October 8, 2011

Sesuatu di antara waktu

Aku melihat wajah-wajah itu. Terasa tenang. Terubat lelah. Apalah sangat rasa ini jika hendak dibandingkan jerih perih Rasulullah dan para sahabat ? Apa yang bisa kukatakan pada baginda saat bertemu nanti ?


Persoalan ini menikam tepat ke jantung.


"Duhai Rasulullah, aku bersaksi bahawa aku telah menyambung tugasmu menyeru manusia pada kebaikan." Layakkah aku mengucapkan ini?


Terduduk lagi.


Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar, bukan sedikit pedih yang ditagih.

..............................................................................

Di batas waktu
Dia setia mendengarku
Hingga diperkenan dalam restu
Naluri diam membisu
Dialah Pengharapan
Dia akan menyampaikan
Dia juga menentukan
Bersama masa
Yang menyimpan rahsia

October 5, 2011

Mari berhijab



Pastinya ramai yang masih terbius dengan forum bersama Ustaz Riduan dan Catriona Ross sebentar tadi kan ? Walaupun tidak dapat turut hadir (kerana ada tuntutan yang lebih utama), aku pasti ini merupakan satu perkembangan yang teramat positif untuk persoalan hijab.

Hijab?

Aurat?

Err...

Kenapa terkesima ? Beleklah Al-Quran, surah An-Nur, ayat ke 31 (tengok sekarang). Jelas, terang, nyata tanpa perlu disuluh lagi kan perintah Allah kepada wanita:

1. Menjaga pandangan
2. Memelihara kemaluan
3. Jangan menampakkan aurat (hendaklah melabuhkan tudung sehingga menutupi dada), kecuali kepada orang2 yang disebutkan
4.Jangan menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang disembunyikan


Nah. Dalilnya jelas terbentang.

Wanita yang menutup aurat, ibaratnya bagai emas permata yang disimpan elok dalam bekas kaca. Tertutup dengan kain baldu, sehinggakan tiada secalit habuk pun yang terlekat. Usah katakan emas permata, semasa membeli buku atau majalah pun, pastinya kita akan memilih buku yang belum dibelek dan disentuh, dan selalunya masih berbalut dan terletak di bahagian bawah atau belakang buku2 yang terdedah. Betul kan?


Jangan rasa hodoh dan buruk bila berhijab. Bahkan wanita kelihatan cantik sekali, apalagi di sisi Allah. Ia tidak mengurangi sedikit pun kualiti dirimu, malah penghormatan pula yang akan didapatkan. Mata2 nakal akan merasa malu untuk memberi usikan. Paling tidak, hanya ucapan salam yang mereka berani ucapkan. Tidak lebih dari itu. Terpeliharalah maruah dan diri sebagai wanita Islam.


Kita harus menjadi mawar berduri di taman larangan. Bukan sesuka hati diceroboh, bukan sebarang kumbang boleh mendekat. Hanya kumbang pilihan Allah bisa mendapatkan bunga mawar seharum itu.


Paling utama, kenapa harus dikorbankan peluang menjadi bidadari syurga hanya kerana ingin menjadi perhatian di dunia fana nan sementara?


Di taman2 syurga kita akan mempersembahkan segalanya, bergembira dengan nikmat Tuhan atas segala yang telah diusahakan di dunia. Mahukah kita bersama bergandingan, berusaha mematuhi perintah Allah, untuk ganjaran syurga yang kekal selamanya ?


Berusahalah. Berdoalah. InsyaAllah. DIA akan memberi kekuatan. Usah pedulikan sinisnya sindiran, kerana ia tidak memberi rugi atau untung sedikit pun.


Jom. Berhijab dengan SEMPURNA ^_^

September 29, 2011

Ketika cinta memanggil

Bismillah.
Momento sutera sepi terbiar. Kadangkala kujenguk juga, namun jemari terpaku saat ilham datang mencurah.

Inferior?

Entahlah. Malu pada Tuhan, bila apa yang kutulis akan dipersoal semula nanti di SANA. Sedang usahaku masih sekerat cuma.

Menjadi jundullah, perlu jiwa besar. Berkorban jiwa seluruhnya. Suluhan jiwaku, bukan membesar malahan mengecil. Kerana tongkat belum kutemukan, langkah mudah sumbang. Tersadung. Tersalah.

Kini aku dan teman2berada di fasa kedua terakhir pengajian. Menempuh alam klinikal, tak pernah terfikir bagaimana rasanya. Suatu kepuasan bila dapat menggunakan ilmu2 teori yang dipelajari sebelum ini, namun dunia seakan berputar pada paksi yang sama. Terpenjara.

Sekali lagi persoalan aulawiyat menjadi dilema.


................................................................................


Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggilMu
kerna setiap jiwa telah bersumpah
setia hanyalah kepadaMu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tiada nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati kan memuja hanya padaNya

April 21, 2011

A Walk to Remember


Beberapa ketika sudah berlalu. Amanah sebagai setiausaha perjalanan mesti dilaksanakan. Maaf buat sahabat2 sepermusafiran atas keterlewatan ini.

Terimalah bingkisan penuh kerinduan, semuanya kan jadi cebisan kenangan T.T


A Walk To Remember~

Day 1 (10 april 2011)
10 am: Sarapan di kafe stadium. Tak ingat namanya
11.15am: Singgah UIA jap, amik duit
12.26pm: Bertolak secara rasmi ke Kuala Terengganu
1.37pm: Berhenti untuk solat di Masjid Kpg Labohan, Kerteh (jamak takdim)
2.29pm: Meneruskan semula perjalanan
2.35pm: Memasuki daerah Dungun (Dungung) ^_^
3.19pm: Sampai di Rantau Abang. Tapi tak singgah sebab hujan
3.21pm: Tiba di Marang. Lalu Rusila. Excited!
4.08pm: Sampai Kelulut. Memburu keropok lekor. Memang sedappp! Indah nian makan kepok lekor tepi pantai.
4.52pm: Meneruskan perjalanan
5.10pm: Akhirnya tiba di Kuala Terengganu. Singgah kejap kat Masjid Tengku Zaharah
5.50pm: Sampai di homestay. Credit to Farhana and Uncle Man. Rezeki kami dapat homestay yang amat2 selesa dengan bayaran yang sangat rendah. Alhamdulillah..
9.05pm: Makan malam kat "Cili Padi". Asalnya nak pegi "Cili Lada". Tapi sebab semua pun tak tau jalan, terjumpalah "Cili Padi". Alhamdulillah, sedap...


Day 2 (11 April 2011)
*Cubaan melihat sunrise gagal. Tengok dari tingkap homestay je la akhirnya
7.13am: Bertolak dari rumah
7.25pm: Photoshoot di Pantai Batu Burok
9.00am: Uncle Man bawak pegi Puncak Panorama. Boleh nampak pemandangan Kuala Terengganu dari atas. Cantik!
9.20pm: Singgah sarapan nasi dagang, kayu khamak, kuih belimbing, kuih jala ^_^
10.10am: Menjelajah Taman Tamadun Islam. Memilih untuk berjalan kaki, demi untuk compensate segala calories yang telah diambil. Nur Hakimah sebagai juru bicara, juga penunjuk arah. Ibarat menjelajah ke seluruh dunia bila berada dalam taman ini. Lain pula perasaannya berada di monumen Qubbah As-Sakhra. Sebak. Teringat sirah baginda Rasulullah diisra'kan ke langit. Hingga batu pun ingin mengikuti baginda..
12.00pm: Tamat penjelajahan. Penat!
12.54pm: Naik bot menyusuri sungai Kuala Terengganu. Di sepanjang perjalanan, ada lebih kurang 11 pulau yang dilintasi. Semuanya punya cerita dan sejarah tersendiri. Asyik sekali.
1.50pm: Solat kat Masjid Kristal
2.30-6.50pm: Haa ini yang ditunggu. Siri penjelajahan ke Pasar Payang, terminal tingkat atas dan juga kedai2 berkaitan. Yang ni memang penat lagi memenatkan.
9.15pm: Pegi rumah Kak Long kepada Mardhiah. Dijamu dengan makanan yang super banyak dan super sedap. Alhamdulillah..
10.40pm: Pegi Puncak Panorama, menikmati keindahan Kuala Terengganu di malam hari, bertemankan sang bulan yang setia.


Day 3 (12 April 2011)
9.30am: Sarapan di homestay. Nasi dagang, roti canai
11.04am: Check out. Sempat lagi singgah Pasar Payang sekejap
1.21pm: Uncle Man bawak makan kat Restoran Lempeng, berdekatan Rusila. Tercapai hajat Nur Hakimah nak makan sotong sumbat dan errr... (apa nama makanan lagi satu tu kimah?). Ada lempeng nyiur gak
2.20pm: Bertolak pulang
3.15pm: Singgah solat di Masjid Kpg Rantau Abang
4.10pm: Singgah di Pantai Batu Pelanduk. Terima kasih yang amat buat sahabat2, atas sambutan hari lahir yang amat mengharukan. Tepi pantai, bertemankan irama ombak..Saat berukhuwah begitu, seumur hidup kan terpahat di ingatan..
5.00pm: Meneruskan perjalanan
6.07pm: Singgah di Pantai Kemasik. Sangat cantik, bagai lukisan. MasyaAllah..
6.47pm: Meneruskan perjalanan pulang
7.45pm: Singgah solat (masjid area Cherating)
8.25pm: Makan malam di Restoran Zaryam Sri Rampai, Cherating
9.25pm: Meneruskan perjalanan pulang
9.55pm: Selamat sampai UIA Kuantan. Alhamdulillah!


Selebihnya kita biarkan gambar yang berbicara~



Credit to BIG red monster.


Memasuki bumi Terengganu.


Teman permusafiran~


Terima kasih farhana and Uncle Man!


Apakah yang sedang difikirkan ?


Mereka~



Siri penjelajahan~


KAMI~


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan ?


Banyak ikan dalam tasik ni...


Rusila ^_^


Makan kepok leko secara berjamaah. Semoga turunlah rahmat All
ah, dan tergolong kita dalam 7 golongan yang dinaungi arasy Allah di hari yang tiada perlindungan lagi. Bertemu berpisah kerana Allah.



Terbaik!


Sahabat, ukirkan kenangan beserta doa yang tak putus. Biar terpisah dek sempadan ruang dan masa, kebaikan kalian selalu ada dalam hati ini. Hingga berjumpa lagi, tidak di sini, di syurga abadi~

April 1, 2011

seorang dia

Basah wajahnya dengan airmata. Dinihari itu, juga hari2 sebelumnya, dia tidak jemu berdoa dengan doa yang sama. Sayup dan hiba. Rahsia itu kemas terjaga, hanya antara dia dan Penciptanya.


Dia memandang langit lepas. "Indahnya ciptaan Tuhan" bisik hati kecilnya.


Dia hanyut dalam tafakkur. Seketika, hatinya digamit sayu. Apa yang diminta dari Penciptanya terasa amat mustahil.


"Doa insan sepertiku, akankah diterima ?"


Dia hanyut lagi dalam munajat.

p/s: Dia, mungkin adalah diri kita~

March 27, 2011

perutusan imtihan


Ma'an najah fil imtihan buat semua sahabat, terutamanya ahli keluarga Diet Gen5. Maaf atas segala salah silap, terlepas kata terguris rasa. Kalianlah penguat semangat, tika langkah makin perlahan. Semoga dikurniakan kejayaan dunia akhirat, serta beroleh kejayaan tertinggi, iaitu redha Allah + syurga. Terus berusaha!

Err, ada 30 semuanya. 27 bunga + 3 kumbang. Tapi, terbang ke mana lagi seekor kumbang ?

tiada harapan selain Allah

Sepatutnya apa yang perlu dibuat sekarang ?

BELAJAR. Sebab nak masuk musim imtihan dah. Tapi rindu pula nak menulis.

Aku perasan, dalam seminggu ni ada biochemical imbalance yang sedang melanda diriku. Asyik rasa nak demam, rasa sakit2, pening2, rasa macam2lah. Kenapa ya? Yang terbaru ni, ibu jari kaki membengkak. Sakitnya Allah je yang tau T.T Merungutkah aku ?

Tipulah, kalau aku kata aku tenang tanpa keluh-kesah. Tapi alhamdulillah, perasaan 'down' dan mengeluh tu terus Allah tegur melalui murobbi yang tersayang. Perbicaraan mengenai tawakkal dengan mendalam membekas ke dasar sanubari hati ini. Terkesima, terus ditegur walhal perasaan keluh kesah itu baru saja melintasi benak perasaan, tidak sempat lagi kukhabarkan pada sesiapa. Masya Allah, Allah ya 'Alim, tiada satu pun yang terlepas dari pengetahuanNya.


Sebagai hamba, kita pasti diuji. Nikmat sihat, sesekali diuji dengan sakit. Nikmat lapang, seringkali diuji dengan kesibukan. Ujian-ujian ini akan menjadi penanda aras, pada iman yang kita ikrarkan. Apakah sangkaan kita terhadap Allah, sejauh mana tawakkal kita pada Allah, sedalam mana rasa harap kita pada pertolongan Allah..tapi fitrah manusia sering lupa! Lupa sekali, berulang berkali-kali, lalu terjatuhlah kita ke lembah kesilapan yang sama.



Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.

(Hadis Hasan Sahih Riwayat Imam Tarmidzi)


Bait-bait hadis ini sungguh bermakna. Tiada harapan selain Allah. Tiada yang dapat memberi manfaat mahupun mudarat tanpa izin Allah.

Ya Rahman, perjuangan ini sungguh getir. Namun kemanisan berjuang dan berukhwah itu lebih indah daripada sakit yang terasa. Alhamdulillah! Manisnya tiada tara..