December 7, 2010

Sihat dan sakit


Semalam aku menemani ibu menjalani pemeriksaan kesihatan. Ramainya manusia sehinggakan rasa nak give up tunggu giliran. Tapi demi permata hati tercinta, tetaplah aku menunggu sambil berfikir jauh (berangan). Betapa ramainya manusia yang sakit, kerana apakah ?


Mungkin kerana kebanjiran makanan segera dan makan sejuk beku di pasaran ?


Mungkin kerana jiwa yang sakit dan merana ?


Hippocrates pernah berkata, "setiap yang berlebihan itu bertentangan dengan jiwa."


Plato pada satu ketika juga pernah berkata, terdapat 5 perkara yang dapat melemahkan tubuh, bahkan dapat membunuhnya: jatuh miskin, berpisah dengan orang-orang yang dicintai, terlalu banyak minum yang masam-masam, menolak nasihat, dan bersama-sama orang -orang yang bodoh mentertawakan orang-orang yang pandai.


Nyatanya, banyak penyakit yang berpunca daripada banyak makan@berlebih-lebihan@kuat makan. Sikap ini mengakibatkan seseorang mengalami peningkatan berat badan yang seterusnya menjadi asbab untuk penyakit2 lain seperti darah tinggi dan serangan sakit jantung. Manakala berlebih-lebihan dalam pengambilan makanan dan m
inuman bergula menyebabkan ramai yang mendapat penyakit kencing manis.


Hakikat ini diketahui ramai tapi sering dinafikan kerana tidak sanggup berpisah dengan kenikmatan. Makanan yang sedap seringkali mempunyai kandungan garam dan lemak yang tinggi, bergantung pada cara penyediaan makanan tersebut. Jadi, selagi belum mendapat komplikasi atau penyakit2 berkaitan, tabiat pengambilan yang tidak sihat akan terus diamalkan. Yang penting, sedap.


Kenikmatan yang akhirnya memudaratkan.


Kutanyakan kepada malam hari:
"Adakah rahsia di sebalik kegelapanmu
hal yang menyembunyikan berita dan rahsianya ?"

Ia menjawab:
"Tetapi aku belum pernah menjumpai dalam hidupku
suatu rahsia pun yang lebih tersembunyi
daripada pembicaraan para kekasih
di penghujung malam."


Samada sakit jasmani atau rohani, marilah sama-sama kita koreksi diri. Nikmat sihat yang dikurniakan, peliharalah, dan berikan hak yang sepatutnya pada jasadmu. Syukurilah segala kurnia dengan ketaatan dan pengabdian abadi pada Sang Pencipta yang Memberi, kerana bencana yang paling besar adalah penyakit hati yang disebabkan oleh jauhnya kita dari Dia. Kejauhan itu akan membuat jiwa suram dan derita, tiada
sinar bahagia.


"Dan Dialah yang telah menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmatNya. Dan Dialah yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji."
(As-Syu'ara : 28)


Bila ditimpa sakit atau musibah, yakinlah Dia akan menyembuhkan. Itu juga keyakinan yang kupasakkan untuk mereka2 yang dekat di hatiku, permata2 hatiku.


Semoga kita terus berada dalam lindungan Allah~



December 4, 2010

...

Sedar tak sedar, rupanya cuti sudah hampir ke penghujung. Sedar tak sedar juga, satu entri pun tak tertulis di sepanjang percutian kali ini. Rakaman peristiwa berlegar-legar di ruang fikir, hanya jari-jemari ini sedikit berat untuk menaip di papan kekunci.


Bila berada di rumah, barulah diriku bertaaruf sedikit dengan siaran televisyen. Itupun, untuk siaran tertentu sahaja. Sepanjang pemerhatianku, terlalu banyak promosi membuka aurat dihidangkan kepada penonton. Cinta yang melanggar batas islami diagungkan, hidup penuh keseronokan menjadi tujuan. Dongengan dan tahyul menjadi ikutan. Jiwa parah membarah, hilang pedoman tiada arah. Saban hari, itulah yang ditonton oleh anak2 kecil yang masih melalui proses tarbiyah. Andai sedari kecil terdidik jiwa2 mereka dengan hedonisme, maka pemimpin masa depan seperti apakah yang akan terlahir ?


Tentang isu kenaikan harga minyak dan gula, aku tidak begitu arif untuk mengupasnya. Cuma aku pasti, hal ini memberi impak besar pada golongan yang kurang berkemampuan. Ah, yang mampu pun pasti terkesan. Bukankah begitu ?


..................................................................



Itu tanda aku sedang termenung. Terlalu banyak yang nak ditulis sehingga tak tertulis. Sampai di sini dulu, maaf pada sahabat2 (terutama Cik Hasmira) atas 'kejarangan' diri ini mengutus berita. Bila kat umah, handphone memang diabaikan..maaf ya.


Kuakhiri kalam diri dengan sebuah puisi dengan sering berkumandang di IKIM.fm~


Mengenali-Mu, ya Allah
Rasa-rasanya makin merindu
Yakin-itu sudah tidak pernah
Aku tanyakan pada diriku
Kepada kalbuku
Kerana sejak aku tahu
Mengenal kehidupan
Ketika masih belum mengaji
Mukadam dan al-Quran
Aku sudah diberi kenal
Ada bintang
Ada bulan
Ada matahari
Dan awan
Ada yang menjadikan;
Begitu aku terasa
Tanpa bertanya
Aku ingin makin mendalam
Sudah kuterima kenyataan
Bahawa alam jagat dan
Seluruh mahluk ini
Ada yang menjadikan
Ciptaan-Mu, Tuhan
Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Berulang-ulang
Dalam hidupku diberi nafas
Berterusan menghayati nikmat
Makan minum dan tidur berehat
Maka dadaku penuh mengingati
Nama-Mu sentiasa
Di bibir
Dan degup jantungku
Sentiasa mengigati-Mu
Adalah tandaku
Dalam ikatan-Mu
Maka apabila aku diberi hayat
Di alam jagat-Mu
Bergerak, berkerja
Mencari makan dan
Bergaul dengan insan
Insan dan umat-Mu
Nama-Mu terasa terus
Menjadi sebutan
Degup hatiku;
Dan apa
Dan bagaimana
Dan di mana
Aku berada
Aku sentiasa dikurniai
Inayah-Mu, ya Allah
Maka aku sentiasa mengigati-Mu
Maka dalam bersorak
Bergerak dan berteriak
Untuk apa
Untuk bagaimana
Aku tiba-tiba saja
Seperti digerak
Oleh satu kuasa
Menyentuh dalam kalbuku:
Maka aku menjadi terkelu
Mati teriak sorakku
Kerana nafasku
Terasa tinggal satu, satu.
Maka tahu aku, ya Allah
Lonjak dan sorak
Gelak dan teriak
Bisa sekali lenyap
Dalam satu helaan nafas:
Ketika dalam kealpaan
Menghayati dalam kefanaan.

Masuri S.N.


October 31, 2010

Itsar

Sebenarnya, aku tak pernah menjangka. Walaupun begitu sedari awal telah kugariskan sempadan. Sempadan yang cukup jelas, supaya aku tidak terlupa.


Aku terus berjalan dengan penuh waspada. Namun tanpa sedar diriku telah berada begitu hampir dengan garisan itu. Rupanya, ada pelangi indah 7 warna. Indah sekali. Langkah diperlahankan. Tapi aku bingung, kerana untuk meniti pelangi itu aku harus berjalan melangkaui sempadan, dan sempadan itu pula tidak mudah untuk direntasi. Ada duri. Ada api. Ada jurang.


Kerana Allah, aku menjauh. Aku takut pada diriku, atas kelemahanku. Tidaklah mampu untuk aku melepasi sempadan itu. Mungkin pada akhirnya diri ini tercedera ataupun mati terbunuh. Kuingati satu persatu wajah insan2 tersayang. Sayu kelihatan. Malah ada airmata yang mengalir.


Setinggi-tinggi peringkat ukhuwah adalah itsar, dan serendah-rendah adalah berlapang dada.


Lama aku berfikir.


Ya Rahman, kurniakanlah ketenangan dan singkaplah hikmah agar terubati rasa sakit ini. Apa yang diharapkan hanyalah sebuah keredhaan. Itsar bukanlah sebuah pilihan, malahan bagiku ia merupakan kewajipan. Masa akan berbicara. Pelangi, tetap kan kelihatan setelah hujan reda. Hingga detik itu, biarlah kuteruskan kembali perjalanan yang masih jauh ini. Harus kulunaskan dulu segala tanggungjawab yang tergalas, pada ayahbonda, pada Islam tercinta.


Aku mampu, dan Allah tahu itu.

October 14, 2010

Merdekakan jiwa

Blog sawang. Sekian lama diabaikan. Hanya sesekali menjenguk, tanpa meninggalkan sedikit coretan. Ada benarnya, apabila ilham itu datang harus segera dituliskan. Jika tidak ia akan menghilang, dan semangat menulis juga memudar.


Hari Terbuka IIUM Kuantan baru saja melabuhkan tirainya. Belajar banyak perkara, mendepani pelbagai ragam manusia, mempraktikkan 'fasobrun jameel' sebagai pertahanan jiwa, tiada lain selain syukur yang amat pada Dia yang sentiasa Membimbing. Ya Allah, terimalah amal kami dan ampunilah dosa-dosa yang kami lakukan, dalam sedar atau tidak selama kami melaksanakan amanah itu...


Diuji dan diduga. Ketenangan diragut atas dasar mengagumi. Kata pepatah, andai takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Andai kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.


Merisaukan perkara2 sebegini merencatkan kembara sebuah perjalanan..~


Bangunlah!



Dengan mu'ahadah, jadilah kita orang yang teguh atas syariat Allah.

Dengan muraqabah, terasa diri tenang dengan kebersamaan Allah baik tika bersendirian mahupun di tengah khalayak ramai.

Dengan muhasabah, bebaslah kita daripada tarikan nafsu serta cepat kembali untuk memenuhi hak-hak Allah dan hak-hak manusia.

Dengan mu'aqabah, terhukumlah nafsu dan selamatlah diri daripada penyimpangan.

Dengan mujahadah, kita dapat melakukan segala kebaikan dan menundukkan sifat bermalas-malasan, pujuk rayu iblis dan rangsangan syahwat.
(Fatimah Syarha)


Ya Allah, merdekakan jiwaku!


p/s: Entri cacamerba

September 21, 2010

Kesetiaan

Jurang seperti apa ini?


Persis tiada jalan keluar. Ya Tuhan, selamatkan aku. Selamatkan hambaMu. Tidak mahuku terus begini.


Kau tahu. Malah Kau lebih Mengetahui dari diriku. Kerna aku sudah tidak mampu mengerti lagi. Hilang arah punca. Tidak berpijak di bumi nyata. Salahku. Silapku.


Mungkin kita sudah menjauh. Aku yang hanyut dengan dunia. Padahal aku yang memerlukanMu, setiap masa. Dan Kau perlu bukti cinta. Cinta bukan sekadar untuk diucapkan, ia perlu pembuktian. Sebagaimana iman dizahirkan dengan ibadah yang ikhlas, kecintaan juga diuji pada kesetiaan.


Kita selalunya bijak berkata-kata. Dakwah kerana apa? Juang untuk siapa?


Bukan ikut-ikutan. Bukan hobi masa lapang. Bukan untuk sanjungan.


Cinta Rasulullah pada kita, sehingga di hujung nafas...


"ummati, ummati..'

September 19, 2010

Getar sukma




Aku menatap keindahan alam. Pada kepul-kepul awan, pada ombak dan lautan. Aku renung jalur pelangi yang bersinar indah dengan 7 warnanya. Terpaku. Terdiam.


Aku mengaguminya. Sehingga basah hati ini. Sukarnya untuk diterjemah. Kekaguman itu kupulangkan kepada Penciptanya yang Maha Agung. Maha Indah. Maha Kaya. Keindahan ini hanya sedikit daripada biasan sifatNya. Sungguh, tidak terbayang, tidak terjangkau dek fikiran.


Kekaguman itu menerobos tembok maya. Menghantar gusar pada diri. Bimbang hati hilang kemudi. Dan kuhanyutkan diri dalam doa. Tenteramlah duhai jiwa.


Sukma bergetar hebat. Allahu Rabbi!




Ilham

Lama menyepi.


Salam lebaran. Salam penuh kemaafan.


Sudah kembali di bumi jihad. Demi sebuah keredhaan..dan kecintaan.


Allah Maha Pemaaf. Al-Afuw. Malulah jika kita enggan memberi maaf. Angkuh benar. Sedang Dia juga menutup keaiban serta memaafkan kita. Lapangkanlah dadamu dengan memberi, biarpun tidak dipinta. Itu lebih membahagiakan.


Terus mencari ilham. Lewat ini ia seakan menghindar. Sukar untukku menulis jika terus begini. Kesibukan? Itu alasan. Aku harus mencarinya, dan mengembalikannya ke hati. Dan pastinya, ilham itu ada di taman2 cinta. Pada hati2 yang mencintai Allah dan RasulNya. Dalam setiap peringatan yang sering dikongsikan, hati2 kita menyatu, demi sebuah keredhaan.


InsyaAllah, bertemu kita nanti dalam halaqah cinta...

August 30, 2010

Mencintai dalam hening

Duhai gadis, maukah ku beritahukan padamu bagaimana mencintai dengan indah?
Inginkah ku bisikkan bagaimana mencintai dengan syahdu..
Maka dengarlah..


Gadis, Saat ku jatuh cinta..
Tak akan ku berucap..
Tak akan ku berkata..
Namun ku hanya akan diam..


Saat ku mencintai, takkan pernah ku menyatakan.
Tak akan ku menggoreskan..
Yang ku lakukan hanyalah diam..


Aku tahu, cinta adalah fitrah..sebuah anugrah tak terperih..
Karena cinta adalah kehidupan.
Karena rasa itu adalah cahaya.
Aku tahu, hidup tanpa cinta, bagaikan hidup dalam gelap gulita..
Namun.. Saat rasa itu menyapa, maka hadapi dgn anggun.
Karena rasa itu ibarat belenggu pelangi, dengan begitu banyak warna.
Cinta terkadang mbuatmu bahagia, namun tak jarang mbuatmu menderita.
Cinta ada kalanya manis bagaikan gula,
Namun juga mampu memberi pahit yang sangat getir.
Cinta adalah perangkap rasa..
Sekali kau salah berlaku, maka kau akan terkungkung dalam waktu yang lama dalam lingkaran derita.


Maka gadis, Agar kau dapat keluar dari belenggu itu.
Dan mampu melaluinya dgn anggun..
Maka mencintailah dalam hening.
Dalam diam..
Tak perlu kau lari, tak perlu kau hindari.
Namun juga, jangan kau sikapi dgn berlebihan.
Jangan kau umbar rasamu.
Jangan kau tumpahkan segala sukamu..


Cobalah merenung sejenak dan fikirkan dgn tenang..
Kita percaya takdir bukan?
Kita tahu dengan sangat jelas...
Dia, Allah telah mengatur segalanya dengan begitu rapinya?
Jadi, apa yang kau risaukan?
Biarkan Allah yg mengaturnya,
Dan yakinlah di tangan-Nya semua akan baik-baik saja..


Cobalah renungkan...
Dia yang kau cinta, belum tentu atau mungkin tak akan pernah menjadi milikmu..
Dia yang kau puja, yang kau ingat saat siang dan yang kau tangisi ketika malam,
Akankah dia yang telah Allah takdirkan denganmu?


Gadis, kita tak tahu dan tak akan pernah tahu..
Hingga saatnya tiba..
Maka, ku ingatkan padamu, tidakkah kau malu jika smua rasa telah kau umbar...
Namun ternyata kelak bukan kau yg dia pilih untuk mendampingi hidupnya?
Gadis, Karena cinta kita begitu agung untuk di umbar..
Begitu mulia untuk di tampakkan..
Begitu sakral untuk di tumpahkan..


Dan sadarilah gadis, fitrah kita wanita adalah pemalu,
Dan kau indah karena sifat malumu..
Lalu, masihkah kau tampak menawan jika rasa malu itu telah di nafikan?
Masihkah kau tampak bestari jika malu itu telah kau singkap..
Duhai gadis, jadikan malu sebagai selendangmu..
Maka tawan hatimu sendiri dalam sangkar keimanan..
Dalam jeruji kesetiaan..
Yah.. Kesetiaan padanya yg telah Allah tuliskan namamu dan namanya di Lauhul Mahfuzh..
Jauh sebelum bumi dan langit dicipta..


Maka cintailah dlm hening.
Agar jika memang bukan dia yg ditakdirkan untukmu,
Maka cukuplah Allah dan kau yg tahu segala rasamu..
Agar kesucianmu tetap terjaga..
Agar keanggunanmu tetap terbias..


Maka, ku beritahukan padamu,
Pegang kendali hatimu..Jangan kau lepaskan.
Acuhkan semua godaan yg menghampirimu..
Cinta bukan untuk kau hancurkan, bukan untuk kau musnahkan..
Namun cinta hanya butuh kau kendalikan, hanya cukup kau arahkan..


Gadis... yg kau butuhkan hanya waktu, sabar dan percaya..
Maka, peganglah kendali hatimu,
Lalu..Arahkan pd Nya..
Dan cintailah dalam diam..
Dalam hening..
Itu jauh lebih indah..

Jauh lebih suci..



(Oleh Aztriana Apt)
-dari laman kata2 hikmah~

August 17, 2010

Seteguh gunung Uhud

Sesungguhnya kukuh dalam pendirian, terencana dalam melangkah, tegas dalam memberikan keputusan, tekad yang kuat merupakan ciri khas orang mukmin, sebagaimana yang disebutkan oleh firmanNya:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu..."
(Al-Hujurat: 15)


Akan ada masanya kita berhadapan dengan persimpangan kehidupan yang menuntut sebuah keputusan. Sepertimana seseorang bertemu cahaya kebenaran tetapi merasa ragu untuk meninggalkan kemaksiatan. Dirinya mahu berubah dari kejahilan menuju jalan hidayah. Pada masa itu akan timbul banyak persoalan yang membolak-balikkan sekeping hati. Akankah bertamu penyesalan setelah segalanya berlalu?


Seorang penyair pernah berkata,
"Penawar bagi sesuatu yang tidak disukai oleh diri adalah dengan melepaskannya"


Lantaran itu, apabila sudah membulatkan tekad, berpendirianlah seteguh gunung Uhud. Tetaplah redha sekalipun harus menggenggam bara api. Sungguh, jalan menuju redha Allah itu berliku-liku. Tetaplah dalam melangkah, bersangka baiklah kepada Allah, pasti akan datang bantuan-Nya. Pasti.


Wahai diri, tinggalkanlah apa yang dibenci Allah, meskipun hati mencintainya. Teguhkan pendirian, melangkahlah usah berpaling lagi, semoga semangat Badar bersama kita, hamba yang mendamba keredhaan Maha Pencipta...


p/s: Amat memerlukan semangat itu~

August 13, 2010

dari kerana mata


Eye contact. Ianya memainkan peranan penting dalam komunikasi. Ia menunjukkan fokus dan kesungguhan, serta membantu untuk menyampaikan sesuatu mesej dengan jelas.


Look into the eyes. Convey the message.


Bercakap dan memandang tepat ke arah mata. Sangat penting bagi tenaga pengajar (cikgu, pensyarah). Ramai yang biasa bercakap begitu. Tapi ada juga yang sebaliknya. Dan aku adalah antara yang sebaliknya.


Sering sahaja mengalami masa2 sukar jika bercakap dengan orang yang mementingkan eye contact. Apatah lagi dengan insan berlainan jantina. Malunya hanya Allah yang tahu. Malu sehingga rasa nak menyorokkan diri supaya orang tak nampak. Tapi kalau dengan perempuan takde masalah. Boleh je nak pandang macam mana pun.


Eye contact memang penting. Tapi pandangan juga harus dijaga. Dari mata turun ke hati. Bahaya tu. Bukan mudah nak jaga hati kan. Memang betul kita harus profesional, tapi aku tetap merasakan bahawa seorang lelaki tidaklah perlu memandang dengan terlalu bersungguh-sungguh semasa bercakap dengan wanita yang ajnabi. Walaupun atas urusan kerja, persatuan, etc.. Bukankah ada adab yang harus dijaga?


Sekadar pandangan jujur dari diri yang serba kurang. Aku cuma amat2 tak selesa bila berada dalam situasi sebegini. Terpaksa buat2 biasa walau hakikatnya gemuruh tak terkata. Huhu T__T


Oh ya, esok aku akan bermusafir ke Gombak. Doakan semuanya selamat~

p/s: Pandangan mata punya seribu rahsia. Mampukah kita mentafsirkannya?

keindahan Ramadhan

Ramadhan.


Semua orang nak buat banyak benda baik. Amalan2 sunat diperbanyakkan. Bersedekah. Bermanis muka. Dari segenap segi, Ramadhan membawa seribu perubahan. Mungkin juga tiada perubahan langsung. Tapi bukankah menjadi kerugian besar andai Ramadhan ini tidak menjadi laluan bermula untuk menjadi muslim yang mukmin?


Ramadhan.


Tadi masa nak jalan balik mahallah, ada orang tumpangkan. Walaupun saling tak mengenali. Walaupun berlainan bangsa. Tapi kerana seaqidah, kita semua adalah saudara. Indahnya ukhuwah Islamiyah. Entah bagaimana pula indahnya ukhuwah penghuni syurga yang di dalamnya dipenuhi taman2 kenikmatan. Alangkah...


Allahu Rabbi, tiada yang lebih indah selain pertemuan denganMu....




Ya Allah, bantulah kami untuk terus istiqamah dalam kebaikan. Peganglah hati2 kami agar kami membenci dosa dan maksiat. Janganlah Kau biarkan penyakit wahan menghinggapi jiwa kami yang rapuh, sucikan segala kekotoran ini. Sucikan Ya Rabbi...kami mahu kembali kepadaMu dengan jiwa penuh kecintaan, hanya padaMu, jua kekasihMu...

August 10, 2010

Ramadhan, aku, dan homesick

Kita sudah benar2 berada di gerbang Ramadhan. Teruja, sayu, syukur, perasaan2 ini datang silih berganti. Teruja kerana di sepanjang madrasah Ramadhan ini akan ada banyak pengisian yang bisa menyubur iman. Sayu kerana buat kesekian kalinya menyambut Ramadhan di perantauan. Dan syukur yang amat kerana masih diberi peluang untuk menebus kealpaan dan merebut ganjaran2 yang tersedia di sepanjang bulan rahmat ini.


Semenjak memasuki sekolah berasrama sejak tingkatan 1, jarang sekali dapat menyambut 1 Ramadhan di rumah. Apatah lagi setelah melangkah ke alam matrikulasi sehinggalah sekarang. Berjauhan begini, hati seringkali tewas. Diuji dengan banyak perkara. Hanya sabar, sebagai bekal, supaya terus rasional dan tidak melatah. Manusia, banyak ragamnya.


Saban masa, wajah bonda terus terbayang. Senyumnya yang tak pernah lekang, gelagatnya yang seringkali mencuit hati, serta kata2 nasihat yang menjadi tunjang kekuatan. Memasak bersama, berbual tentang banyak perkara, serta sama2 merenung langit menghayati kekuasaan Pencipta. Kami mempunyai banyak persamaan, bahkan wajah kami juga seperti di'fotostat'. Sama =)


Bonda memahami kesukaanku, serta selalu menyokong dalam setiap keputusan sukar yang pernah kulakukan dalam hidup. Jika aku sedang berduka, dia adalah insan paling memahami, meskipun tanpa sepatah kata. Redup matanya begitu mendamaikan, begitu menenangkan. Setiap kali sebelum memasuki ruangan menunggu di lapangan terbang, hati ini menangis untuk meninggalkan bonda. Betapa aku ingin sentiasa di sisinya untuk membahagiakannya...


Ya Allah, berilah hambaMu ini kesempatan untuk membahagiakan ayah dan bonda. Kau kurniakanlah mereka nikmat iman dan kesihatan yang berpanjangan. Kau lapangkanlah hati mereka serta berilah aku kekuatan untuk menjadi anak yang berbakti...


~Huhu, sampai di sini dahulu. Nanti hujan lebat pula~

August 5, 2010

Sebuah harapan

Betapa aku dambakan kesabaran setinggi Rasulullah tatkala diletakkan duri di jalanan serta dilemparkan batu di Thaif.


Betapa aku ingin menjadi setenang Mus'ab bin Umair tatkala didatangi Usaid bin Udair yang membawa tombaknya.


Betapa aku ingin menjadi seberani Saidina Ali yang tidur di pembaringan Rasulullah semasa peristiwa hijrah.


Betapa aku mahu menjadi setekad Tariq bin Ziyad yang membakar kapal2 layar setelah tibanya di bumi Sepanyol.


Agar diri diperlaku selayaknya manusia yang punya sesuatu yang bernama hati. Bukannya seperti boneka yang hanya dijadikan permainan kala sunyi. Bukan jua sesuatu yang sewenangnya ditolak tepi. Terpulanglah bagaimanapun penafsirannya. Teruskanlah dengan apa jua anggapan. Andai dirungkaikan, terlalu banyak mudarat yang akan terjadi. Jika ini tarbiyah dariMu untuk diri bangkit menjadi manusia baru, aku rela. Walau di akhirnya diri harus menanggung sinisnya pandangan manusia yang tidak mengerti. Biarlah, andai itu syarat menuju redha Ilahi...




Cepatlah cuti~~~

August 4, 2010

Penantian satu penyeksaan

Ya Allah...ini baru dikatakan penat dalam penantian!


Bukan menanti orang, atau menanti makanan, tapi menanti bilakah emel berjaya dihantar. Sabar ajelah. Sampai dapat backpain dah ni. Percubaan menghantar surat cinta mengambil masa lebih sejam. Sekarang menunggu pula balasan surat cinta. Dan lepas tu baru dapat melangkah ke peringkat seterusnya.


Sebelum berundur, ada puisi lagi yang mahu dikongsi =)

Seorang pelaut bercinta dengan ombak
dan akhirnya seperti ombak itu
dia menjadi pemuja yang buntu.

Seorang penyair bercinta dengan kata-kata
dan akhirnya jaringan kata-kata
menyesatkan dia dari makna.

Laut adalah hamparan yang mengasyikkkan
penyair adalah penutur yang ghairah
tapi laut tidak akan membuka rahsianya
kata-kata pun tidak akan cukup berupaya
dan diri sendiri pun menjadi
puncak misteri.

Ciptaan itulah perantaraan
untuk mengenali Pencipta
namun bagaimana akan ku tulis puisi cinta
agar perantaraan itu sendiri
tidak terlindung matlamatnya.

~ Zurinah Hassan

p/s: Peringatan, surat cinta itu bukan seperti yang difikirkan. Surat cinta yang ini HALAL~

August 3, 2010

Dakwah Fardiyah

Setelah Abu Thalib meninggal dunia, penderitaan Rasulullah saw semakin berat, sehingga beliau pergi ke Thaif, dengan harapan untuk mencari perlindungan dari suku Tsaqif, dan dengan harapan agar mereka mahu menerima ajaran Islam.


Ketika sampai di Thaif, beliau menjumpai tokoh2 dari suku Tsaqif, yang mereka itu tiga bersaudara: Abdu Yalail bin Amr bin Umair, Mas'ud, dan Hubaib. Beliau mengajak mereka untuk mengikuti ajaran Islam dan menjelaskan maksud kedatangannya. Akan tetapi, mereka tidak mahu menerima kedatangan beliau, bahkan memanggil kaumnya dan menyuruh mereka agar mengusir dan mengolok-olok Rasulullah saw. Akhirnya Rasulullah berlindung di kebun milik Utbah bin Rabi'ah dan Syaibah bin Rabia'ah, yang waktu itu keduanya berada di kebun tersebut dan mengetahui apa yang sedang dialami Rasulullah saw.


Rasulullah duduk di bawah pohon kurma. Sementara hati kedua pemilik kebun itu tergerak untuk menolong, lalu menyuruh pembantunya yang biasa dipanggil Adas,

"Ambillah setangkai anggur dan letakkan di nampan ini, lalu berikan kepada orang itu."

Adas pun melaksanakan perintah tersebutdan datang ke hadapan Rasulullah seraya berkata,

"Silakan dimakan."

Rasulullah menerima anggur tersebut, lalu memetiknya, setelah itu membaca "bismillahirrahmanirrahim" dan memakannya.

Adas terperanjat dan memandang Rasulullah dengan hairan. "Demi Allah, ucapan ini bukanlah ucapan penduduk negeri ini."

Rasulullah berkata, "Wahai Adas, kamu berasal dari mana dan apa agamamu?"

Adas menjawab, "Saya beragama nasrani, saya dari negeri Ninawai."

Rasulullah bertanya, "Apakah dari negerinya Yunus bin Matta, hamba Allah yang shalih itu?"

Adas berkata, "Apa yang anda ketahui tentang Yunus bin Matta?"

Rasulullah menjawab, "Dia adalah saudaraku. Dia seorang nabi dan aku juga seorang nabi."

Mendengar jawapan itu, Adas langsung memeluk nabi, menciumi kepala, kedua tangan, dan kedua kaki beliau

(Petikan dari buku "Bagaimana menyentuh hati" karya Abbas as-Siisiy)
-----------------------------------------------------------------------------------------


Apakah ibrah dari kisah ini?

Mari kita lihat bagaimana cara Rasulullah memikat hati Adas, lalu membimbingnya perlahan-lahan, sehingga akhirnya mengisytiharkan keislamannya.

1) Rasulullah membaca basmalah sebelum makan anggur. Adas terkejut kerana belum pernah mendengarnya. Di sini terlihat betapa pentingnya kita menunjukkan peribadi muslim.

2) Rasulullah memanggilnya dengan nama Adas secara langsung. Ini mempunyai erti yang amat besar untuk mengakrabkan sebuah persahabatan. Rasulullah juga bertanya tentang negeri dan agamanya.

3) Rasulullah mengaitkan tempat asal Adas iaitu Ninawai dengan seorang karakter yang mulia dan dihormati iaitu Yunus bin Matta. Ini menjadikan hati Adas semakin tersentuh dan tertarik.

4) Rasulullah menggelarkan Yunus bin Matta sebagai "saudaraku". Jawapan ini menambahkan keakraban dan rasa percaya Adas. Terserlah sifat tawadhu' Rasulullah, yakni menyebut nama Yunus terlebih dahulu sebelum menyebut nama baginda sendiri.


Di sinilah terdapat pelajaran penting bagi seorang daie. Seorang daie harus mampu menyentuh hati mad'u nya dengan pendekatan yang bersesuaian. Seseorang yang tidak memiliki kunci, akan sukarlah baginya untuk memasuki sebuah rumah. Begitu juga dengan manusia, hatinya hanya akan dimasuki dakwah apabila menggunakan kunci hati yang betul. Dan itu yang kita harus usahakan. Mencari kunci hati-hati yang setiap satunya dipegang oleh DiaPemilik Hati.


Mengingati nama dan kecenderungan seorang sahabat adalah perkara kecil yang mendalam kesannya. Apatah lagi dengan seorang kenalan baru. Dakwah, tidak akan berjalan andai tiada perasaan kasih seorang daie. Banyak ibrah yang akan kita temui andai kita menelusuri sirah Rasulullah dan para sahabat serta bagaimana Islam berjaya mengetuk hati2 yang mendambakan kebaikan. Ianya tidak berlaku secara tiba-tiba. Ada kasih seorang Murabbi yang turut sama meniti hati-hati yang diterjah sinar keimanan.


"Maka disebabkan rahmat Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu berlaku keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauh dari sekelilingmu."
(Ali-Imran: 159)


Semoga jalan tarbiyah akan terus membentuk diri untuk memiliki peribadi semulia Rasul Junjungan, nabi Muhammad saw. Setiap yang datang dari baginda adalah method dakwah dan manhaj tarbiyah. Semoga hati ini terus tsabat dalam memburu redha Allah. Semoga akhirnya tercapai cita2 membina Ustadziatul Alam yakni tertegaknya agama Islam di muka bumi ini. Allahuakbar!


p/s: Bacalah buku ini. Sangat2 bermanfaat. Malu pada Dia, kerana diri yang amat hina. Apakah sumbanganku pada agamaku di sepanjang kehidupan ini? Rasanya, belum ada! =(

August 2, 2010

Teladan ikan salmon

Lama sudah blog ni terbiar. Berjaya letak background baru, hijau juga semestinya. Banyak perkara yang terlepas daripada kucatatkan dalam blog ni. Ada sebahagiannya yang memang sengaja dibiarkan. Tak perlu dibahas panjang.


Semalam, aku melihat satu keajaiban yang tak pernah diketahui sebelum ini. Mungkin juga aku yang out-dated. Tapi sungguh, jiwa ini sangat terkesan. Ianya berkenaan kehidupan ikan salmon. Perjuangannya untuk memenuhi sunnatullah. Ketaatannya pada seruan Pencipta.


Ikan Salmon, satu dari sekian banyak jenis ikan yang banyak mengandung nilai gizi yang sangat bermanfaat bagi manusia. Jenis ikan ini dapat hidup di perairan tawar dan laut, dan merupakan salah satu komoditi hasil perikanan yang banyak dikonsumsi oleh masyarakat.


Siklus hidup ikan salmon bermula di perairan tawar (sungai), disini telur telur ikan salmon menetas (biasanya pada bulan November) dan disini perjuangan hidupnya bermula. Tingkat kematian ikan salmon pada tahap ini sangat besar. Dari total jumlah telur yang terhasil, lebih kurang setengahnya yang berhasil menetas. Ikan salmon yang baru menetas ini dinamakan “alevin” yang hidup di antara tumpukan kerikil di dasar sungai dengan memakan plankton. Setelah persediaan makanan habis, alevin akan keluar dari kerikil dasar sungai (bulan Mei/Jun), pada tahap ini ikan salmon dinamakan “Fry”. Fry kemudian tumbuh dan berkembang menjadi “smolt” yang kemudian bergerak ke muara sungai menuju ke lautan lepas.


Tahun pertama hidup di lautan merupakan tahap kritis ikan salmon menghadapi pemangsanya. Predator yang memangsa ikan salmon dalam jumlah banyak adalah anjing laut. Disamping itu, singa laut, beruang, burung dan manusia juga menjadi ancaman kelangsungan hidup ikan salmon.
Lama berada di lautan (4-7 tahun), ikan salmon tumbuh besar dan cukup dewasa untuk bertelur. Disini letak keunikan ikan salmon, dimana hidupnya bermula (menetas dari telur) disanalah ikan salmon melakukan proses reproduksi. Ikan salmon yang hidup berkoloni (berkumpul dalam jumlah yang sangat banyak) akan berkumpul dengan koloni ikan salmon lainnya untuk bermigrasi kembali ke perairan tawar yaitu sungai.


Perjalanan pulang ikan salmon tidaklah sebentar, memakan waktu dengan hitungan bulan. Banyak rintangan yang menghadang perjalanannya, melewati batu karang, berenang melawan arus, melompat mendaki air terjun (daya lompat ikan salmon bisa mencapai 3 meter),dan lain lain.


Satu hal lagi, selama melakukan perjalanan pulang, ikan salmon tidak makan apa apa@berpuasa. Cadangan lemak yang ada di tubuhnya merupakan sumber makanan hingga sampai ke perairan tawar. Pemakaian cadangan lemak tubuh ini akan menyebabkan perubahan fisik pada ikan salmon. Pada tahap ini, banyak ikan salmon yang mati karena luka, keletihan ataupun pemangsa, hingga akhirnya hanya sedikit yang berhasil sampai ke hulu sungai.


Sesampainya di hulu sungai (atau tempatnya ditetaskan), dalam keadaan lelah ikan salmon akan menggali tanah di dasar sungai membuat lobang (25-30cm) untuk sarang dengan menggunakan ekornya. Di lobang itulah ikan salmon betina mengeluarkan telur 3.000-8.000 butir dan kemudian dibuahi oleh sperma ikan salmon jantan. Selesai melakukan pembuahan, ikan salmon jantan dan betina menutup kembali sarang tersebut dengan kerikil. Kedua ikan salmon akan tinggal beberapa hari disekitar sarang tersebut hingga akhirnya mati kehabisan energi. Sebagian bangkai ikan salmon akan dimakan oleh binantang yang hidup di dasar sungai, dan sebagian lagi akan membusuk dengan bantuan bakteri hingga menjadi pupuk alami. Pupuk alam tersebut akan dimakan oleh plankton dan serangga kecil di dasar sungai. Pada akhirnya, plankton dan serangga kecil ini akan menjadi makanan pokok bagi ikan salmon yang baru menetas satu bulan kemudian.


Begitulah perjuangan dan siklus hidup ikan salmon. Yatim piatu sejak menetas, menempuh perjalanan dengan resiko yang sangat besar dan berkorban demi kelangsungan populasinya dimasa yang akan datang. Tentu banyak hal positif yang bisa kita ambil dari cerita ini selain dari kandungan gizi yang dikandung ikan salmon. Semoga bermanfaat.


Petikan di atas kuambil dari sebuah website, sekilas untuk menggambarkan bagaimana kehidupan ikan ini. Subhanallah..subhanallah..subhanallah! Sebaik sahaja menetas, perlu melalui perjalanan panjang ke lautan, tanpa ibu dan ayah. Berdepan pula dengan pelbagai risiko. Kemudian menghabiskan beberapa masa di lautan, sehingga sampai waktunya ia harus pulang ke tempat asal untuk bertelur.


Aku menyaksikan betapa tabahnya ikan salmon melawan arus untuk kembali ke sungai. Melawan arus yang sangat deras. Pemangsa pula menunggu masa untuk menyambar. Hebat, sungguh hebat makhluk Allah yang satu ini. Demi memenuhi sunnatullah ia sanggup mendepani apa saja bahaya. Apabila seekor menjadi mangsa ada 100 ekor yang akan terselamat. Dan tidak pula tersesat dalam perjalanan pulangnya.


"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"


Akhirnya selepas bertelur ia mati keletihan...itulah sebuah pengorbanan untuk kelangsungan generasinya. Ah! Andai boleh kutunjukkan video itu, pasti siapa saja yang melihat akan tersentuh.


Ikan salmon berusaha memenuhi sunnatullah. Dan manusia? Kita harus memenuhi bukan saja sunnatullah, tapi juga syariatullah. Namun adakah kita menunjukkan semangat yang sama seperti ikan salmon itu? Bahkan syariat dipermainkan sesuka hati. Bukankah kita diciptakan dengan sebaik-baik kejadian? Tapi kadangkala tingkah-laku manusia lebih rendah daripada makhluk lain yang dicipta tanpa akal. Alangkah malunya!




Sekadar peringatan buat diriku dan moga bermanfaat untuk kalian...



July 15, 2010

Sebagai apa?

-Sebagai seorang hamba pada Pencipta


-Sebagai khalifah di atas dunia


-Sebagai anak yang mahu berbakti


-Sebagai adik yang mendengar kata


-Sebagai sahabat yang selalu ada


-Sebagai pelajar yang cemerlang


-Sebagai insan yang sentiasa memberi


-Sebagai daie yang tak jemu menyeru


Terlalu banyak yang tergalas. Terlalu banyak yang mesti dilaksana. Teguhkah diri menempuh onak ranjaunya?


~Dan hati, tenanglah selalu. Biar rahsia itu terpasak teguh di tangkai naluri. Biar hanya DIA yang mentafsir segala kebisuan~


July 7, 2010



Tenang di luar, tapi hati kebasahan. Basah lagi untuk kesekian kali.


Tidak besar mana baktiku di sini. Tapi itu yang termampu. Ah, sememangnya perjuangan menuntut pengorbanan. Tuhanku, Kau jagalah mereka. Hanya Engkau sandaran hidup mati kami...


"How time flies"

p/s: Hampir 4 musim berlalu~

June 28, 2010

Puisi

Sedikit sebanyak kuakui jiwa ini berseni, dan aku amat menyukai puisi. Mari kukongsikan satu puisi Khalil Gibran yang diambil dari blog ini~


KEHIDUPAN

Engkau dibisiki bahawa hidup adalah kegelapan
Dan dengan penuh ketakutan
Engkau sebarkan apa yang telah dituturkan padamu
penuh kebimbangan

Ku wartakan padamu bahawa hidup adalah kegelapan
jika tidak diselimuti oleh kehendak
Dan segala kehendak akan buta bila tidak diselimuti pengetahuan
Dan segala macam pengetahuan akan kosong
bila tidak diiringi kerja
Dan segala kerja hanyalah kehampaan
kecuali disertai cinta

Maka bila engkau bekerja dengan cinta
Engkau sesungguhnya tengah menambatkan dirimu
Dengan wujudnya kamu, wujud manusia lain
Dan wujud Tuhan.

Oleh: Khalil Gibran


p/s: Ramai yang bertanya kenapa aku kurang aktif sepanjang cuti kali ini. Tidak juga berprogram. Ketahuilah, kali ini keutamaanku adalah di sini. Ia lebih aula' pada situasi sekarang. Namun kita tetap berbakti dengan penuh rasa cinta...

June 21, 2010

2 jiwa 1 rasa

Si kembar baru lepas menangis. Tangisan berduet telah menggamatkan seisi rumah. Sepanjang bercuti ni, hidupku ceria dihiasi tawa dan tangis mereka.


Qistina dan Qaisara. 2 jiwa yang berkongsi rasa. Jika Qistina menangis, Qaisara akan menangis bersama. Begitu juga jika Qaisara terjaga dari tidur, Qistina turut membuka mata. Subhanallah...


Semoga mereka menjadi muslimah solehah, yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta mentaati kedua ibu bapa mereka~



2 orang nenek muda (^_^)



Gambar blur. Yang ni diorang lepas main masak2. Patung pooh pun ada kat belakang tu.



Dari kiri: Qaisara, Qistina



p/s: Atuuuuuu (baca:maksu). Pelat sungguhlah kamu berdua ni.


June 20, 2010

bahasa jiwa bangsa

Ada masanya, kita terlanjur kata. Tak kira pada sesiapa, hatta pada insan yang telah melahirkan dan membesarkan kita. Ego bertandang menghalang ucapan maaf. Kadangkala kita langsung tak sedar, perlakuan kita membekas di hati mereka.


Sebagai manusia, kita hidup dalam kelompok keluarga, teman2, serta masyarakat. Untuk itu, mereka harus ada dalam pertimbangan tindakan kita. Bila berbicara, fikirkan juga penerimaan mereka. Dengan bahasa mudah, beradab sopan dalam setiap tutur kata.


Bahasa Jiwa Bangsa.


Sesetengah beranggapan bahawa mesej yang mahu disampaikan lebih penting daripada cara penyampaian. Kalau begitu, kita lihat satu contoh dialog pendek.



Seman: Aku dengar kau masuk hospital. Sakit apa?
Leman: Doktor kata...aku ada barah hati...
Seman: Itulah kau, aku dah kata jangan merokok. Tapi kau degil. Sekarang padan muka.
Kalau kau mati, entah sapa nak jaga anak bini kau.



Kalau anda jadi Leman, apa yang anda rasa?


Fikir-fikirkanlah.


Bahasa Jiwa Bangsa. Bahasa melambangkan siapa kita. Beradab dengan Pencipta, beradab sesama manusia, beradab dengan makhluk ciptaan-Nya~


Akhir kata, Selamat Hari Bapa untuk bapa2 di seluruh dunia. Buat ayah, maaf, maaf, dan maaf dari anakmu yang tak lepas dari salah silap. Sayang ayah sangat-sangat.


June 13, 2010

Setelah sekian lama~

Dah lama tak meng'update'. Idea banyak cuma nak menulis tu yang sedikit malas. Malas? Apakah...


Norma dah selamat bergelar isteri. Selain tu, banyak perkara yang terjadi. Dengan izin Allah, aku berjaya menjejak teman2 lama yang dah 14 tahun tak jumpa. Satu tempoh yang panjang, seperti bermimpi boleh berhubung semula. Lepas berpindah sewaktu berada di tahun 2, kami terputus hubungan. Sehinggalah kelmarin.


Sejauh mana terpisah, andai telah ditakdirkan, kita tetap bertemu teman~


Masa berlalu, bersamanya kita berubah. Masing2 punya impian. Rindu sungguh aku rindu pada kalian. Ada satu fakta yang aku sendiri sudah terlupa. Seorang teman berkata, masa tahun 1 (darjah 1) dulu aku ni sangat2 suka bercakap (petah?)~


Rupanya begitu...


Sekarang lain dah kot. Apapun, diakui dulu memang zaman penuh kenakalan. Berlari-larian. Macam2lah. Waktu nak pindah tu, rasa sedih sangat. Tapi terubat sebab lepas pindah kawan2 sekelas rajin hantar surat. Klasik btollah, berbalas surat sampailah darjah 5. Lepas tu entah bagaimana kami terputus hubungan. Dan aku tak pernah berhenti berharap untuk bertemu semula =)


Ada yang dah bekerja. Yang perempuan ramai juga yang sudah berkahwin. Ada pulak yang ada anak kembar lagi. Kiranya mereka semua berjaya mengecapi kehidupan yang bermakna. Syukurlah~


p/s: Sekarang masih dalam mode *speechless. Extremely happy of course.

May 30, 2010

city like no others


Sekarang ni asyik makan je. Agaknya bila kat rumah, selera pun bertambah-tambah. Musim kawin gak sekarang ni. Banyak betul jemputan, tapi tak dapatlah nak pergi semua. Pegi kenduri je, rasa nak kawin gak (berangan). Lagi seminggu, Norma pula bakal bergelar isteri...


Seorang teman pernah bertanya, pendapat peribadi aku tentang Kelantan (Kelate). Tidak dinafikan, rata2 orang yang aku jumpai terlalu sinis menggambarkan negeri tersebut. Kenapa ya?


Bagi aku, tak kenal maka tak cinta.


Tak perlu mengulas panjang. Pergi dahulu, lihat sendiri, rasai sendiri, nikmati sendiri. Jangan hanya mendengar cakap2 orang atau sekadar melalui media, lalu terus memberi justifikasi sendiri. Usah berkata tentang sesuatu yang kita sendiri tak pasti.


Mari aku perkenalkan bandar kuching pula.


Kuching, city like no others


Bukan promosi ke apa, sekadar perkongsian membuka minda. Bila datang, tak mahu pulang. Tak tipu. Buktinya, ramai sangat penduduk di sini yang bukan sarawakians. Kuching adalah ibu negeri Sarawak. Bandarnya sangat luas, sepertinya berada di bandar JB, tapi taklah macam KL. Perbezaannya, jalan di sini lebih tenang. Kadar kemalangan tidak seteruk di tempat lain. Dan memang tak cukup seminggu untuk explore.


Jom tengok gambar.



Cantik kan?




Kat bawah ni Boulevard. 10 minit je dari rumah. Maka kami adik beradik selalulah menziarahinya =)



Yang kat bawah ni pun kami ziarah kalau rajin. Tak jauh pun.




Ni pemandangan kat Waterfront. Famous bagi pelancong. Suka bangat jalan2 tenangkan fikiran kat sini.





Ni India Street. Sentiasa meriah sebab banyak barang dijual dan boleh dapat dengan harga murah =)





(^_^)y




Tak tertunjuk gamba kat sini. Banyak lagi kawasan yang menarik. Berbeza agaknya dari apa yang didengar?


p/s: Jangan tengok je. Datanglah =)


May 29, 2010

Hadiah cinta

Bukan mudah, jika apa yang mahu kau lafazkan bakal mengguris hati insan lain. Walaupun itu hakikat yang perlu diketahui, tegakah kalian membuat insan yang disayangi menangis?


Untuk itu, usah asyik bertanya tentang sesuatu yang kita tidak pernah cuba memahaminya sendiri. Malas berfikir itu adalah penyakit yang amat berbahaya. Terbayang-bayang mutiara yang dititip ustaz Hasrizal melalui penulisannya.


Bertanya dan bertanya lagi. Pertanyaan itu hanya akan menyeksa hati insan yang menyimpan jawapannya. Andai dia berdiam diri, hormatilah dan berfikirlah. Mungkin kita tidak perlu terlalu mencari siapakah yang bersalah, cukuplah jika kita berusaha memperbaiki kepincangan yang terwujud tanpa sedar.


Insan yang ditanyakan itu mungkin juga telah terlalu luka jiwanya, sehingga tidak mampu menutur kata. Andai mata hatimu bisa menembusi maya, mungkinkah terlihatkan segala nestapa yang beraja?


Ukhuwah bukan hanya untuk ditutur dan ditulis pengertiannya.


Ia hadiah dari Pemilik Segala Cinta, yang mencipta cinta menghiasi dunia.


Cinta kepada Allah
Cinta kepada Rasulullah
Cinta kepada ibubapa
Cinta kepada ummah
Cinta kepada kecemerlangan


Mari kita membina persahabatan akidah, yang di akhirnya menuju redha Allah. Dan hargai setiap orang yang menyayangi, usah datang dan pergi sesuka hati, atas sesuatu kepentingan. Sahabat juga punya jiwa.


p/s: Kembara mencari cinta



May 23, 2010

Maha Melihat

Maha Melihat- Opick feat Amanda

Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya

*Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata


p/s: Menusuk kalbu T_T..

May 22, 2010

Lilin membakar diri



Lilin yang membakar diri, demi menerangi kegelapan...


Mungkin setiap dari kita cuba menjadi lilin untuk insan lain


Terserah..


Aku juga pernah


Jujurnya, bukan mudah menjadi lilin


Panas dan mencair


Ia menyakitkan.



p/s: Jadilah pelita yang menerangi tanpa membakar diri

May 20, 2010

Hari ibu, hari guru

Hari Ibu..Hari Guru..hangat sambutannya di seluruh negara. Dua insan bermakna yang telah banyak berjasa dalam hidup kita. Dua insan yang menjadikan aku manusia yang benar2 manusia. Bukan manusia jadian, atau serigala jadian yang sebenarnya manusia.


Ibu..guru..


Dan aku memanggil ibu sebagai mak. Dia sumber kekuatanku untuk terus tabah sebagai pemburu ilmu. Bukan mudah sendirian di rantau orang. Ia menagih segunung pengorbanan hati dan perasaan. Selalu berusaha untuk melakukan yang terbaik, itu janjiku pada diri. Kerinduan yang selalu hadir terubati dengan kesibukan dan kehadiran sahabat2 tersayang.


Pernah sekali aku mengguris hati mak. Ini yang kusedari. Yang tidak kusedari barangkali terlalu kerap. Masih segar di ingatan, pada waktu itu aku masih bersekolah dalam darjah 3. Aku, mak, dan kakak sedang berbual di dapur tentang suatu isu. Entah bagaimana, kata-kataku menyinggung perasaan mak. Memang salahku.


Setelah itu, jiwa ini rasa ingin menangis. Syurga di bawah tapak kaki mak, tapi mak sedang berjauh hati. Sedihnya...


Dengan takut2, aku pergi ke arah mak. Peluk dari belakang, dan mintak maaf sungguh-sungguh. Huu, hati mak dah sejuk. Sejak tu, seboleh mungkin aku menjaga tutur kataku. Kadangkala, kita nak menangkan pendapat kita je, sehingga terlupa ada hati yang harus dijaga.


Pernah diri ini rasa sangat down. Masa tu kat kampus uia. Sangat2 down, sampai aku rasa tak mampu nak melangkah. Malam tu, Allah pertemukan aku dan mak dalam mimpi. Mak hanya tersenyum tanpa sepatah kata. Dia memberi pelukan hangat. Keadaan itu berlangsung agak lama. Aku melepaskan segalanya dalam pelukan mak. Akhirnya aku tersedar dari tidur. Kehangatan pelukan mak masih terasa. Subhanallah, jiwaku pulih dan bangkit bersemangat. Terima kasih Kekasihku, Kaulah Pemilik Cinta yang memberi aku cinta seorang insan mulia seperti mak.


Nak cerita kisah cikgu pula. Tak tahu nak bermula bagaimana. Cikgu yang banyak memberi kesan dalam hidupku adalah cikgu Rakeah (tak pasti betul ke tak namanya). Dia suka memanggilku dengan nama doraemon. Masa tu sekolah rendah lagi. Walaupun macam tu, kepercayaan yang Cikgu Rakeah berikan padaku merupakan titik tolak untuk aku menjadi aku. Amanah demi amanah yang diberi membuatkan aku tambah bersemangat untuk mencapai kecemerlangan.


Terima kasih cikgu...


Cikgu Saodah, Cikgu Peter, Cikgu Haini, Cikgu Nurmuhaiyun, Cikgu Nasarudin, Ustazah Syarifah, Ustaz Faizul...dan semua cikgu2 yang terlalu banyak nak disebutkan, jasa kalian akan kukenang hingga akhir hayat. Semoga kalian terus tegar mendidik anak bangsa pewaris perjuangan kita semua. Hanya doa yang mampu kutitip buat peneman jalan juang cikgu semua. Tanpa kalian, entah siapalah aku sekarang. Mungkin saja aku menjadi remaja yang hilang arah tujuan...


Selamat hari Ibu


Selamat Hari Guru


Bagiku setiap hari adalah hari ibu dan guru =)

May 7, 2010

Kerlipan cinta

Kerlipan cinta-Rabbani

Hidayah…
Kerlipan cipta Cintaku
Harum rembulan mawar
Dingin dihakis cita keseorangan

Aku…
Masih menghitung diri
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Padamu Kasih
satukan aku
dengan rahmat-Mu
dengan Kalimah

Malam siangku
berliku liku
duri dugaan
siratan
Cinta

Biar di jemala mentari
dan di bahu gunung berapi
Pasrahku abadi untuk-Mu
untuk-Mu…

Ku… kembara setia disisi-Nya
Ku… inginkan bahagia abadi
Ku… impikan sentosa naungan-Nya

selamanya…


-Aku rindu pada-Mu...-

May 4, 2010

macam-macam ada

Bila tengok kat tv, macam2 cerita ada. Yang mistik, cintan-cintun, pembunuhan, rempit, dan macam-macam lagi. Tak hairanlah kalau ada yang jadi tv mania. 24 jam mengadap tv.


Perasan atau tidak, terlalu banyak anasir2 negatif yang cuba dihidangkan kepada masyarakat. Lihatlah iklan syampu dengan rambut mengurai selembut sutera, padahal rambut adalah aurat bagi wanita. Lihat juga wanita yang masing2 mempamerkan kecantikan diri, dan kebanyakan mereka menjadi pujaan dan ikutan masyarakat. Tontonlah cerita cinta yang meletakkan cinta lebih di atas segalanya. Cinta yang mengundang murkaNya. Cinta manusiawi yang meletakkan Dia di tempat terakhir dalam perhitungan tindakan kita. Belum lagi cerita2 yang penuh dengan khurafat yang menanamkan rasa takut kepada HANTU lebih daripada rasa takut kepada TUHAN.


Apakah semua ini?


Anak2 kecil saban hari mempelajari sesuatu daripada apa yang mereka lihat. Jadi apalah yang hendak dihairankan andai gejala sosial semakin membarah walau seribu satu kempen diadakan. Apa yang hendak dipelikkan andai kes buang anak makin menjadi-jadi. Apa yang hendak dipersoalkan bila manusia hilang kemanusiaan.


Semua itu kita pelajari setiap hari di kaca tv.


Salah siapa?


Maaf, entri ini ditulis bukanlah untuk mempersalahkan mana2 pihak. Sekadar sesuatu untuk difikirkan. Andai suatu masa aku menjadi seorang ibu, bagaimanakah untuk aku melindungi anak2ku dari anasir2 negatif ini?


Mampukah aku?




April 29, 2010

cerita hati




Kasihan teratak hijauku ini, cuti2 pun bersawang. Musim exam sibuk pula nak apdet setiap hari. Apalah husna ni. Aku merasa benar2 telah menjadi surirumahtangga yang sejati (mode perasan), memandangkan hanya seorang anak perempuan yang available di siang hari. Upgrade skill memasak (ambik petua2 dari mak), sebab masa cuti ni ajelah aku ada peluang.


Jadi, boleh disimpulkan bahawa aku masih di tahap amateur. Dan kesimpulan yang paling penting adalah bakal suami nanti kenalah seorang yang pandai dan rajin masak (^_^)y..boleh masak sama2..boleh gak menuntut ilmu dari dia (dia yang masih Allah hijabkan).


Usah persoalkan. Aku hanya ingin menjaga hati. Hanya Kekasih Sejati yang mengerti~


April 15, 2010

Bulan bintang~



Dulu, kini, dan sampai bila-bila, aku sangat suka pada bulan bintang (takda kaitan pun dengan entri).


Semenjak cuti ni, sibuk benar rasanya, terutama di siang hari. Tapi takpelah, aku gembira kerana mampu memberi. Memberi sesungguhnya sumber kebahagiaan bagiku. 12 April yang lepas, umurku telah mencecah 22 tahun. Satu angka yang adakalanya sukar untuk kupercayai. Cepat benar masa berlalu. Seakan baru semalam aku bergelar kanak2, remaja, dan kini mula menginjak ke alam dewasa.


Itu hanya angka, namun pengertiannya jauh lebih mendalam. Angka itu mendekatkan kita pada sebuah pengakhiran, yang juga adalah sebuah permulaan pada kehidupan abadi. Huhu, tapi aku belum bersedia.. -_-"


Bila kusingkap tirai kenangan, banyak sungguh perkara yang telah terjadi. Boleh dibukukan barangkali (^_^). Ada ujian yang membuatkan diri ini tersenyum gembira, tapi ada juga yang membuatkan diri ini menangis hiba. Dan dari semua ini kutemui pelbagai mutiara kehidupan. Perlahan-lahan diri ini belajar erti kedewasaan..(walaupun takla dewasa sangat)~


Hidup dengan harapan dan impian. Harapan itu memberi kita kekuatan untuk terus melangkah. Impian juga membuatkan diri berusaha semampunya dalam setiap perkara. Asal realistik, asal tidak lupa di mana kita berpijak, teruslah membina impian (tapi jangan asyik berangan tanpa disertai usaha).


Bercakap memang mudah, tapi pelaksanaannya tentulah perlukan mujahadah yang tinggi. Namun yakinlah, Allah bersama orang-orang yang berusaha. Aku amat bersyukur, di sepanjang titian perjalananku, Dia memberiku tarbiyah berterusan supaya aku tidak lupa siapa diriku. Begitu juga kalian. Kita semua. Kasih sayang Allah senantiasa melimpahi kehidupan kita, yang adakalanya lupa untuk disyukuri, malahan dipersoalkan...


Terima kasih Tuhan, kerana menghadirkan insan-insan penyayang dalam hidupku. Dan pada setiap kelukaan, aku mohon titisan sifat PemaafMu Rabbi, agar tiada jiwaku terpalit mazmumah yang merosakkan~