April 13, 2012

Mahu menulis

Kasihan laman sutera terbiar sepi. Serasa panjang benar perjalanan kali ini, mercabar kesabaran yang dipasak teguh dalam siri. Bermulanya klinikal di HUSM shingga sekarang sedang berjuang di Hospital Ampang, tidak henti badai silih berganti.

Adakah ini klimaks? Mula memikir-mikir hala tuju, mula ditujah persoalan pertanggungjawaban dan sebagainya. Ah, kadang-kadang aku rindukan usia kecilku yang tidak perlu merisaukan apa-apa. Riang ria.

Beberapa ujian besar telah dan sedang menjengah. Cuba sedaya upaya bermanis muka, mahu berjiwa seluas samudera. Tapi fitrah manusia yang penuh kelemahan, bila lisan tidak berkata, airmata menjadi perantara. Mengadu pada Dia yang Maha Mendengar. Maha Mengetahui. Maha Mengasihani.

Mahu menulis, tapi jemari seakan kaku, jiwa membeku
Mahu menulis, rupanya di atas angin
Mahu menulis, entah di mana ilham rasa
Mahu menulis, sukma terus diam membisu
Mahu menulis, tapi aku seperti hilang
Bersama apa yang mahu dituliskan
Hilang dalam kelam.