March 28, 2010
ayat-ayat cinta
1. Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad) ?
2. dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu,
3. yang memberatkan tanggunganmu,
4. dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
6. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
7. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain),
8. dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.
p/s: Ini bicaraNya. Teruslah berjuang!
March 25, 2010
March 13, 2010
Jatuh Cinta
Aku jatuh cinta.
-kerana merdunya suara
-kerana indahnya paras rupa
-kerana pengertian yang tiada tara
-kerana dia penuh pesona
-kerana sifat bertanggungjawab
-kerana dia hebat dalam memimpin
-kerana dia sering membuat hati tersenyum dan tertawa
-kerana dia sangat berbeza
-kerana dia insan berprinsip
-kerana dia berharta
-kerana dia dari jalur keturunan yang mulia
-kerana kebijaksanaannya
-kerana petahnya dia berkata-kata
-kerana dia insan serba boleh
-kerana manisnya senyuman
Bila hati dah suka, semuanya indah di mata. Bila terbit rasa benci, tiba2 ciri2 di atas hilang, berganti dengan sifat buruk semata. Ajaib ya cinta. Ia seperti mengubah kaca jadi permata. Ia juga menggilap permata jadi lebih bersinar. Sinarnya kadangkala membutakan mata. Besar sungguh fitnah yang dibawa, jika menjadi hamba cinta. Hamba cinta yang terlupa siapa tuannya dan yang harus diberi CINTA SEMPURNA.
Tepuk dada tanya iman.
Ini cinta atau terpesona?
Andai benar cinta bagaimana landasannya?
p/s: CINTA dan TERPESONA. Dua perkara yang seakan sama namun amat berbeza. Berhati-hatilah. Bila bertemu cinta, kita cenderung melupakan Pemilik Segala Cinta. Mungkin kerana itulah Dia juga tidak menjaga cinta yang tersilap landasannya.
March 10, 2010
Entri membebel
bla bla bla
.............................
pot pet pot pet
............................
psttt psstt
............................
ASYIK MEMBEBEL JE!
"Takda kerja lain. Asyik nak membebel 24 jam. Tak penat ke? Macam mak nenek. Rimas. Lemas. Tak tahan."
Haa, tu antara rungutan biasa dari kaum lelaki tentang wanita. Mengaku jelah. Aku belajar banyak perkara dari Catering Day yang baru sahaja berlalu. Bermuhasabah panjang menghitung diri. Akhirnya terfikir soal membebel yang sering menjadi isu. Tapi bukanlah isu besar, sekadar gurauan sesama ahli kelas.
Timbul 1 persoalan. Kenapa ye wanita cenderung untuk meleter? Ianya bukan dibuat-buat, itulah fitrah seorang wanita yang dikurniakan sifat concern yang amat tinggi pada perkara2 di sekelilingnya. Dan leteran seorang wanita sebenarnya mengandungi pelbagai makna. Samada untuk melepaskan tension, ataupun kerana kerisauan, ataupun kerana sayang. Ada banyak lagi kemungkinan yang tidaklah mampu dihuraikan setiap satunya. Cukuplah dikatakan, wanita adalah insan misteri yang semakin cuba untuk difahami, semakin sukar untuk dimengerti.
Jangan prejudis. Tak semua wanita begitu. Contoh terdekat, ibu dan ayah kita sendiri. Ianya sangat menarik untuk diamati. Aku punya seorang ibu yang cukup murah dengan senyuman dan lebih banyak diam dari bercakap (tapi dengan orang yang dia rapat, hilanglah pendiamnya tu). Dan ayah pula, peramah cukup peramah. Dia sangat suka bercakap @ meleter lagi banyak dari ibu. Dua insan berbeza yang saling melengkapi. Kesimpulannya, manusia diciptakan bersama keunikan tersendiri, dan itulah refleksi kebesaran Allah sebagai Pencipta Maha Agung.
Terpulanglah bagaimana penilaian kalian. Allah tak akan mencipta sesuatu dengan sia-sia. Biasanya, anak lelaki kalau tak kena bebel memang payah nak mintak tolong buat kerja2 rumah. Nature nya begitu. Tapi sekali lagi ditegaskan, kita tidak boleh menyamakan semua orang. Ada juga anak lelaki yang rajin, bertanggungjawab, itulah anak soleh penyejuk perut ibu.
Oklah, aku pulak yang membebel kat sini. Jujur, aku tak tahu aku kategori mana. Aku bercakap ikut masa, kot??
Entahlah.

March 7, 2010
Luahan cinta
Catering Day telah berakhir. Alhamdulillah..segala yang dirasa serba mustahil, telah berjaya dilalui dengan izin Allah dan berkat kesungguhan sahabat2. Syukur padaMu ya Rabb!
Ya, tak dinafikan betapa penatnya melalui masa2 itu. Hati diburu kerisauan, gusar, mampukah kami melaksanakan tugasan ini sebaiknya? Tapi, Allah juga tidak akan membebani hambaNya dengan sesuatu yang mereka tidak mampu. Berbekalkan keyakinan ini, kami semua mencurah sepenuh usaha, sepenuh daya. Dan di akhirnya kami mampu tersenyum puas, mengecap manisnya sebuah perjuangan yang disertai 1001 pengalaman...
Pada masa yang sama, diri ini cuba menutup segala kegundahan hati. Mengenang insan tercinta yang sedang berdepan dengan ujian Allah, sudah cukup membuat jiwa ini menangis. Jarak yang memisahkan, apalah dayaku insan serba lemah. Aku tidak mampu menemaniya di saat2 dia amat memerlukan perhatian anak2. Maafkan anakmu yang berada di kejauhan, yang hanya mampu menitip doa saban waktu.
Kuatlah ayah! Bukankah ayah juga yang selalu berpesan supaya diri ini tabah menempuhi gelombang kehidupan? Anakmu ini tidak akan pernah jemu mendoakan kesembuhanmu. Jadi ayah juga tidak harus berputus asa. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini ayah, pasti! Senyumlah duhai ayah, walau anakmu yang jauh ini tidak mampu melihatnya. Senyumlah, dan ingatlah saat2 manis kita sekeluarga. Kami amat menyayangimu dan akan selalu berusaha dan berdoa supaya ayah sihat kembali.
Tidak lama lagi anakmu ini akan kembali. Cepatlah sembuh duhai ayah..bukankah ayah yang paling bersemangat setiap kali menunggu ketibaan anakmu di lapangan terbang? Diri ini terlalu rindu untuk menatap wajahmu, bergurau denganmu, melihat senyum ceriamu...
Entah kuatkah diri ini untuk meneruskan hari2 mendatang. Entah kuatkah diri ini untuk menghadapi imtihan yang bakal menjelang. Tapi aku akan berusaha, kerana ayah juga selalu menitip pesan supaya diri ini selalu tegar, dan jangan mudah mengalah. Ya Rabb, aku tahu Kau mendengarkan semuanya, meski ia terpendam di sudut hatiku yang paling dalam. Aku tahu Kau selalu mendengarkan. Aku tahu inilah ujian yang Kau berikan untuk menguji kata2 cinta yang selalu kuucapkan untukMu. Aku sanggup menempuhnya, jika itu jalan menuju redhaMu...
Cukup di sini dahulu. Maaf andai catatan ini tidak memberi apa2 manfaat pada yang membaca. Ini hanyalah luahan cinta seorang anak yang amat menyayangi seorang insan mulia yang telah dikurniakan Allah dalam hidupnya. Cinta sebenar cinta.

March 1, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)