March 10, 2010

Entri membebel

bla bla bla


.............................


pot pet pot pet


............................


psttt psstt


............................




ASYIK MEMBEBEL JE!

"Takda kerja lain. Asyik nak membebel 24 jam. Tak penat ke? Macam mak nenek. Rimas. Lemas. Tak tahan."


Haa, tu antara rungutan biasa dari kaum lelaki tentang wanita. Mengaku jelah. Aku belajar banyak perkara dari Catering Day yang baru sahaja berlalu. Bermuhasabah panjang menghitung diri. Akhirnya terfikir soal membebel yang sering menjadi isu. Tapi bukanlah isu besar, sekadar gurauan sesama ahli kelas.


Timbul 1 persoalan. Kenapa ye wanita cenderung untuk meleter? Ianya bukan dibuat-buat, itulah fitrah seorang wanita yang dikurniakan sifat concern yang amat tinggi pada perkara2 di sekelilingnya. Dan leteran seorang wanita sebenarnya mengandungi pelbagai makna. Samada untuk melepaskan tension, ataupun kerana kerisauan, ataupun kerana sayang. Ada banyak lagi kemungkinan yang tidaklah mampu dihuraikan setiap satunya. Cukuplah dikatakan, wanita adalah insan misteri yang semakin cuba untuk difahami, semakin sukar untuk dimengerti.


Jangan prejudis. Tak semua wanita begitu. Contoh terdekat, ibu dan ayah kita sendiri. Ianya sangat menarik untuk diamati. Aku punya seorang ibu yang cukup murah dengan senyuman dan lebih banyak diam dari bercakap (tapi dengan orang yang dia rapat, hilanglah pendiamnya tu). Dan ayah pula, peramah cukup peramah. Dia sangat suka bercakap @ meleter lagi banyak dari ibu. Dua insan berbeza yang saling melengkapi. Kesimpulannya, manusia diciptakan bersama keunikan tersendiri, dan itulah refleksi kebesaran Allah sebagai Pencipta Maha Agung.


Terpulanglah bagaimana penilaian kalian. Allah tak akan mencipta sesuatu dengan sia-sia. Biasanya, anak lelaki kalau tak kena bebel memang payah nak mintak tolong buat kerja2 rumah. Nature nya begitu. Tapi sekali lagi ditegaskan, kita tidak boleh menyamakan semua orang. Ada juga anak lelaki yang rajin, bertanggungjawab, itulah anak soleh penyejuk perut ibu.


Oklah, aku pulak yang membebel kat sini. Jujur, aku tak tahu aku kategori mana. Aku bercakap ikut masa, kot??
Entahlah.

7 comments:

3p4h said...

Kebiasaannya begitu, perempuan lumrahnya suka bercakap, bercakap dan bercakap @ membebel. Berbeda jika dbandingkan dgn llaki. Tp kdg2 ada jga llaki yg sbaliknya. [win-win situation] Ingat, aturan DIA mudah, saling melengkapi.

Apa pn, Catering Day mmg tmpt yg tbaik utk kita bljr ilmu IKHLAS, SABAR dan TABAH. Moga yang terbaek buat kalian semua. Aman~

SuTeRa said...

Saling melengkapi, tentunya~

Alhamdulillah..terima kasih juga atas sokongan senior2, dan khidmat sebagai photographer. The pics turn out beautifully. Credit to u ^_^

3p4h said...

My job. No sweat =)
Ada pape event lg bgtau la ya...

SuTeRa said...

ari ahad ni ade makan2 kat tanjung lumpur,ngan sis liyana n lain2..tapi takkanlah sokmo nak buli epah amek gamba kan ^_^

by the way, all the best utk final exam ye~

gogo=) said...

bebelan juga sebagai salah satu medium untuk saling ingat-mengingati antara satu sama lain..=)
kadang-kala bebelan ibulah yang mengejutkan kita dari tidur,bebelan ibu jugalah yang mengingatkan kita supaya menunaikan solat apabila terleka menonton tv dan bebelan ibu jugalah yang menyebabkan kita rindu akan ibu apabila berjauhan dari keluarga..semoga kita sentiasa dilimpahkan rahmatNYA..

SuTeRa said...

huu...rindu...

gogo lagi=) said...

sabar ye gago..
xlama dah nak balik umah=)
tp kite kna struggle dlu dgn perjuangan kite yg bakal tibe=)good luck!!