March 31, 2009

Asal selesa sudahlah!

Beberapa hari lepas aku terbacalah satu berita ni kat akhbar utusan. Seorang ayah menyerang dan memarahi guru di sekolah kerana anaknya tidak dibenarkan menyertai lari pecut dalam satu pertandingan di sekolahnya. Alasan? Budak tersebut hanya memakai baju T dan seluar getah serta tidak memakai tudung. Peraturan sekolah pula menggariskan bahawa peserta perempuan wajib memakai tudung, baju T dan seluar track. Aku rasa peraturan ni dah betul dah. Tapi mungkin bukan semua orang punya jalan fikiran yang sama.

Si ayah memarahi guru wanita yang bertanggungjawab menguruskan pertandingan ini sehingga guru tersebut mengalirkan airmata. Aku rasa tentu ada babak menengking dan sebagainya. Walaupun dimarahi, guru tersebut tetap menegaskan bahawa peraturan yang dilaksanakan adalah sejajar dengan ajaran Islam. Nak tahu apa kata si ayah?

Katanya peraturan sebegitu telah menyekat bakat anaknya, bahkan akan merencatkan perkembangan sukan negara.

"Asal selesa sudahlah!"

Alahai, apa sudah jadi?
Adakah tuntutan menutup aurat hanya 'bila perlu' dan tak kisah pun kalau tak nak tutup aurat, 'asalkan selesa'? Bila difikirkan semula, aku rasa fenomena sebegini sudah menjadi biasa pada masa sekarang. Ibubapa tidak mendidik anak mengikut acuan Islam. Persoalan aurat dan batas pergaulan ditolak ke tepi. Maka lahirlah generasi yang 'asal selesa sudahlah' dan 'kami hanya kawan'.

Para guru juga semakin sukar untuk menjalankan tugas mendidik anak bangsa. Mana tidaknya, ditegur sedikit sudah disaman. Apalagi hendak menjentik pelajar. Rasanya, aku tidak sesuai dengan profesion itu. Entah mampu atau tidak diri ini hendak menggalas tanggungjawab mendidik, serta perlu berhadapan pula dengan ibu bapa yang mahu anaknya ditatang dan dilayan persis anak raja.

Tuntutan agama sudah dipersendakan dengan kata 'asal selesa sudahlah!'

March 26, 2009

Apa ada pada janji?

Apa ada pada janji? Yang pastinya janji kan membuahkan harapan. Janji adalah suatu kata jaminan kepada insan. Pelbagai jenis janji wujud di dunia fana ini. Dan manusia adalah salah satu makhluk yang suka menabur janji, selain syaitan yang suka membisikkan janji2 indah pada setiap perbuatan dosa. Pernah dengar istilah 'janji manis'? Pasti kalian sudah biasa mendengarnya, bahkan turut menerima janji2 sebegitu. Apa yang kuperhatikan, manusia juga selalu terkecewa kerana janji. Janji itu tanpa disedari bisa membunuh hati. Betapa tidak, bilamana kau begitu mengharapkan pelaksanaan janji2, dan dengan kejamnya si penabur janji melupakan ikrar janji sendiri. Akhirnya kau terduduk sendiri, menghitung janji2 yang dimungkiri.


Pernahkah kita terfikir, betapa kita ini lebih percaya pada janji manusia? Kita begitu mengharap agar janji2 itu dipenuhi, dan adakalanya kita terlalu yakin janji itu akan terpateri. Mengapakah kita tidak meletakkan pergantungan sebegitu kepada Rabbul Izzati? Rabb yang tidak pernah sesekali memungkiri janji. Rabb yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sayangnya, kita lebih percaya pada janji manusia...


Inilah salah satu punca manusia selalu terkecewa dan merana dalam hidup. Kita meletakkan seluruh pengharapan pada yang bukan hak. Kita memberi hati dan cinta pada makhluk sebelum kita mencintai-Nya. Bila ditimpa masalah dan musibah, kita mula mencari-cari tempat melepas rasa, kita mencari orang lain sebelum kita mengadu pada-Nya. Kita bergantung harap pada sahabat mahupun kekasih, dan meletakkan Dia di kedudukan yang terkebela
kang. Dan akhirnya apabila apa yang kita harapkan, cintakan, dambakan, insan2 yang dikasihi meninggalkan kita, hati pun merana dan hilang arah. Hidup ini seolah tiada makna. Rasa keseorangan terus-terusan menghantui. Bahkan tangisan seakan tidak mahu berhenti. Adilkah kehidupan ini? Itulah persoalan yang mula timbul. Lantaran itu, ramai antara kita yang mengambil jalan pintas, demi mengakhiri penderitaan hati. Hakikatnya, azab yang maha dahsyat menanti..


"Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-Nya"


Ini firman Allah dalam surah Ali-Imran. Maka aku mahu menyeru hatiku dan hati kalian, letakkanlah segala pengharapan dan kepercayaan HANYA pada Allah semata. Dengan itu kalian tidak akan pernah kecewa. Cukuplah sudah kita ini terkecewa kerana percaya pada janji manusia. Cukuplah.

March 22, 2009

Aksi si kembar







Aku rindu nak main dengan budak2. Comel kan? Yang berkereta oren namanya qaisara, hijau pula qistina. Si kembar yang makin aktif sekarang. Setakat ni aku baru ada 3 orang anak buah. Seorang lagi (tiada dalam gambar) abang mereka, namanya luqman.

Bila aku balik sure jadi bibikla melayan kerenah mereka ni. Rindunya!

March 21, 2009

Sekilas pandang

Hari ini kami pelajar2 diet first year (sister) konvoi ke kenduri kahwin kakak kepada salah seorang sahabat kami. Berangkat dari uia dengan penuh semangat ditambah pula dengan semangat mahu makan nasi minyak. Sudah lama tidak menghadiri kenduri kahwin. Tema perkahwinan kakak zie adalah warna hijau. Cantik! Pelamin raja sehari juga sangat comel, hingga aku pula yang terasa hendak duduk di situ (tapi tak tahulah dengan siapa). InsyaAllah, majlis aku nanti juga akan serba hijau (wajib ni).

Balik dari kenduri, aku dan beberapa orang sahabat singgah ke Kuantan parade. Di sini bermulanya perjalanan yang menyesakkan. Ujibakat nyanyian sedang diadakan. Aku hanya mampu mendengar dan kadangkala memekakkan telinga kerana tidak tahan dengan bunyi dan suara yang entah apa2. Lagu yang dinyanyikan semuanya tentang cinta dan kekasih hati. Peserta pula tidak terkata ramainya. Muzik pula sangat bingit hingga aku rasa hendak mensabotaj sahaja sumber elektrik di situ. Sabar2, innallaha ma’assoobiriin.

Inilah penjara dunia manusia. Hedonism. Terlalu cintakan hiburan sehingga lupa batas dan sempadan. Wanita sudah tidak peduli tentang tuntutan menutup aurat. Tahu tapi tidak mahu ambil peduli. Tahu tapi buat2 tak tahu. Tahu tapi tuntutan ini kononnya sudah ketinggalan zaman, tidak sesuai dipraktikkan di dunia teknologi tanpa sempadan. Wanita bertudung tak semestinya baik, wanita moden mesti singkatkan tudung, wanita up to date kena pakai tudung yang nipis sehingga Nampak segala yang tersembunyi, wanita kena pandai berfesyen, pakai anting2 keluarkan sikit telinga dari tudung, wanita itu wanita ini....

Ah! Banyak sekali dalih2 untuk tuntutan yang satu ini. Kritis sekali pemikiran kita dalam memberi alasan. Teruslah hidup dalam penjara hedonism ini. Berhibur dan bergembiralah seolah-olah dunia ini tiada hujungnya. Kejarlah dunia dan isinya semahumu, andai ia tempat yang abadi bagimu. Berbuatlah semahumu, andai kau kira tiada pertanggungjawaban di hari perhitungan. Aku sangat lelah mencari penawar mabuk dunia.

Kak kinah sedang makan nasi dan budu di bilik sebelah. Sedapnya, dah lama tak makan budu (malas nak pegi pasar malam)..

March 19, 2009

Duhai Pemilik Hati

Sakit di sana sini, namun ia datang bersama kaffarah, jadi sewajarnya aku bersyukur. Dosa dilakukan samada dalam keadaan sedar ataupun tidak. Tambahan pula kebelakangan ini entah apa2lah yang telah aku lakukan. Tanya sama hati? Hati pula segan menjawab. Dalam kondisi tidak sihat pun dosa bisa saja terbit, bagaimana ya? Tentu saja hasil dari permainan dan bisikan syaitan. Mulalah tidak husnuzon, mengeluh dan mengeluh. Bersangka buruk terhadap Allah, bersangka buruk terhadap manusia di sekeliling, akhirnya diri sendiri sajalah yang betul. Astaghfirullah, mohon dijauhkan segala bisikan2 jahat ini...

Mujahadah menentang bisikan syaitan bukanlah satu hal yang mudah. Aku sendiri sebagai hamba yang hina sering saja tewas dalam perlawanan ini. Sebagai manusia, selalu sahaja rasa tidak puas hati itu hadir. Ia datang dalam pelbagai bentuk. Dalam beberapa hari ini hatiku pernah terdetik dengan kata,

"Ish, dia ni tak tahu adab dengan orang sakit ke?Tak nampak ke keadaan aku ni macam mana?"

Maaf sahabat, emosiku agak tidak stabil lantaran keadaan diri. Ampunkan aku Ya Allah, kerana mempunyai jalan fikiran yang begitu.

Alhamdulillah, 'ala kulli hal..bersabarlah dalam menghadapi segala musibah, dan bersyukurlah bila Tuhanmu memberikan nikmat. Bila merasa dirimu tidak dihargai dan dipeduli, ketahuilah Allah sangat dekat denganmu lebih dari dirimu sendiri. Bila kau merasa tiada siapa yang mengerti isi hatimu serta kepedihan yang kau rasakan, Rabbmu terlebih dahulu menghitung segala jerih-perih yang jiwamu lalui...

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sedangkan kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman"
(Ali-Imran:139)

Duhai Pemilik Hati, padaMu kami sandarkan seluruh pengharapan~

March 16, 2009

10 sahabat yang dijanjikan syurga


1- Saidina Abu Bakar As-Siddiq (ra).
2- Saidina Umar Al-Khattab (ra).
3- Saidna Usman Bin Al-‘Affan (ra).
4- Saidina Ali Bin Abu Talib (ra).
5- Saidina Zubair Bin Al-‘Awwam (ra).
6- Saidina Talhah Bin ‘UbaidiLlah (ra).
7- Saidina Abdul Rahman Bin ‘Auf (ra).
8- Saidina Abu ‘Ubaidah ‘Amir Bin Al-Jarrah (ra).
9- Saidina Sa’ad Bin Abu Waqqas (ra).
10- Saidina Sa’id Bin Zaid (ra).

p/s: Kita pula bagaimana?

March 15, 2009

kak wani mesti baca

Aku beransur stabil, cuma sedikit tidak sihat. Berhari-hari menahan sakit kepala. Entah apalah yang tersangkut dalam cerebrum sehingga sakitnya tidak mahu reda. Hampir aku tidak menghadiri jenazah management course pagi tadi. Tapi sakit ni tak boleh dimanjakan sangat kan?

Seinfiniti terima kasih buat kak wani yang banyak meniup keyakinan dalam diriku. Setiap kali berjumpa, aku rasa dekat sekali dengannya. Hilang separuh kegusaran. Setakat ini, dia yang paling mengerti sebab sebenar aku tidak dapat turun ke lapangan dakwah seperti dahulu. Sungguh aku rindukan sahabat seperjuangan, tapi aku belum mampu untuk bercerita hal yang dirasa cukup peribadi. Bukanlah aku menjauhkan diri atau lari, aku cuma mengubah dakwah pada skop yang lebih kecil. Semampuku. Kerana buat masa ini itulah yang termampu.

Kak wani pernah berkata, suatu hari nanti akan ada 'seseorang' yang dapat membantuku untuk lepas dari belenggu dan kembali berjuang dalam lapangan dakwah yang kurindukan. Mungkinkah? Aku hanya mampu berdoa. Berdoa dan terus berdoa.

Buat sahabat seperjuanganku, maafkan aku atas kelemahan diri. Kalian pasti tertanya-tanya kemana telah aku pergi? Apa yang telah terjadi padaku? Sudah bencikah pada dakwah? Oh persoalan2 ini biarlah kusimpan sendiri. Aku tidak mahu beralasan. Yang pasti, diriku terlalu lemah untuk melepasi tembok dan penghadang itu. Aku belum mampu mengatasinya. Hanya pada Rabbul Jalil aku harapkan kekuatan dan pertolongan. Di atas segalanya, aku yakin ada hikmah yang yang tersembunyi.

Buat kak wani, salam sayang dari adikmu~

March 13, 2009

Wanita ibarat pohon semalu...


Untuk renungan bersama….

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan
bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya
mereka berdua di bawah
sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon
semalu, kakinya berdarah lalu
mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan
kepada bapanya apalah gunanya
pohon semalu itu berada di situ dengan nada
yang sedikit marah. Rasulullah
dengan tenang berkata kepada puteri
kesayangannya itu bahawasanya
pohon semalu itu amat berkait rapat dengan
wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.

Para wanita hendaklah mengambil
pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4
aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila
disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai
perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan
dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu
mempertahankan diri dan maruah sebagai
seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang
yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah
hendaklah mempunyai
keterikatan yang sangat kuat dengan Allah
Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Wanita solehah bukan sahaja ibarat mawar berduri~wanita ibarat pohon semalu~duri pada mawar menandakan bahawa mereka tidak boleh didekati sewenangnya~wanita solehah dipagari perasaan malu yang dengannya menjadikan wanita sebagai insan misteri yang istimewa~andai kamu mahu memetiknya gunalah cara yang terbaik supaya kau tidak dilukai~


March 12, 2009

Kisah kucing

Mulai hari ini SuTeRa akan berbahasa 'aku'. Lebih mudah kot, walaupun tidak pernah menggunakannya dalam perbualan harian.

Rasanya kita banyak bercakap tentang isu2 yang besar. Jadi kali ini aku terfikir hendak menulis tentang isu yang mungkin remeh namun sebenarnya agak penting. Populasi kucing di UIA kian meningkat. Warga UIA Kuantan tentu sudah maklum akan hal ini. Aku sukakan kucing, jadi menjadi satu kemestian bagiku untuk beramah mesra dengan mereka. Cuma sesekali aku rasa sayu melihat status kehidupan mereka yang terbiar. Entah bagaimana mereka boleh menjadi penghuni taman ilmu dan budi ini. Kasihan melihat wajah2 yang kelaparan, maklumlah kucing terbiar jadi tentulah terpaksa berjuang mencari makanan. Samada dari tong sampah ataupun mendapat belas dari peniaga kafe yang sudi memberikan lebihan makanan.

Di mahallah pula, memang banyak sekali kucing yang berkeliaran. Boleh dijumpai di tangga2 dan di atas rak kasut. Seringkali mereka bergaduh, dan aku selalu tergelak sendiri dalam menafsir sebab pergaduhan kucing2 itu. Berebut pasangankah? Atau berebut harta pusaka? Mungkin juga kerana dengki. Alangkah bagus kalau aku mengerti bahasa kucing.

Aku terharu melihat ramai sister sudi berbuat ihsan terhadap makhluk comel ini. Andai ada lebihan makanan, maka adalah rezeki mereka. Kadangkala makcik cleaner marah kerana kami mengotorkan lantai dengan memberi kucing makan. Betul juga. Makcik sudah bersusah-payah mengemop lantai, tiba2 kotor semula. Takkan nak salahkan kucing kerana tidak makan dengan tertib?
Istilah tertib hanyalah untuk manusia yang berakal.

Kalian rasa entri ini mengarut? Terpulang. Padaku hal ini sama pentingnya dengan aspek kehidupan yang lain.
"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya"
(Az-Zalzalah:7-8)

'Ala kulli hal, untuk memahami orang lain, kita kena cuba meletakkan diri kita dalam situasi orang tersebut. Sama juga dalam situasi ini. Aku menulis entri ini mungkin kerana terkilan melihat kekasaran segelintir daripada kita terhadap makhluk Allah itu. Kalau kita faham makna kelaparan dan kebuluran, mungkin tidak ada orang akan menyepak kucing kerana rimas dengan kucing yang asyik "miow3". Makhluk itu tidak berakal. Kita pula berakal. Maka bertindaklah selaras dengan kurniaan akal.

Berbuat baiklah selagi berpeluang, hatta pada seekor semut, semoga keikhlasan hati kita diberi ganjaran oleh Allah azzawajalla dan semoga kita termasuk dalam golongan orang2 yang berbudi..



Inilah si botet, kucingku yang pemalas. Beliau hanya tahu makan dan tidur. Tengoklah, beliau terbaring kekenyangan+kemengantukan barangkali. Beliau juga suka berposing di hadapan kamera. Mempunyai misai yang panjang, tapi berekor pendek.

March 10, 2009

Bertemu bulan


Malam ini aku bertemu bulan penuh. Sudah lama aku menunggunya. Mengharapkan kehadirannya untuk mengurangkan kegundahan hati. Indahnya ciptaan Tuhan..aku terpaku di hadapan keagungan ciptaan-Nya..mendongak ke langit sambil menghitung bintang2 dan menikmati cahaya bulan, itu rutinku sejak kecil. Itu afalku.

"Husna cepat malam ni bulan cantik!"
"Tu kawan husna dah datang"
"Ingatla saya kalau tengok bulan penuh"

Ini antara kata2 sahabat2ku yang selalu mengusik jiwa. Mereka sudah memahami aku yang suka melihat bulan, sehingga menggelarkan bulan sebagai kawanku. Tersenyum sendiri mengenangkan kenangan silam.

Bukan berangan, bukan berkhayal, aku juga kurang mengerti bagaimana wujudnya perasaan ini. Semasa kecil aku pernah bermimpi bulan masuk ke bilikku dan membawaku terbang ke langit. Oh, betapa aku mengharapkan semua itu benar. Hingga sekarang pun, aku masih punya harapan sebegitu. Harapan yang mustahil semestinya.

Melihat bulan menimbulkan sejuta kesyukuran dalam hati. Bahawa Allah masih memberiku hayat untuk menatap keindahan itu. Adakalanya cahaya bulan seakan terbias di hati, menyuluh jalan kesamaran.

Ibu juga pasti sedang menatap bulan yang sama. Hanya Tuhan saja yang tahu, betapa aku merindukan ibu. Setiap hari aku berusaha untuk tabah, aku berusaha semampuku. Tidak mahu terlalu melayan perasaan sedih dan sayu sendirian di rantau orang. Aku sabarkan jiwa agar tidak mudah lemah, inilah mujahadah yang harus ditempuhi dengan lapang dada.

Andai ada hayat diberi, akan ada kesempatan untuk bertemu kembali dengan insan2 tersayang. Ayah, ibu, semoga Allah menghadirkan pertemuan untuk kita...

Adakalanya ketabahan diri terlalu rapuh, sehingga rasa tak mampu melangkah. Ada waktunya rasa takut menyelubungi. Ada waktunya rasa begitu terasing walau punyai ramai teman. Ada waktunya keliru dalam kehidupan. Perasaan ini silih berganti di dalam hati, namun aku cuba juga untuk tersenyum dan tertawa. Kerana atas segalanya, aku masih punya Ar-Rahman yang sentiasa menghadirkan penawar pada setiap luka yang singgah di hati...
Hati perlu tersenyum~

March 9, 2009

Ku Merayu-alarm me

Dalam sayu ini
Ku masih merayu
Kiranya Kau hulur sisa simpati
Untuk hatiku yang masih mengharap
Tuhan ku pinta segala terlerai

Walaupun aku tidak pasti
Apakah masih membara dosaku
Di lautan derhaka ku terus berombak
Menghempas taubatku yang kian retak
Oh Tuhan ampunilah daku
Sudi kiranya kau hujani kembali
Jiwaku yang masih kelayuan ini

Tuhan sambunglah cintaku yang terputus
Dengan cinta-Mu Yang Maha Kudus
Dalam sayu ku masih merayu
Agar kasih-Mu hadir di hatiku
Dalam pilu ku masih merayu
Biarlah dosa-dosa nan lalu
Terkubur di lipatan kenangan

Ku merayu hanya pada-Mu
Ku merayu dan terus merayu

Ku memohon petunjuk dari-Mu
Buatku menuju jalan-Mu yang satu
Hidup matiku hanya untuk-Mu

March 7, 2009

wujudkah makhluk asing?

Menyambung sedikit tentang 'The Arrival'.
Kalian percaya pada kewujudan UFO? Saya juga pernah percaya. Semasa zaman kanak2 dulu cerita2 UFO memang menjadi pilihan hati. Malahan saya pernah punya keinginan untuk bertemu dengan makhluk asing yang kononnya punyai kuasa itu! Media barat telah berjaya menguasai minda kita. Kanak2 dimomokkan dengan kewujudan makhluk asing yang berwajah hodoh dan dan berbadan pendek. Ianya jelas digambarkan melalui filem2 barat seperti starwars, startrek, and stargate.

Hebat sekali...

Mengikut kajian yang telah dibuktikan, terdapat satu pertubuhan ketenteraan rahsia di sebalik kewujudan UFO. Benarkah mereka makhluk asing? Mangsa yang diculik terpaksa di'hypnotized' untuk mengingati kejadian sebenar. Menurut mangsa, mereka dibawa ke sebuah makmal serba putih yang dipenuhi dengan peralatan makmal yang canggih. Manakala badan mereka berselirat dengan wayar, sementara ada sesuatu yang dimasukkan ke dalam bahagian otak mangsa. Ia seperti cip yang mengandungi data2 tertentu yang tidak dapat dipastikan hingga sekarang. Mereka mendakwa ramai doktor yang berpakaian serba putih berada di sekitar makmal itu. Juga banyak pemandangan yang mencurigakan. Sepertinya ada suatu eksperimen yang sedang dijalankan untuk satu misi rahsia yang sangat besar.

Misi apakah yang sedang mereka bawa?
Apakah motif penculikan itu?
Siapakah dalang di sebalik pertubuhan rahsia ini?
dan mengapa ianya dilindungi di sebalik identiti makhluk asing?
Adakah pihak NASA juga menyimpan sesuatu rahsia yang tidak kita ketahui?

Oh, persoalan2 ini membuatkan saya tidak tidur malam. Agak ralit saya dalam pencarian ini. Apakah tujuan penubuhan ketenteraan rahsia ini dan untuk siapa mereka berkhidmat?

Andai kalian menonton siri ini, kalian akan tahu bahawa mereka ini membawa agenda untuk mewujudkan NEW WORLD ORDER.
Ianya turut diperjuangkan oleh Bill Clinton, George W. Bush dan ramai tokoh politik, pekerja profesional, dan artis hollywood. Tidak terkecuali mereka yang bergelar ZIONIS..

And after all we're being foolish by their games and strategies.

March 5, 2009

'The Arrival'

Sudah pagi tapi mata tidak mahu lelap..mengapakah?
banyak berfikir??
oh, saya bukanlah pemikir negara. Cuma saya dan beberapa orang sahabat baru sahaja menonton siri 'The Arrival'..cerita yang mengisahkan tentang kedatangan dajjal...
Ada 52 siri tapi kami baru berjaya menonton 15 siri. Setiap siri dalam lingkungan 6-10 minit. Kami hanya mampu beristighfar...
Terkejut dengan realiti yang berlegar di sekitar kehidupan kita. Ia bergerak dengan begitu perlahan tanpa kita sedari. Seperti ular di dalam semak...

Apa yang dapat saya simpulkan, there are people preparing for the arrival of dajjal!
Tanpa kita sedari, kehidupan kita dilingkungi oleh sistem dajjal. Ia begitu hampir malahan ada yang telah menjadi sebahagian dari diri kita. Sistem ini diwujudkan dengan sengaja, tanpa dapat dikesan malah ia menjadi sebahagian dari diri manusia.

Ingin tahu? Saya tidak dapat bercerita dengan lebih lanjut, kerana kami juga belum berkesempatan menghabiskan siri cerita tersebut. Malahan masih ada beberapa perkara yang kurang jelas. Biarlah saya memberi sedikit gambaran..

Ada rahsia tersirat pada binaan kebanyakan bangunan2 pencakar langit di Barat sana..
Ada misteri pada struktur piramid..
Ada yang tersembunyi di sebalik lukisan watak kartun yang kita lihat di kaca televisyen..
Ada realiti ngeri pada lagu2 madonna..
Ada tujuan pada setiap gerakan dan lirik..
Ada kecurigaan untuk imej mata satu yang tidak kelihatan..
Ada yang mereka puja..

Ada agenda tersembunyi di sebalik struktur binaan bangunan, lagu2 dan filem hollywood, serta pemikiran2 dan gaya hidup yang mereka amalkan. Ada sesuatu di sebalik semua ini, sesuatu yang bukannya terjadi secara kebetulan. Kerana tiada kebetulan di dunia ini.

We'll figure it out. Degupan jantung saya sangat laju sepanjang menonton siri ini. Yang pasti, ada yang menanti kedatangan dajjal, malah berusaha mempermudahkannya.

Kita akan berkongsi lagi pada entri yang seterusnya~selepas habis menonton siri ini~

March 4, 2009

Menilai keseimbangan

Akhir2 ini saya terlalu rajin meng'update' blog. Rasa mahu menulis dan terus menulis walaupun saya sendiri tak tahu apa yang ditulis. Mengapakah?? Ada sesuatu yang pelik mengganggu ketenangan hati. Itu amat disedari. Sesuatu yang tidak pasti dari mana datangnya dan bagaimana mengatasinya. Sebenarnya diri sedang berjuang menyiapkan financial report dan meng'adjust' budget yang telah digunakan sepanjang HEALS week. Entah mengapa tiba2 mendapat post sebagai treasurer sedangkan sepanjang 20 tahun hayat ini, tak pernah lagi saya melakukan tugas seorang treasurer. Oh, inilah cabaran barangkali. Peluang untuk belajar dan menimba pengalaman tidak boleh dipersiakan.

Sebenarnya ini yang hendak dikongsikan. Pernah tak kalian terfikir mengapa harus wujud kesedihan dalam hidup yang singkat ini? Tidak bolehkan jika hanya kegembiraan sahaja yang mewarnai kehidupan kita? Persoalan ini sering bermain-main di fikiran saya suatu ketika dahulu. Hinggalah tiba2 suatu hari terlintas jawapan yang dicari dengan tidak disangka-sangka.

Andai tiada kesedihan bolehkah kita memahami rasa kegembiraan? Tanpa melalui kesusahan dan kesukaran, kita tidak akan mengecapi nikmat kebahagiaan dan kesenangan. Kerana manusia yang tidak pernah berhadapan dengan kesedihan juga tidak akan mengerti tentang perasaan bahagia meskipun dia berada dalam suasana yang membahagiakan.

Mengelirukan?

Mari kita lihat contoh yang lebih mudah. Kaya lawannya miskin. Kenapa mesti ada yang miskin? Allah boleh sahaja mengurniakan kekayaan kepada semua hambaNya. Begini, orang kaya semestinya punya wang yang banyak, rumah yang selesa serta memiliki kereta mewah. Inilah persepsi kita tentang orang kaya. Orang miskin pula tentulah sebaliknya, dengan kata lain mereka hidup dalam kedaifan. Bayangkan, jikalau tiadalah diciptakan kemiskinan di dunia ini, bagaimana kita hendak menilai kekayaan? Kesimpulannya, istilah 'kaya' tidak akan wujud pun di dunia! Betul tak?

Jelas?

Subhanallah..hebatnya Allah yang menciptakan makhluknya berpasang-pasangan. Kerana pasangan2 ini saling memaknakan antara keduanya.

Tinggi dan rendah
Siang dan malam
Panjang dan pendek
Kasih-sayang dan kebencian
Suka dan duka
Tidur dan jaga
Hidup dan mati

Ya, tanpa keseimbangan ini, dunia tidak akan wujud sebagaimana sekarang. Saya sendiri selalu bertanya pada diri, mengapakah kita harus berhadapan dengan pelbagai kesukaran sehingga adakalanya ia mengemis airmata kesedihan...?

Jawapannya ialah supaya kita akan lebih menghargai nikmat kebahagiaan andai ia hadir dalam kehidupan..seorang mukmin harus tabah menghadapi ujian dan bersyukur apabila menerima ganjaran..

Pandanglah di sekeliling, betapa ramai manusia yang tidak tahu menghargai nikmat usia yang dimiliki~sedangkan hidup pasangannya mati~

March 3, 2009

Gugurnya 3 panglima terbilang

Wahai Diri ……..
Jika Kau Tidak Gugur di Medan Juang ……..
Kau Tetap Akan Mati ……..
Walau di Atas Ranjang ..……


Ibnu Rawahah adalah seorang penulis yang tinggal di suatu lingkungan yang langka dengan kepandaian menulis dan membaca. Ia juga seorang penyair yang lancar, untaian syair-syairnya meluncur dari lidahnya dengan kuat dan indah didengar ….

Semenjak ia memeluk Islam, dibaktikan kemampuannya bersyair itu untuk mengabdi bagi kejayaan Islam …..Dan Rasullullah menyukai dan menikmati syair-syairnya dan sering beliau minta untuk lebih tekun lagi membuat syair.

Pada suatu hari, beliau duduk bersama para sahabatnya, tiba-tiba datanglah Abdullah bin Rawahah, lalu Nabi bertanya kepadanya: "Apa yang anda lakukan jika anda hendak mengucapkan syair?"

Jawab Abdullah: "Kurenungkan dulu, kemudian baru kuucapkan". Lalu teruslah ia mengucapkan syairnya tanpa bertangguh, demikian kira-kira ertinya secara bebas:

"Wahai putera Hasyim yang baik, sungguh Allah telah melebihkanmu dari seluruh manusia dan memberimu keutamaan, di mana orang tak usah iri.

Dan sungguh aku menaruh firasat baik yang kuyakini terhadap dirimu. Suatu firasat yang berbeda dengan pandangan hidup mereka.

Seandainya anda bertanya dan meminta pertolongan mereka dan memecahkan persoalan tiadalah mereka hendak menjawab atau membela

Karena itu Allah mengukuhkan kebaikan dan ajaran yang anda bawa

Sebagaimana Ia telah mengukuhkan dan memberi pertolongan kepada Musa".

Mendengar itu Rasul menjadi gembira dan ridha kepadanya, lalu sabdanya: "Dan engkau pun akan diteguhkan Allah".

Dan sewaktu Rasulullah sedang thawaf di Baitullah pada ‘umrah qadla, Ibnu Rawahah berada di muka beliau sambil membaca syair dari rajaznya:

"Oh Tuhan, kalaulah tidak karena Engkau, niscaya tidaklah kami akan mendapat petunjuk, tidak akan bersedeqah dan Shalat!

Maka mohon diturunkan sakinah atas kami dan diteguhkan pendirian kami jika musuh datang menghadang.

Sesungguhnya orang-orang yang telah aniaya terhadap kami, bila mereka membuat fitnah akan kami tolak dan kami tentang".

Orang-orang Islam pun sering mengulang-ulangi syair-syairnya yang indah.
Penyair Rawahah yang produktif ini amat berduka sewaktu turun ayat al-Quranul Karim yang artinya :

"Dan para penyair, banyak pengikut mereka orang-orang sesat". (Q.S. Asy-syu’ara: 224)
Tetapi kedukaan hatinya jadi terlipur waktu turun pula ayat lainnya, ertinya :

"Kecuali orang-orang(penyair) yang beriman dan beramal shaleh dan banyak ingat kepada Allah, dan menuntut bela sesudah mereka dianiaya". (Q.S. Asy-syu’ara : 227)

Dan sewaktu Islam terpaksa terjun ke medan perang karena membela diri, tampillah Abdullah ibnu Rawahah membawa pedangnya ke medan tempur Badar, Uhud, Khandak, Hudaibiah dan Khaibar, seraya menjadikan kalimat-kalimat syairnya dan qashidahnya menjadi slogan perjuangan:
"Wahai diri! Seandainya engkau tidak tewas terbunuh, engkau pasti akan mati juga!"

Ia juga menyorakkan teriakan perang:
"Menyingkir kamu, hai anak-anak kafir dari jalannya. Menyingkir kamu setiap kebaikan akan ditemui pada Rasulnya".

Dan datanglah waktunya perang Muktah ….Abdullah bin Rawahah adalah panglima yang ketiga dalam pasukan Islam.

Ibnu Rawahah berdiri dalam keadaan siap bersama pasukan Islam yang berangkat meninggalkan kota Madinah …ia tegak sejenak lalu berkata, mengucapkan syairnya;

" Yang kupinta kepada Allah Yang Maha Rahman
Keampunan dan kemenangan di medan perang
Dan setiap ayunan pedangku memberi ketentuan
Bertekuk lututnya angkatan perang syaitan
Akhirnya aku tersungkur memenuhi harapan ….. Mati syahid di medan perang…!!"

Benar, itulah cita-citanya kemenangan dan hilang terbilang …., pukulan pedang atau tusukan tombak, yang akan membawanya ke alam syuhada yang berbahagia…!!

Balatentara Islam maju bergerak kemedan perang muktah. Sewaktu orang-orang Islam dari kejauhan telah dapat melihat musuh-musuh mereka, mereka memperkirakan besarnya balatentara Romawi sekitar dua ratus ribu orang …, karena menurut kenyataan barisan tentera mereka seakan tak ada ujung akhir dan seolah-olah tidak terbilang banyaknya ….!

Orang-orang Islam melihat jumlah mereka yang sedikit, lalu terdiam …dan sebahagian ada yang berkata:
"Baiknya kita kirim utusan kepada Rasulullah, memberitakan jumlah musuh yang besar. Mungkin kita dapat bantuan tambahan pasukan, atau jika diperintahkan tetap maju maka kita patuhi".

Tetapi, Ibnu Rawahah bagaikan datangnya siang bangun berdiri di antara barisan pasukan-pasukannya lalu berucap:
"Sahabat-sahabat sekalian! Demi Ailah, sesungguhnya kita berperang melawan musuh-musuh kita bukan berdasar bilangan, kekuatan atau banyaknya jumlah. Kita tidak memerangi mereka, melainkan karena mempertahankan agama kita ini, yang dengan memeluknya kita telah dimuliakan Allah … !

Ayohlah kita maju ….! Salah satu dari dua kebaikan pasti kita capai, kemenagan atau syahid di jalan Allah … !"

Dengan bersorak-sorai Kaum Muslimin yang sedikit bilangannya tetapi besar imannya itu menyatakan setuju. Mereka berteriak: "Sungguh, demi Allah, benar yang dibilang Ibnu Rawahah.. !"

Demikianlah, pasukan terus ke tujuannya, dengan bilangan yang jauh lebih sedikit menghadapi musuh yang berjumlah 200 000 yang berhasil dihimpun orang Romawi untuk menghadapi suatu peperangan dahsyat yang belum ada taranya.

Kedua pasukan, balatentara itu pun bertemu, lalu berkecamuklah pertempuran di antara keduanya.

Pemimpin yang pertama Zaid bin Haritsah gugur sebagai syahid yang mulia, disusul oleh pemimpin yang kedua Ja’far bin Abi Thalib, hingga ia memperoleh syahidnya pula dengan penuh kesabaran, dan menyusul pula sesudah itu pemimpin yang ketiga ini, Abdullah bin Rawahah. Dikala itu ia memungut panji perang dari tangan kanan Ja’far, sementara peperangan sudah mencapai puncaknya. Hampir-hampirlah pasukan Islam yang kecil itu, tersapu musnah diantara pasukan-pasukan Romawi yang datang membanjir laksana air bah, yang berhasil dihimpun oleh Heraklius untuk maksud ini.

Ketika ia bertempur sebagai seorang prajurit, ibnu Rawahah ini menerjang ke muka dan ke belakang, ke kiri dan ke kanan tanpa ragu-ragu dan peduli. Sekarang setelah menjadi panglima seluruh pasukan yang akan dimintai tanggung jawabnya atas hidup mati pasukannya, demi terlihat kehebatan tentera Romawi seketika seolah terlintas rasa kecut dan ragu-ragu pada dirinya. Tetapi saat itu hanya sekejap, kemudian ia membangkitkan seluruh semangat dan kekuatannya dan melenyapkan semua kekhawatiran dari dirinya, sambil berseru:

"Aku telah bersumpah wahai diri, maju ke medan laga
Tapi kenapa kulihat engkau menolak syurga …..
Wahai diri, bila kau tak tewas terbunuh, kau kan pasti mati
Inilah kematian sejati yang sejak lama kau nanti …….
Tibalah waktunya apa yng engkau idam-idamkan selama ini
Jika kau ikuti jejak keduanya, itulah ksatria sejati ….!"
(Maksudnya, kedua sahabatnya Zaid dan Ja’far yang telah mendahului gugur sebagai syuhada).

Jika kamu berbuat seperti keduanya, itulah ksatria sejati…..!" Ia pun maju menyerbu orang-orang Romawi dengan tabahnya …… Kalau tidaklah taqdir Allah yang menentukan, bahwa hari itu adalah saat janjinya akan ke syurga, niscaya ia akan terus menebas musuh dengan pedangnya, hingga dapat menewaskan sejumlah besar dari mereka …. Tetapi waktu keberangkatan sudah tiba, yang memberitahukan awal perjalanannya pulang ke harat Allah, maka naiklah ia sebagai syahid…..

Jasadnya jatuh terkapar, tapi rohnya yang suci dan perwira naik menghadap Zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Tinggi, dan tercapailah puncak idamannya:

"Hingga dikatakan, yaitu bila mereka meliwati mayatku:
Wahai prajurit perang yang dipimpin Allah, dan benar ia telah terpimpin!"
"Benar engkau, ya Ibnu Rawahah….! Anda adalah seorang prajurit yang telah dipimpin oleh Allah…..!"

Semasa pertempuran sengit sedang berkecamuk di bumi Balqa’ di Syam, Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam sedang duduk beserta para shahabat di Madinah sambil berbincang. Tiba-tiba percakapan yang berjalan dengan tenang tenteram terhenti, Nabi terdiam, kedua matanya jadi basah berkaca-kaca. Beliau mengangkatkan wajahnya dengan mengedipkan kedua matanya, untuk melepas air mata yang jatuh disebabkan rasa duka dan belas kasihan … Seraya memandang berkeliling ke wajah para sahabatnya dengan pandangan haru, beliau berkata: "Panji perang dipegang oleh Zaid bin Haritsah, ia bertempur bersamanya hingga ia gugur sebagai syahid ….. Kemudian diambil alih oleh Ja’far, dan ia bertempur pula bersamanya sampai syahid pula ….". Be!iau berdiam sebentar, lain diteruskannya ucapannya: "Kemudian panji itu dipegang oleh Abdulah bin Rawahah dan ia bertempur bersama panji itu, sampai akhirnya ia·pun syahid pula".

Kemudian Rasul diam lagi seketika, sementara mata beliau bercahaya, menyinarkan kegembiraan, ketenteraman dan kerinduan, lalu katanya pula : "Mereka bertiga diangkatkan ke tempatku di syurga …"
Perjalanan manalagi yang lebih mulia …….
Kesepakatan mana lagi yang lebih berbahagia …….
Mereka maju ke medan laga bersama-sama …….
Dan mereka naik ke syurga bersama-sama pula ….

Dan penghormatan terbaik yang diberikan untuk mengenangkan jasa mereka yang abadi, ialah ucapan Rasullullah Shallallahu alaihi wa sallam yang berbunyi :

"Mereka telah diangkatkan ke tempatku di syurga……"

March 2, 2009

Perhatian!

Rupanya saya ada bakat terpendam!
Tidak disangka-sangka saya boleh berjiwa sastera =)
Untuk makluman, entri sebelum ini adalah hasil karya semasa sedang bosan dan tension. Mungkin kesan membaca novel 'Tautan hati'..
Entri mengarut yang mengandungi elemen2 sastera
Tiada kaitan dengan orang yang hidup mahupun yang telah tiada
Renung2kan =)
Oh ya, entri seterusnya akan berkisar tentang peperangan

suatu masa dahulu

Suatu masa dahulu
hati ini pernah terleka
Allah mengujiku dengan kehadiran cinta
dan rupanya aku tak cukup kuat untuk menolaknya
lantas kuberi hati dan membina impian untuk hidup bahagia
sepenuh hati aku selalu berdoa untuknya
aku genggam impian itu erat2
hingga terlupa bahawa Allah ada perancangan-Nya
matlamat tidak pernah menghalalkan cara
namun jiwa ini tak cukup kuat untuk meninggalkan keindahan yang dirasa
hingga satu saat aku tersedar
hidup ini sementara cuma
bila lagi untukku perbetulkan kesilapan?
andai terlewat menyesal tiada guna
aku tinggalkan cinta kerana Allah
cinta itu seketika telah menjauhkan aku dari-Nya
maafkan aku Rabbi
aku lemah sekali
aku menangisi kehilangan itu dan terus-menerus meminta petunjukMu
seolah tidak yakin dengan perancanganMu
dan akhirnya Kau singkap tirai kebenaran
Kau benamkan semua kepalsuan
aku bersyukur kerana tidak terus hanyut
terima kasih kerana memberiku kekuatan ini
walau hatiku patah
bersama impian yang musnah
ia telah menyedarkan aku tentang hakikat cinta sejati yang hakiki
terimalah aku kembali ya Rabbi
kumohon cintaMu yang Maha Kudus...
langkah ini langkah mujahidah
aku takkan pernah berpaling
biarkan semuanya berlalu
kisah itu telah lama kutinggalkan
walau kadangkala ia mengetuk pintu hati
kini aku hanya mahu cinta Ilahi...

March 1, 2009

Kahwin?

Early marriage=kahwin awal
Program dikendalikan dalam bahasa Melayu. Cukup menarik, walaupun agak banyak masalah teknikal yang berlaku. Itu perkara biasa dalam sesuatu program.

Elokkah berkahwin awal? Tepuk dada tanya iman..
Sudah bersediakah mahu memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri?
Bagaimana pula dengan persiapan kewangan?
Emosi?
Cukup beranikah untuk berhadapan dengan segala risiko?
Restu keluarga?

Inilah persoalan2 yang perlu diambil kira andai terlintas di hati hendak berkahwin di usia muda. Ramai pasangan yang berjaya dan hidup bahagia, namun ada juga yang kecundang. Kegagalan rumahtangga selalunya berpunca dari ketidaksefahaman antara suami dan isteri. Oleh itu, jangan terburu-buru dalam membuat keputusan untuk berkahwin. Selidiki dulu latar belakangnya, sikapnya dan bagaimana komitmen si dia dalam melakukan sesuatu. Selidiki hal2 ini melalui orang2 yang boleh dipercayai. Juga fahami bidang kerjanya andai dia sudah berkerjaya. Andai suami seorang jurutera dan isteri seorang doktor, cuba fahami beban tugas masing2. Banyak krisis yang berlaku akibat dari hal sebegini. Tugas seorang doktor contohnya, mempunyai beban yang berat sekali. Balik sehingga lewat malam, jika ada on call berlanjutanlah hingga keesokan harinya. Suami yang tidak memahami kerjaya ini pasti akan naik marah. Mana tidaknya, tinggal berseorangan dan terpaksa mengurus diri sendiri. Andai sudah mempunyai anak, suamilah yang berperanan untuk mengurus anak sehingga dalam urusan untuk menukar lampin anak di tengah malam. Si isteri pula kepenatan. Akhirnya suami naik bosan. Bagaimana hendak menangani masalah ini? Adakah doktor harus berkahwin dengan doktor sahaja? Pokok pangkalnya kesefahaman. Dan yang paling utama adalah perancangan dan tawakkal kepada Allah. Rancanglah kehidupan ini dengan baik dan berdoalah, semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita. Semoga perkahwinan yang hendak dibina mendapat barakah daripada Allah swt.

Saya kagum sekali dengan seorang panel yang juga merupakan bekas pelajar UIA. Beliau adalah Dr. Syed Abdul Khaliq b. Syed Abdul Hamid. Beliau seorang yang sangat berwibawa. Bayangkan, beliau menyiapkan kertas kerja untuk berkahwin dengan bakal isterinya dan kertas kerja itu diserahkan kepada bakal bapa mertuanya. Beliau juga menyiapkan penyata kewangan, yang mencatatkan pendapatan dan sara hidup mereka selepas berkahwin. Untuk makluman, beliau berkahwin semasa sedang menuntut dalam tahun dua jurusan perubatan. Inilah pertama kali saya mendengar kertas kerja untuk berkahwin. Kagum sekali. Kesungguhan beliau dan perancangan yang teliti tentu sahaja menambat hati bakal mertuanya. Dan sekarang, beliau telah pun menjadi seorang doktor di hospital muadzam shah dan sudah mempunyai cahaya mata. Selain cemerlang dalam akademik, beliau juga aktif dalam gerakan dakwah dan persatuan. Setiap wanita tentu sahaja ingin mendapat seorang suami seperti beliau.

Terlalu panjang bercakap soal ini. Sudah bersediakah saya?
Rasanya belum lagi. Tidak mampu lagi untuk menggalas tanggungjawab sebesar itu. Tambahan pula, keluarga sudah tentu tidak mengizinkan. Walaupun saya anak bongsu, tapi anak bongsu inilah harapan ayahbonda. Tidak tega untuk membuat mereka bersedih.

Andai sampai masanya, saya mengharapkan seseorang yang boleh melengkapi segala kekurangan saya. Seseorang yang dapat menambahkan kecintaan hati pada Ilahi. Seseorang yang boleh diletakkan kepercayaan dan harapan. Seseorang yang boleh dijadikan sahabat. Seseorang yang dapat membimbing diri untuk sama2 ke syurga...

Wah, cukuplah setakat ini. Maafkan saya atas kejiwangan yang tidak disangka-sangka. Entri selepas ini akan bersifat neutral semula.

Akhir kata, percayalah, cinta Allah tidak pernah mengecewakan. Ia tidak bertepi dan tidak bersempadan. Selalu bersamamu di kala susah dan senang, senyum dan tawa, duka dan bahagia. Berusahalah untuk mencintai-Nya sebelum mencintai yang selain-Nya~