April 15, 2010

Bulan bintang~



Dulu, kini, dan sampai bila-bila, aku sangat suka pada bulan bintang (takda kaitan pun dengan entri).


Semenjak cuti ni, sibuk benar rasanya, terutama di siang hari. Tapi takpelah, aku gembira kerana mampu memberi. Memberi sesungguhnya sumber kebahagiaan bagiku. 12 April yang lepas, umurku telah mencecah 22 tahun. Satu angka yang adakalanya sukar untuk kupercayai. Cepat benar masa berlalu. Seakan baru semalam aku bergelar kanak2, remaja, dan kini mula menginjak ke alam dewasa.


Itu hanya angka, namun pengertiannya jauh lebih mendalam. Angka itu mendekatkan kita pada sebuah pengakhiran, yang juga adalah sebuah permulaan pada kehidupan abadi. Huhu, tapi aku belum bersedia.. -_-"


Bila kusingkap tirai kenangan, banyak sungguh perkara yang telah terjadi. Boleh dibukukan barangkali (^_^). Ada ujian yang membuatkan diri ini tersenyum gembira, tapi ada juga yang membuatkan diri ini menangis hiba. Dan dari semua ini kutemui pelbagai mutiara kehidupan. Perlahan-lahan diri ini belajar erti kedewasaan..(walaupun takla dewasa sangat)~


Hidup dengan harapan dan impian. Harapan itu memberi kita kekuatan untuk terus melangkah. Impian juga membuatkan diri berusaha semampunya dalam setiap perkara. Asal realistik, asal tidak lupa di mana kita berpijak, teruslah membina impian (tapi jangan asyik berangan tanpa disertai usaha).


Bercakap memang mudah, tapi pelaksanaannya tentulah perlukan mujahadah yang tinggi. Namun yakinlah, Allah bersama orang-orang yang berusaha. Aku amat bersyukur, di sepanjang titian perjalananku, Dia memberiku tarbiyah berterusan supaya aku tidak lupa siapa diriku. Begitu juga kalian. Kita semua. Kasih sayang Allah senantiasa melimpahi kehidupan kita, yang adakalanya lupa untuk disyukuri, malahan dipersoalkan...


Terima kasih Tuhan, kerana menghadirkan insan-insan penyayang dalam hidupku. Dan pada setiap kelukaan, aku mohon titisan sifat PemaafMu Rabbi, agar tiada jiwaku terpalit mazmumah yang merosakkan~








4 comments:

faizalMS said...

selamat hari lahir.semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan..sori lmbt coz tiada kesempatan nk wish sblm ini..

SuTeRa said...

jazakallah...

~Miera~ said...

siapakah insan-insan penyayang itu gago??(>_<)

SuTeRa said...

termasuk kamulah \(^_^)/