December 28, 2011

sembunyi

Entri ni tak perlu baca, kerana ianya entri jiwa kacau.


Saat ini hanya satu inginku, duduk di sisi yang paling tersembunyi di rumah Tuhan, berteleku mencari petunjuk. Ya, seketika aku ingin bersembunyi dari hiruk-pikuk, sehingga kutemukan jalan.


Duhai hati, tenanglah.


December 25, 2011

Shopaholic

Shopaholic?

Wanita terkenal dengan sifat yang satu ini. Tapi, aku bukan shopaholic, maka adakah aku bukan wanita? Subjektif.


Tiada kesalahan pun untuk menjadi shopaholic atau pun tidak, persoalannya hanya pada pengurusan masa dan wang. Dan aku sangatlah tidak gembira jika harus perjalananku kosong tanpa tujuan. It is meaningless, isn't it?


Setiap kali keluar dengan cik Epal, perjalanan kami bolehlah disifatkan efektif. Beli apa yang patut, makan, dan pulang. Selesai semuanya dalam 2 jam. Tak perlu berlama-lama di tempat yang menyesakkan. Dan semestinya rutin wajib kami adalah menyegarkan jiwa di kedai buku. Satu-satunya tempat yang tidak menjemukan. Self-reward.


Sedang asyik membelek buku, tersentak atas satu sapaan mengejut.


"Lama tak nampak. Pergi mana?"


Aku menjawab dengan senyum. Angguk. Dan berlalu. Bertalu juga pertanyaannya, yang tidak kujawab atas dasar tiada keperluan. Lebih baik menghindar fitnah. Rupanya ada yang menyedari kekerapanku ke situ.


Manusia melihat, tapi Allah Maha Melihat. Bagaimana pula bagi orang2 yang selalu melangkah ke tempat maksiat? Menyangka tiada yang peduli, tapi Allah senantiasa Mengawasi, tak perlu CCTV. Tidakkan mampu menafikan, mahupun beralasan.


Perkara itu terus berlegar di fikiranku. Ya, muraqobah. Merasa selalui diawasi Allah. Dengan muraqobah, kita akan selalu berusaha meniti jalan taqwa. Berwaspada di setiap ketika, kerana sedar ada yang memerhati. Kita bahkan ingin menjadi orang yang ihsan. Kerana kita tahu ada yang memerhati, dan menilai, diberi dosa atau pahala. Dan semuanya akan ditayangkan semula di Yaumul Akhirah -_-


Tenggelam dalam penafsiran. Kita bahkan bermula dengan shopaholic, tapi berakhir dengan taqwa. Islam itu syumul kan?


Kuakhiri nukilan ini dengan sebuah syair Arab:

سألونى قالوا كيفما هذا الثبات ..وحولنا فتن تهز الراسيات
Mereka bertanya padaku, seraya mengatakan;”Bagaimana mungkin bisa tsabat (tegar )”?
padahal disekeliling kami banyak fitnah yang mengguncangkan gunung-gunung yang kokoh

أليس يغريكى زمان الشهوات.. أليس تشتهى نفسك هذه الحياة
Tidakkah membuatmu terlena dengan zaman yang penuh syahwat?
Bukankah hawa nafsumu menginginkan kehidupan ini?

فأجبتهم والقلب يملؤه اعتزاز..لا تشتهى نفسى لذائذ ناقصات
Maka kujawab mereka sedangkan hati dipenuhi kemuliaan
“hawa nafsuku tidak berhasrat terhadap segala kelezatan yang serba kurang”

لما اشتهيتم اشتهيت مثلكم..لكن اهدافى ستبقى خالدات
Tatkala kalian punya hasrat, akupun punya hasrat seperti kalian
akan tetapi cita-citaku akan terwujud untuk selamanya


أريد قصرا لا يهدده زوال..أريد عيشا ليس يقطعه ممات
Ku berminat memiliki istana yang tidak akan terancam runtuh
ku ingin kehidupan yang tidak akan pernah terputus dengan kematian

أريد زوجا مثل يوسف فى الجمال..وأريد انهارا بقصرى جاريات
Ku berkeinginan mendapatkan suami seperti nabi Yusuf dalam ketampanan
dan ku juga ingin agar sungai-sungai mengalir di bawah istanaku

فعقولنا إن لم تبلغنا الجنان..فحياتنا ليست حياة بل ممات
Maka seandainya akal-akal kami tidak menghantarkan kami ke Syurga
maka hidup kami bukanlah hidup, melainkan mati

فأمامنا قبر تشيب له العقول..وظلامه تخاف منه الظلمات
Sungguh dihadapan kami ada kuburan yang membuat akal cepat tua
dan kegelapannya ditakuti oleh kegelapan-kegelapan yang ada

وبعده حشر ونشر وحساب ..وسوف يخسر من أتى بالسيئات
Adapun setelahnya ada penghimpunan dan penyebaran catatan amal serta perhitungan
dan akan menyesal orang yang datang dengan membawa keburukan-keburukan

وسوف يسأل ربنا عن الخطا.. وسائل عن العيون المبصرات
Lalu Rabb kita akan bertanya seputar langkah-langkah kaki
dan menanyakan tentang seluruh mata yang memandang

وسائل عن اللسان والجنان..وسائل عن كل لحظة بالحياة
Juga bertanya akan prihal lidah dan hati
serta menanyakan pula akan setiap detik waktu dalam kehidupan

فمطالبى فاقت عقول الحائرات ..فلاتلومونى فذا سر الثبات
Oleh karenanya segenap tuntutanku mengungguli akal wanita-wanita yang bingung
lantas, janganlah kalian mencelaku!, lantaran itu adalah rahasia tsabat

نبح الكلاب لكن ما ضر السحاب..هبت رياح والجبال ثابتات
Anjing-anjing menggonggong, namun tidak mengusik awan sama sekali
angin berhembus kencang, tetap saja gunung-gunung itu kokoh

نامت عيون وعيون ساهرات ..باتت تصلى لمجيب الدعوات
Telah terpejam seluruh mata yang tidur, dan ada pula mata yang begadang
mengisi malam dengan shalat menghadap Dzat Yang Maha Mengabulkan permohonan

فتلك همتها جنان خالدات.. وتلك همتها زخرفة العباة

Itulah impiannya, yaitu syurga-syurga yang kekal abadi
sedangkan dia itu, impiannya hanya mempamerkan busana


Sumber: sini

December 23, 2011

Yaumul barakah~

Salam sayyidul ayyam, salam Jumaat penuh barakah. Kukira hari ini merupakan hadiah, selepas berhari-hari melewati fasa kritikal sebagai seorang pelajar. Langit kelihatan lebih biru dari biasa, walaupun hujan. Menamatkan satu cerita, pasti bersambung cerita seterusnya. Mencongak apakah yang bakal terjadi di episod depan...

Merenung masjid UIAM Kuantan dari kejauhan. Alhamdulillah, tidaklah sia-sia penantian 4 tahun ini. Sempat jua bersujud di dalam rumah Allah, yang begitu menenangkan. Terdetik di hati satu hadith menggetarkan.


قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ، الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ، فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى، حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ.

(صحيح البخاري)

Sabda Rasulullah saw : “Tujuh Golongan yg dinaungi Allah dihari kiamat yg tiada tempat berteduh selain yg diizinkan Nya swt, Pemimpin yg Adil, dan pemuda yang taat dengan beribadah pada Tuhannya, dan orang yang hatinya mencintai masjid, dan dua orang yang saling menyayangi karena Allah, bersatu karena Allah dan berpisah karena Allah, dan orang yang diajak berbuat hina oleh wanita cantik dan kaya namun ia berkata : Aku Takut pada Allah, dan orang yang bersedekah secara sembunyi, hinggakan tangan kiri tidak tahu apa yang diberi tangan kanannya, dan orang yangg ketika mengingat Allah dalam sendirian hingga berlinang airmatanya” (Shahih Bukhari)


Menghitung letak duduknya diri. Dimana aku, dimana kita?


Taatkah dalam ibadah? Cintakah pada masjid? Adilkah sebagai pemimpin? Benarkah sayang kerana Allah? Akankah mampu seorang pemuda menolak godaan wanita cantik, dan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah? Ikhlaskah dalam sedekah? Pernahkan menangis kerana ingatkan Tuhan?


.......................................................


Meniti pendakian
Lihatlah hamba mendekatiMu
Mengemis setitis cinta
Menyubur ketandusan jiwa

Rahmatmu seluas langit dan bumi
Tak pernah diragu
Cuma diri terlalu malu
Menghadapmu, tak terpikul dosaku

Bicara rahsia dilantunkan
Dalam hening
Munajat ini tidak semerdu Adawiyah
Tapi penuh harapan
Merdekakan aku dari palsu
Bebaskan segenap hati dari penjara kesempitan
Kepada keluasan rahmat abadi

Tuhan,
Bilamana Kau tidak peduli
Aku bukan lagi aku.



Sutera di taman raudhah.

December 17, 2011

...

Dunia ini sangat menakutkan
Hamba musafir rasa kelelahan
Terlalu banyak dosa di perjalanan
Bagaimana bisaku tebus diri
Harta setinggi langit pun tak bisa
Yang dicinta hanya mampu berhiba
Lantas apa ?

Temani hamba
Jalan ini benar menyakitkan
Pendakian ini tak mampu kusendiri.

Tuhanku
Pujuklah hatiku..

December 10, 2011

Lebih indah daripada bulan


Saat entri ini ditulis, hati sedang menanti penuh sabar proses 'installation' mr.kaspersky yang entah bila nak lengkapnya. Bila dicongak, sudah setahun lebih aku mengambil risiko, membiarkan laptop tanpa anti-virus, setelah tamat previous licence, seingatku tahun 2010. Setahun lebih penuh tawakkal, dengan sikap bertangguh untuk membeli yang baru. Cuma akhir2 ini rasa bimbang itu kadangkala menjengah. Tambahan pula segala benda2 penting tersimpan dalam laptop ini. Hatta rahsia (rahsialah sangat, banyak jurnal dan tesis je) pun tersimpan kemas di sini. Maka terpaksalah, mengorbankan sedikit, demi kebaikan berpanjangan.

Oh ya, malam ni ada gerhana bulan kan? Aku cuma berpeluang melihat langit nan memerah, tapi sang bulan tak pula kelihatan. Sedih2. Tapi bagaimanapun, pahala solat sunat gerhana tak boleh dipersia. Dan ceritera tentang bulan ini benar2 mengingatkan aku pada pesona Sang Kekasih, yang wajahnya digambarkan lebih indah dari sinaran bulan purnama. Masya Allah..

Tatkala Jabir samurah menatap wajah rasulullah di malam terang bulan, dia berkata:
"Aku memandang wajah nabi, lalu melihat ke arah bulan, maka bagiku baginda jauh lebih indah dari bulan yang sedang memancarkan cahaya itu."
(Hadith riwayat At-Tirmidzi)

Bagaimana agaknya ya? Melihatkan si purnama sahaja cukup membuatkan diri ini ralit, terbuai-buai dek kerana terlalu indah. Inikan pula jika lebih daripada itu, maka tidak hairanlah baginda dikasihi makhluk langit dan bumi. Ditambah lagi dengan kemuliaan akhlak Al-Quran. Em, keindahan yang benar-benar sukar diterjemahkan dengan kata-kata, namun mengundang getar sukma. Kekasih Allah, cahaya buat seluruh alam..

Dan begitulah aku, setia menunggu kemunculan bulan saban waktu. Andai ditanya kenapa, mudah saja jawapannya. Ini caraku mencari diriku, sehingga ke dasar yang paling dalam. Ia bukan obsesi kosong, manusia diseru untuk berfikir tentang kebesaran Allah. Ayat2 kauniyyah, yakni mentadabbur ciptaan Allah di langit dan bumi memberi impak yang amat besar, apatah lagi buat insan2 berjiwa sentimental sepertiku :)

Dan sebenarnya diri ini begitu mendamba, bisa melentur akhlak seindah biasan cahaya sang bulan. Mungkinkah? Mungkinkah bisa kita menjadi persis sutera yang lembut, namun mahal dan sukar didapati. Bersinar peribadi bak bulan purnama. Menjadi bidadari bermata jeli. Allahu..itulah nukilan impian setiap wanita dunia, yang berhajat menjadi wanita syurga~


Maka, carilah cara yang tersendiri, untuk jiwa2 kita sentiasa merasai kebesaran Tuhan. Lantaran kita sebagai hamba, hidup ini pasti dipenuhi dengan tugas2 sebagai khalifah dan ibadah sebagai hamba. Carilah masa biarpun sesaat, untuk memandang ke dada langit. Saksikanlah, betapa kecilnya kita berbanding cakerawala ini, apatah lagi di hadapan Rabbul Jalil!