September 21, 2010

Kesetiaan

Jurang seperti apa ini?


Persis tiada jalan keluar. Ya Tuhan, selamatkan aku. Selamatkan hambaMu. Tidak mahuku terus begini.


Kau tahu. Malah Kau lebih Mengetahui dari diriku. Kerna aku sudah tidak mampu mengerti lagi. Hilang arah punca. Tidak berpijak di bumi nyata. Salahku. Silapku.


Mungkin kita sudah menjauh. Aku yang hanyut dengan dunia. Padahal aku yang memerlukanMu, setiap masa. Dan Kau perlu bukti cinta. Cinta bukan sekadar untuk diucapkan, ia perlu pembuktian. Sebagaimana iman dizahirkan dengan ibadah yang ikhlas, kecintaan juga diuji pada kesetiaan.


Kita selalunya bijak berkata-kata. Dakwah kerana apa? Juang untuk siapa?


Bukan ikut-ikutan. Bukan hobi masa lapang. Bukan untuk sanjungan.


Cinta Rasulullah pada kita, sehingga di hujung nafas...


"ummati, ummati..'

September 19, 2010

Getar sukma




Aku menatap keindahan alam. Pada kepul-kepul awan, pada ombak dan lautan. Aku renung jalur pelangi yang bersinar indah dengan 7 warnanya. Terpaku. Terdiam.


Aku mengaguminya. Sehingga basah hati ini. Sukarnya untuk diterjemah. Kekaguman itu kupulangkan kepada Penciptanya yang Maha Agung. Maha Indah. Maha Kaya. Keindahan ini hanya sedikit daripada biasan sifatNya. Sungguh, tidak terbayang, tidak terjangkau dek fikiran.


Kekaguman itu menerobos tembok maya. Menghantar gusar pada diri. Bimbang hati hilang kemudi. Dan kuhanyutkan diri dalam doa. Tenteramlah duhai jiwa.


Sukma bergetar hebat. Allahu Rabbi!




Ilham

Lama menyepi.


Salam lebaran. Salam penuh kemaafan.


Sudah kembali di bumi jihad. Demi sebuah keredhaan..dan kecintaan.


Allah Maha Pemaaf. Al-Afuw. Malulah jika kita enggan memberi maaf. Angkuh benar. Sedang Dia juga menutup keaiban serta memaafkan kita. Lapangkanlah dadamu dengan memberi, biarpun tidak dipinta. Itu lebih membahagiakan.


Terus mencari ilham. Lewat ini ia seakan menghindar. Sukar untukku menulis jika terus begini. Kesibukan? Itu alasan. Aku harus mencarinya, dan mengembalikannya ke hati. Dan pastinya, ilham itu ada di taman2 cinta. Pada hati2 yang mencintai Allah dan RasulNya. Dalam setiap peringatan yang sering dikongsikan, hati2 kita menyatu, demi sebuah keredhaan.


InsyaAllah, bertemu kita nanti dalam halaqah cinta...