June 20, 2010

bahasa jiwa bangsa

Ada masanya, kita terlanjur kata. Tak kira pada sesiapa, hatta pada insan yang telah melahirkan dan membesarkan kita. Ego bertandang menghalang ucapan maaf. Kadangkala kita langsung tak sedar, perlakuan kita membekas di hati mereka.


Sebagai manusia, kita hidup dalam kelompok keluarga, teman2, serta masyarakat. Untuk itu, mereka harus ada dalam pertimbangan tindakan kita. Bila berbicara, fikirkan juga penerimaan mereka. Dengan bahasa mudah, beradab sopan dalam setiap tutur kata.


Bahasa Jiwa Bangsa.


Sesetengah beranggapan bahawa mesej yang mahu disampaikan lebih penting daripada cara penyampaian. Kalau begitu, kita lihat satu contoh dialog pendek.



Seman: Aku dengar kau masuk hospital. Sakit apa?
Leman: Doktor kata...aku ada barah hati...
Seman: Itulah kau, aku dah kata jangan merokok. Tapi kau degil. Sekarang padan muka.
Kalau kau mati, entah sapa nak jaga anak bini kau.



Kalau anda jadi Leman, apa yang anda rasa?


Fikir-fikirkanlah.


Bahasa Jiwa Bangsa. Bahasa melambangkan siapa kita. Beradab dengan Pencipta, beradab sesama manusia, beradab dengan makhluk ciptaan-Nya~


Akhir kata, Selamat Hari Bapa untuk bapa2 di seluruh dunia. Buat ayah, maaf, maaf, dan maaf dari anakmu yang tak lepas dari salah silap. Sayang ayah sangat-sangat.


No comments: