March 13, 2010

Jatuh Cinta



Aku jatuh cinta.


-kerana merdunya suara

-kerana indahnya paras rupa
-kerana pengertian yang tiada tara
-kerana dia penuh pesona
-kerana sifat bertanggungjawab

-kerana dia hebat dalam memimpin
-kerana dia sering membuat hati tersenyum dan tertawa
-kerana dia sangat berbeza
-kerana dia insan berprinsip
-kerana dia berharta

-kerana dia dari jalur keturunan yang mulia
-kerana kebijaksanaannya

-kerana petahnya dia berkata-kata
-kerana dia insan serba boleh
-kerana manisnya senyuman



Bila hati dah suka, semuanya indah di mata. Bila terbit rasa benci, tiba2 ciri2 di atas hilang, berganti dengan sifat buruk semata. Ajaib ya cinta. Ia seperti mengubah kaca jadi permata. Ia juga menggilap permata jadi lebih bersinar. Sinarnya kadangkala membutakan mata. Besar sungguh fitnah yang dibawa, jika menjadi hamba cinta. Hamba cinta yang terlupa siapa tuannya dan yang harus diberi CINTA SEMPURNA.


Tepuk dada tanya iman.


Ini cinta atau terpesona?


Andai benar cinta bagaimana landasannya?


p/s: CINTA dan TERPESONA. Dua perkara yang seakan sama namun amat berbeza. Berhati-hatilah. Bila bertemu cinta, kita cenderung melupakan Pemilik Segala Cinta. Mungkin kerana itulah Dia juga tidak menjaga cinta yang tersilap landasannya.

5 comments:

rottenapfel=) said...

Assalamualaikum ya ukhti...
sangat bersetuju dengan apa yg ukhti bicarakan.bila bercinta semuanya manis.tapi bila dah x suka??hmmm semua manis hilang entah kemana....cinta menyebabkan kita suka disuruh,sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat bersama si dia..satu perkara yang saya belajar dari sekolah dahulu,senior menyatakan
"lelaki sanggup mengorbankan cinta untuk segala2nya tapi wanita sanggup mengorbankan segala2nya untuk cinta"wallahualam samaada ianya betul atau tidak,bersama2lah kita mengambil iktibar dan pengajaran.semoga cinta kita tidak jauh tersimpang dari PEMILIK CINTA SEMPURNA..

SuTeRa said...

waalaikumsalam...
ye saudari epal merah,kte pun pnah dnga ayat tu.

insyaAllah..smoga kita smua meletakkan cinta pada landasan yang sepatutnya.

ehem..menunggu bila saudari epal merah nak jemput datang majlis ^_^

rottenapfel again said...

ehem-ehem,xlama lg sampai la tu kad undangan..hehe=p
tanya org disini,org dsana bila xlg??B-)
ngeh2..

dilaMAYA said...

=) truee! mohon copy. :)

SuTeRa said...

dilamaya: silakan ^_^