kecantikan diri, dan kebanyakan mereka menjadi pujaan dan ikutan masyarakat. Tontonlah cerita cinta yang meletakkan cinta lebih di atas segalanya. Cinta yang mengundang murkaNya. Cinta manusiawi yang meletakkan Dia di tempat terakhir dalam perhitungan tindakan kita. Belum lagi cerita2 yang penuh dengan khurafat yang menanamkan rasa takut kepada HANTU lebih daripada rasa takut kepada TUHAN.


Apakah semua ini?


Anak2 kecil saban hari mempelajari sesuatu daripada apa yang mereka lihat. Jadi apalah yang hendak dihairankan andai gejala sosial semakin membarah walau seribu satu kempen diadakan. Apa yang hendak dipelikkan andai kes buang anak makin menjadi-jadi. Apa yang hendak dipersoalkan bila manusia hilang kemanusiaan.


Semua itu kita pelajari setiap hari di kaca tv.


Salah siapa?


Maaf, entri ini ditulis bukanlah untuk mempersalahkan mana2 pihak. Sekadar sesuatu untuk difikirkan. Andai suatu masa aku menjadi seorang ibu, bagaimanakah untuk aku melindungi anak2ku dari anasir2 negatif ini?


Mampukah aku?




April 29, 2010

cerita hati




Kasihan teratak hijauku ini, cuti2 pun bersawang. Musim exam sibuk pula nak apdet setiap hari. Apalah husna ni. Aku merasa benar2 telah menjadi surirumahtangga yang sejati (mode perasan), memandangkan hanya seorang anak perempuan yang available di siang hari. Upgrade skill memasak (ambik petua2 dari mak), sebab masa cuti ni ajelah aku ada peluang.


Jadi, boleh disimpulkan bahawa aku masih di tahap amateur. Dan kesimpulan yang paling penting adalah bakal suami nanti kenalah seorang yang pandai dan rajin masak (^_^)y..boleh masak sama2..boleh gak menuntut ilmu dari dia (dia yang masih Allah hijabkan).


Usah persoalkan. Aku hanya ingin menjaga hati. Hanya Kekasih Sejati yang mengerti~


April 15, 2010

Bulan bintang~



Dulu, kini, dan sampai bila-bila, aku sangat suka pada bulan bintang (takda kaitan pun dengan entri).


Semenjak cuti ni, sibuk benar rasanya, terutama di siang hari. Tapi takpelah, aku gembira kerana mampu memberi. Memberi sesungguhnya sumber kebahagiaan bagiku. 12 April yang lepas, umurku telah mencecah 22 tahun. Satu angka yang adakalanya sukar untuk kupercayai. Cepat benar masa berlalu. Seakan baru semalam aku bergelar kanak2, remaja, dan kini mula menginjak ke alam dewasa.


Itu hanya angka, namun pengertiannya jauh lebih mendalam. Angka itu mendekatkan kita pada sebuah pengakhiran, yang juga adalah sebuah permulaan pada kehidupan abadi. Huhu, tapi aku belum bersedia.. -_-"


Bila kusingkap tirai kenangan, banyak sungguh perkara yang telah terjadi. Boleh dibukukan barangkali (^_^). Ada ujian yang membuatkan diri ini tersenyum gembira, tapi ada juga yang membuatkan diri ini menangis hiba. Dan dari semua ini kutemui pelbagai mutiara kehidupan. Perlahan-lahan diri ini belajar erti kedewasaan..(walaupun takla dewasa sangat)~


Hidup dengan harapan dan impian. Harapan itu memberi kita kekuatan untuk terus melangkah. Impian juga membuatkan diri berusaha semampunya dalam setiap perkara. Asal realistik, asal tidak lupa di mana kita berpijak, teruslah membina impian (tapi jangan asyik berangan tanpa disertai usaha).


Bercakap memang mudah, tapi pelaksanaannya tentulah perlukan mujahadah yang tinggi. Namun yakinlah, Allah bersama orang-orang yang berusaha. Aku amat bersyukur, di sepanjang titian perjalananku, Dia memberiku tarbiyah berterusan supaya aku tidak lupa siapa diriku. Begitu juga kalian. Kita semua. Kasih sayang Allah senantiasa melimpahi kehidupan kita, yang adakalanya lupa untuk disyukuri, malahan dipersoalkan...


Terima kasih Tuhan, kerana menghadirkan insan-insan penyayang dalam hidupku. Dan pada setiap kelukaan, aku mohon titisan sifat PemaafMu Rabbi, agar tiada jiwaku terpalit mazmumah yang merosakkan~








April 10, 2010

Cuti update

Cuti sudah bermula. Seperti biasa, aku menjadi 'housedaughter' (bukan housewife) dan kali ini aku menjadi jururawat sepenuh masa untuk ayah. Gembira kerana bisa berbakti, walau tidaklah sebanyak mana. Tarbiyah dari Allah untuk mendidik hatiku, yang selalu sahaja dilanda tsunami. -_-"

Anak2 buahku sudah semakin petah berkata-kata. Tersenyum sendirian aku melihat si abang segak bertali leher (ketua kelasla katakan), dan si kembar kecil yang asyik berlari-lari. Merekalah permata hatiku~

Sebenarnya banyak lagi yang ingin kucoretkan. Nantilah, mood menulis belum ada lagi sekarang. Yang pastinya, hatiku sedang berkata-kata dengan bahasa yang aku tidak fahami. Sungguh.


p/s: Setiap malam aku tidak punya ruang tidur yang selesa kerana seekor kucing (yang mengada) tidur di sebelahku. Alahai kucing~