March 27, 2011

perutusan imtihan


Ma'an najah fil imtihan buat semua sahabat, terutamanya ahli keluarga Diet Gen5. Maaf atas segala salah silap, terlepas kata terguris rasa. Kalianlah penguat semangat, tika langkah makin perlahan. Semoga dikurniakan kejayaan dunia akhirat, serta beroleh kejayaan tertinggi, iaitu redha Allah + syurga. Terus berusaha!

Err, ada 30 semuanya. 27 bunga + 3 kumbang. Tapi, terbang ke mana lagi seekor kumbang ?

tiada harapan selain Allah

Sepatutnya apa yang perlu dibuat sekarang ?

BELAJAR. Sebab nak masuk musim imtihan dah. Tapi rindu pula nak menulis.

Aku perasan, dalam seminggu ni ada biochemical imbalance yang sedang melanda diriku. Asyik rasa nak demam, rasa sakit2, pening2, rasa macam2lah. Kenapa ya? Yang terbaru ni, ibu jari kaki membengkak. Sakitnya Allah je yang tau T.T Merungutkah aku ?

Tipulah, kalau aku kata aku tenang tanpa keluh-kesah. Tapi alhamdulillah, perasaan 'down' dan mengeluh tu terus Allah tegur melalui murobbi yang tersayang. Perbicaraan mengenai tawakkal dengan mendalam membekas ke dasar sanubari hati ini. Terkesima, terus ditegur walhal perasaan keluh kesah itu baru saja melintasi benak perasaan, tidak sempat lagi kukhabarkan pada sesiapa. Masya Allah, Allah ya 'Alim, tiada satu pun yang terlepas dari pengetahuanNya.


Sebagai hamba, kita pasti diuji. Nikmat sihat, sesekali diuji dengan sakit. Nikmat lapang, seringkali diuji dengan kesibukan. Ujian-ujian ini akan menjadi penanda aras, pada iman yang kita ikrarkan. Apakah sangkaan kita terhadap Allah, sejauh mana tawakkal kita pada Allah, sedalam mana rasa harap kita pada pertolongan Allah..tapi fitrah manusia sering lupa! Lupa sekali, berulang berkali-kali, lalu terjatuhlah kita ke lembah kesilapan yang sama.



Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.

(Hadis Hasan Sahih Riwayat Imam Tarmidzi)


Bait-bait hadis ini sungguh bermakna. Tiada harapan selain Allah. Tiada yang dapat memberi manfaat mahupun mudarat tanpa izin Allah.

Ya Rahman, perjuangan ini sungguh getir. Namun kemanisan berjuang dan berukhwah itu lebih indah daripada sakit yang terasa. Alhamdulillah! Manisnya tiada tara..

March 10, 2011

Larut

Allah memberi banyak asbab untuk hambaNya gembira, juga bersedih. Hatta dengan sekecil-kecil asbab, semuanya berlaku dengan izinNya jua. Di saat dan ketika ini, jiwaku mula terusik dengan kerinduan kepada insan2 tersayang yang begitu jauh di mata. Hanyalah sering mendengar suara, lewat panggilan di celahan waktu.

Namun aku bersyukur, kerana masih di jalan ini, terus disibukkan dengan pentarbiyahan diri dan orang lain, membuatkan jiwa ini boleh bertahan seadanya. Aku bersyukur, kesibukan akademik tidak menyebabkan aku disisihkan Allah daripada terus berada dalam jalan perjuangan. Aku bersyukur kerana sering ditegur melalui pelbagai medium, dengan sifat RahimNya, Dia tidak membiarkan aku hanyut. Aku malu, namun teramat bersyukur dengan limpahan kasih sayangNya. Malu lantaran diri yang banyak berdosa, dan dosa2 itu seakan ingin menghempapku dengan segunung rasa bersalah. Allah yang bersifat Rahman dan Rahim masih sudi pula melimpahkan selautan rahmat pada insan hina dina sepertiku. Ya Allah.

Aku berdoa, semoga hati ini tidak bosan dengan bimbingan. Tidak jemu dengan teguran. Kerana fitrahnya manusia memerlukan taujih ruhiyah saban waktu. Tidak haruslah kita merasa cukup dan tidak perlukan tarbiyah. Amal kebaikan lama-kelamaan akan luput dari dalam diri andai tidak terus dibajai dan disuburkan dengan rangkaian majlis2 ilmu, mutaba'ah amal dan sahabat yang soleh/solehah. Adalah kita menjauh dan akhirnya merasa tidak perlu, ataupun dengan beralasan, semua itu Allah yang menghitungnya. Katakan apa sahaja, Allah jua yang akan menimbang taranya...

Malam semakin larut. Hati terus diusik rindu. Lagi dan lagi. Ya Allah, Kau lindungilah keluargaku, rahmatilah mereka, sesungguhnya mereka dalam jagaanMu, di bawah KekuasaanMu..


March 2, 2011

kaca dan retak


Masih retak
Benar, ternyata benar.

hasbunallahu wani'mal wakil..
innalillahi wa inna ilaihi raaji'un, wa ajurni fi musibati, wakhlufni khairan minha..