March 31, 2009

Asal selesa sudahlah!

Beberapa hari lepas aku terbacalah satu berita ni kat akhbar utusan. Seorang ayah menyerang dan memarahi guru di sekolah kerana anaknya tidak dibenarkan menyertai lari pecut dalam satu pertandingan di sekolahnya. Alasan? Budak tersebut hanya memakai baju T dan seluar getah serta tidak memakai tudung. Peraturan sekolah pula menggariskan bahawa peserta perempuan wajib memakai tudung, baju T dan seluar track. Aku rasa peraturan ni dah betul dah. Tapi mungkin bukan semua orang punya jalan fikiran yang sama.

Si ayah memarahi guru wanita yang bertanggungjawab menguruskan pertandingan ini sehingga guru tersebut mengalirkan airmata. Aku rasa tentu ada babak menengking dan sebagainya. Walaupun dimarahi, guru tersebut tetap menegaskan bahawa peraturan yang dilaksanakan adalah sejajar dengan ajaran Islam. Nak tahu apa kata si ayah?

Katanya peraturan sebegitu telah menyekat bakat anaknya, bahkan akan merencatkan perkembangan sukan negara.

"Asal selesa sudahlah!"

Alahai, apa sudah jadi?
Adakah tuntutan menutup aurat hanya 'bila perlu' dan tak kisah pun kalau tak nak tutup aurat, 'asalkan selesa'? Bila difikirkan semula, aku rasa fenomena sebegini sudah menjadi biasa pada masa sekarang. Ibubapa tidak mendidik anak mengikut acuan Islam. Persoalan aurat dan batas pergaulan ditolak ke tepi. Maka lahirlah generasi yang 'asal selesa sudahlah' dan 'kami hanya kawan'.

Para guru juga semakin sukar untuk menjalankan tugas mendidik anak bangsa. Mana tidaknya, ditegur sedikit sudah disaman. Apalagi hendak menjentik pelajar. Rasanya, aku tidak sesuai dengan profesion itu. Entah mampu atau tidak diri ini hendak menggalas tanggungjawab mendidik, serta perlu berhadapan pula dengan ibu bapa yang mahu anaknya ditatang dan dilayan persis anak raja.

Tuntutan agama sudah dipersendakan dengan kata 'asal selesa sudahlah!'

March 26, 2009

Apa ada pada janji?

Apa ada pada janji? Yang pastinya janji kan membuahkan harapan. Janji adalah suatu kata jaminan kepada insan. Pelbagai jenis janji wujud di dunia fana ini. Dan manusia adalah salah satu makhluk yang suka menabur janji, selain syaitan yang suka membisikkan janji2 indah pada setiap perbuatan dosa. Pernah dengar istilah 'janji manis'? Pasti kalian sudah biasa mendengarnya, bahkan turut menerima janji2 sebegitu. Apa yang kuperhatikan, manusia juga selalu terkecewa kerana janji. Janji itu tanpa disedari bisa membunuh hati. Betapa tidak, bilamana kau begitu mengharapkan pelaksanaan janji2, dan dengan kejamnya si penabur janji melupakan ikrar janji sendiri. Akhirnya kau terduduk sendiri, menghitung janji2 yang dimungkiri.


Pernahkah kita terfikir, betapa kita ini lebih percaya pada janji manusia? Kita begitu mengharap agar janji2 itu dipenuhi, dan adakalanya kita terlalu yakin janji itu akan terpateri. Mengapakah kita tidak meletakkan pergantungan sebegitu kepada Rabbul Izzati? Rabb yang tidak pernah sesekali memungkiri janji. Rabb yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sayangnya, kita lebih percaya pada janji manusia...


Inilah salah satu punca manusia selalu terkecewa dan merana dalam hidup. Kita meletakkan seluruh pengharapan pada yang bukan hak. Kita memberi hati dan cinta pada makhluk sebelum kita mencintai-Nya. Bila ditimpa masalah dan musibah, kita mula mencari-cari tempat melepas rasa, kita mencari orang lain sebelum kita mengadu pada-Nya. Kita bergantung harap pada sahabat mahupun kekasih, dan meletakkan Dia di kedudukan yang terkebela
kang. Dan akhirnya apabila apa yang kita harapkan, cintakan, dambakan, insan2 yang dikasihi meninggalkan kita, hati pun merana dan hilang arah. Hidup ini seolah tiada makna. Rasa keseorangan terus-terusan menghantui. Bahkan tangisan seakan tidak mahu berhenti. Adilkah kehidupan ini? Itulah persoalan yang mula timbul. Lantaran itu, ramai antara kita yang mengambil jalan pintas, demi mengakhiri penderitaan hati. Hakikatnya, azab yang maha dahsyat menanti..


"Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-Nya"


Ini firman Allah dalam surah Ali-Imran. Maka aku mahu menyeru hatiku dan hati kalian, letakkanlah segala pengharapan dan kepercayaan HANYA pada Allah semata. Dengan itu kalian tidak akan pernah kecewa. Cukuplah sudah kita ini terkecewa kerana percaya pada janji manusia. Cukuplah.

March 22, 2009

Aksi si kembar







Aku rindu nak main dengan budak2. Comel kan? Yang berkereta oren namanya qaisara, hijau pula qistina. Si kembar yang makin aktif sekarang. Setakat ni aku baru ada 3 orang anak buah. Seorang lagi (tiada dalam gambar) abang mereka, namanya luqman.

Bila aku balik sure jadi bibikla melayan kerenah mereka ni. Rindunya!

March 21, 2009

Sekilas pandang

Hari ini kami pelajar2 diet first year (sister) konvoi ke kenduri kahwin kakak kepada salah seorang sahabat kami. Berangkat dari uia dengan penuh semangat ditambah pula dengan semangat mahu makan nasi minyak. Sudah lama tidak menghadiri kenduri kahwin. Tema perkahwinan kakak zie adalah warna hijau. Cantik! Pelamin raja sehari juga sangat comel, hingga aku pula yang terasa hendak duduk di situ (tapi tak tahulah dengan siapa). InsyaAllah, majlis aku nanti juga akan serba hijau (wajib ni).

Balik dari kenduri, aku dan beberapa orang sahabat singgah ke Kuantan parade. Di sini bermulanya perjalanan yang menyesakkan. Ujibakat nyanyian sedang diadakan. Aku hanya mampu mendengar dan kadangkala memekakkan telinga kerana tidak tahan dengan bunyi dan suara yang entah apa2. Lagu yang dinyanyikan semuanya tentang cinta dan kekasih hati. Peserta pula tidak terkata ramainya. Muzik pula sangat bingit hingga aku rasa hendak mensabotaj sahaja sumber elektrik di situ. Sabar2, innallaha ma’assoobiriin.

Inilah penjara dunia manusia. Hedonism. Terlalu cintakan hiburan sehingga lupa batas dan sempadan. Wanita sudah tidak peduli tentang tuntutan menutup aurat. Tahu tapi tidak mahu ambil peduli. Tahu tapi buat2 tak tahu. Tahu tapi tuntutan ini kononnya sudah ketinggalan zaman, tidak sesuai dipraktikkan di dunia teknologi tanpa sempadan. Wanita bertudung tak semestinya baik, wanita moden mesti singkatkan tudung, wanita up to date kena pakai tudung yang nipis sehingga Nampak segala yang tersembunyi, wanita kena pandai berfesyen, pakai anting2 keluarkan sikit telinga dari tudung, wanita itu wanita ini....

Ah! Banyak sekali dalih2 untuk tuntutan yang satu ini. Kritis sekali pemikiran kita dalam memberi alasan. Teruslah hidup dalam penjara hedonism ini. Berhibur dan bergembiralah seolah-olah dunia ini tiada hujungnya. Kejarlah dunia dan isinya semahumu, andai ia tempat yang abadi bagimu. Berbuatlah semahumu, andai kau kira tiada pertanggungjawaban di hari perhitungan. Aku sangat lelah mencari penawar mabuk dunia.

Kak kinah sedang makan nasi dan budu di bilik sebelah. Sedapnya, dah lama tak makan budu (malas nak pegi pasar malam)..

March 19, 2009

Duhai Pemilik Hati

Sakit di sana sini, namun ia datang bersama kaffarah, jadi sewajarnya aku bersyukur. Dosa dilakukan samada dalam keadaan sedar ataupun tidak. Tambahan pula kebelakangan ini entah apa2lah yang telah aku lakukan. Tanya sama hati? Hati pula segan menjawab. Dalam kondisi tidak sihat pun dosa bisa saja terbit, bagaimana ya? Tentu saja hasil dari permainan dan bisikan syaitan. Mulalah tidak husnuzon, mengeluh dan mengeluh. Bersangka buruk terhadap Allah, bersangka buruk terhadap manusia di sekeliling, akhirnya diri sendiri sajalah yang betul. Astaghfirullah, mohon dijauhkan segala bisikan2 jahat ini...

Mujahadah menentang bisikan syaitan bukanlah satu hal yang mudah. Aku sendiri sebagai hamba yang hina sering saja tewas dalam perlawanan ini. Sebagai manusia, selalu sahaja rasa tidak puas hati itu hadir. Ia datang dalam pelbagai bentuk. Dalam beberapa hari ini hatiku pernah terdetik dengan kata,

"Ish, dia ni tak tahu adab dengan orang sakit ke?Tak nampak ke keadaan aku ni macam mana?"

Maaf sahabat, emosiku agak tidak stabil lantaran keadaan diri. Ampunkan aku Ya Allah, kerana mempunyai jalan fikiran yang begitu.

Alhamdulillah, 'ala kulli hal..bersabarlah dalam menghadapi segala musibah, dan bersyukurlah bila Tuhanmu memberikan nikmat. Bila merasa dirimu tidak dihargai dan dipeduli, ketahuilah Allah sangat dekat denganmu lebih dari dirimu sendiri. Bila kau merasa tiada siapa yang mengerti isi hatimu serta kepedihan yang kau rasakan, Rabbmu terlebih dahulu menghitung segala jerih-perih yang jiwamu lalui...

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sedangkan kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman"
(Ali-Imran:139)

Duhai Pemilik Hati, padaMu kami sandarkan seluruh pengharapan~

March 16, 2009

10 sahabat yang dijanjikan syurga


1- Saidina Abu Bakar As-Siddiq (ra).
2- Saidina Umar Al-Khattab (ra).
3- Saidna Usman Bin Al-‘Affan (ra).
4- Saidina Ali Bin Abu Talib (ra).
5- Saidina Zubair Bin Al-‘Awwam (ra).
6- Saidina Talhah Bin ‘UbaidiLlah (ra).
7- Saidina Abdul Rahman Bin ‘Auf (ra).
8- Saidina Abu ‘Ubaidah ‘Amir Bin Al-Jarrah (ra).
9- Saidina Sa’ad Bin Abu Waqqas (ra).
10- Saidina Sa’id Bin Zaid (ra).

p/s: Kita pula bagaimana?

March 15, 2009

kak wani mesti baca

Aku beransur stabil, cuma sedikit tidak sihat. Berhari-hari menahan sakit kepala. Entah apalah yang tersangkut dalam cerebrum sehingga sakitnya tidak mahu reda. Hampir aku tidak menghadiri jenazah management course pagi tadi. Tapi sakit ni tak boleh dimanjakan sangat kan?

Seinfiniti terima kasih buat kak wani yang banyak meniup keyakinan dalam diriku. Setiap kali berjumpa, aku rasa dekat sekali dengannya. Hilang separuh kegusaran. Setakat ini, dia yang paling mengerti sebab sebenar aku tidak dapat turun ke lapangan dakwah seperti dahulu. Sungguh aku rindukan sahabat seperjuangan, tapi aku belum mampu untuk bercerita hal yang dirasa cukup peribadi. Bukanlah aku menjauhkan diri atau lari, aku cuma mengubah dakwah pada skop yang lebih kecil. Semampuku. Kerana buat masa ini itulah yang termampu.

Kak wani pernah berkata, suatu hari nanti akan ada 'seseorang' yang dapat membantuku untuk lepas dari belenggu dan kembali berjuang dalam lapangan dakwah yang kurindukan. Mungkinkah? Aku hanya mampu berdoa. Berdoa dan terus berdoa.

Buat sahabat seperjuanganku, maafkan aku atas kelemahan diri. Kalian pasti tertanya-tanya kemana telah aku pergi? Apa yang telah terjadi padaku? Sudah bencikah pada dakwah? Oh persoalan2 ini biarlah kusimpan sendiri. Aku tidak mahu beralasan. Yang pasti, diriku terlalu lemah untuk melepasi tembok dan penghadang itu. Aku belum mampu mengatasinya. Hanya pada Rabbul Jalil aku harapkan kekuatan dan pertolongan. Di atas segalanya, aku yakin ada hikmah yang yang tersembunyi.

Buat kak wani, salam sayang dari adikmu~