June 28, 2010

Puisi

Sedikit sebanyak kuakui jiwa ini berseni, dan aku amat menyukai puisi. Mari kukongsikan satu puisi Khalil Gibran yang diambil dari blog ini~


KEHIDUPAN

Engkau dibisiki bahawa hidup adalah kegelapan
Dan dengan penuh ketakutan
Engkau sebarkan apa yang telah dituturkan padamu
penuh kebimbangan

Ku wartakan padamu bahawa hidup adalah kegelapan
jika tidak diselimuti oleh kehendak
Dan segala kehendak akan buta bila tidak diselimuti pengetahuan
Dan segala macam pengetahuan akan kosong
bila tidak diiringi kerja
Dan segala kerja hanyalah kehampaan
kecuali disertai cinta

Maka bila engkau bekerja dengan cinta
Engkau sesungguhnya tengah menambatkan dirimu
Dengan wujudnya kamu, wujud manusia lain
Dan wujud Tuhan.

Oleh: Khalil Gibran


p/s: Ramai yang bertanya kenapa aku kurang aktif sepanjang cuti kali ini. Tidak juga berprogram. Ketahuilah, kali ini keutamaanku adalah di sini. Ia lebih aula' pada situasi sekarang. Namun kita tetap berbakti dengan penuh rasa cinta...

June 21, 2010

2 jiwa 1 rasa

Si kembar baru lepas menangis. Tangisan berduet telah menggamatkan seisi rumah. Sepanjang bercuti ni, hidupku ceria dihiasi tawa dan tangis mereka.


Qistina dan Qaisara. 2 jiwa yang berkongsi rasa. Jika Qistina menangis, Qaisara akan menangis bersama. Begitu juga jika Qaisara terjaga dari tidur, Qistina turut membuka mata. Subhanallah...


Semoga mereka menjadi muslimah solehah, yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta mentaati kedua ibu bapa mereka~



2 orang nenek muda (^_^)



Gambar blur. Yang ni diorang lepas main masak2. Patung pooh pun ada kat belakang tu.



Dari kiri: Qaisara, Qistina



p/s: Atuuuuuu (baca:maksu). Pelat sungguhlah kamu berdua ni.


June 20, 2010

bahasa jiwa bangsa

Ada masanya, kita terlanjur kata. Tak kira pada sesiapa, hatta pada insan yang telah melahirkan dan membesarkan kita. Ego bertandang menghalang ucapan maaf. Kadangkala kita langsung tak sedar, perlakuan kita membekas di hati mereka.


Sebagai manusia, kita hidup dalam kelompok keluarga, teman2, serta masyarakat. Untuk itu, mereka harus ada dalam pertimbangan tindakan kita. Bila berbicara, fikirkan juga penerimaan mereka. Dengan bahasa mudah, beradab sopan dalam setiap tutur kata.


Bahasa Jiwa Bangsa.


Sesetengah beranggapan bahawa mesej yang mahu disampaikan lebih penting daripada cara penyampaian. Kalau begitu, kita lihat satu contoh dialog pendek.



Seman: Aku dengar kau masuk hospital. Sakit apa?
Leman: Doktor kata...aku ada barah hati...
Seman: Itulah kau, aku dah kata jangan merokok. Tapi kau degil. Sekarang padan muka.
Kalau kau mati, entah sapa nak jaga anak bini kau.



Kalau anda jadi Leman, apa yang anda rasa?


Fikir-fikirkanlah.


Bahasa Jiwa Bangsa. Bahasa melambangkan siapa kita. Beradab dengan Pencipta, beradab sesama manusia, beradab dengan makhluk ciptaan-Nya~


Akhir kata, Selamat Hari Bapa untuk bapa2 di seluruh dunia. Buat ayah, maaf, maaf, dan maaf dari anakmu yang tak lepas dari salah silap. Sayang ayah sangat-sangat.


June 13, 2010

Setelah sekian lama~

Dah lama tak meng'update'. Idea banyak cuma nak menulis tu yang sedikit malas. Malas? Apakah...


Norma dah selamat bergelar isteri. Selain tu, banyak perkara yang terjadi. Dengan izin Allah, aku berjaya menjejak teman2 lama yang dah 14 tahun tak jumpa. Satu tempoh yang panjang, seperti bermimpi boleh berhubung semula. Lepas berpindah sewaktu berada di tahun 2, kami terputus hubungan. Sehinggalah kelmarin.


Sejauh mana terpisah, andai telah ditakdirkan, kita tetap bertemu teman~


Masa berlalu, bersamanya kita berubah. Masing2 punya impian. Rindu sungguh aku rindu pada kalian. Ada satu fakta yang aku sendiri sudah terlupa. Seorang teman berkata, masa tahun 1 (darjah 1) dulu aku ni sangat2 suka bercakap (petah?)~


Rupanya begitu...


Sekarang lain dah kot. Apapun, diakui dulu memang zaman penuh kenakalan. Berlari-larian. Macam2lah. Waktu nak pindah tu, rasa sedih sangat. Tapi terubat sebab lepas pindah kawan2 sekelas rajin hantar surat. Klasik btollah, berbalas surat sampailah darjah 5. Lepas tu entah bagaimana kami terputus hubungan. Dan aku tak pernah berhenti berharap untuk bertemu semula =)


Ada yang dah bekerja. Yang perempuan ramai juga yang sudah berkahwin. Ada pulak yang ada anak kembar lagi. Kiranya mereka semua berjaya mengecapi kehidupan yang bermakna. Syukurlah~


p/s: Sekarang masih dalam mode *speechless. Extremely happy of course.