April 20, 2009

Boarding

Aku tengah tunggu nak naik flight ni. Syukur kat LCCT ni line nya sangat mantap!
Dalam tak sabar nak balik bercuti, aku sedikit terkilan. Dukacitanya, aku tak sempat pun nak pergi ke pesta buku. Due to certain circumstances...

So, buku2 yang aku senaraikan hari tu aku tak dapat lagi la...Sedih2, tapi takpe, kat kedai buku boleh je nak beli kan? Tapi aku betul2 nak merasai kemeriahan pesta buku tu sebenarnya.

Bateri tak banyak ni. Nanti2 la aku sambung lagi. Selamat bercuti!

April 18, 2009

Selamat bercuti

Mungkin ini entri terakhir sebelum aku me'nyawang'kan blog. Masa2 cutiku selalunya penuh dengan pelbagai perkara, dan kali ini rasanya tidaklah terkecuali. Makanya, blog kesayanganku ini akan menjadi sawang, buat beberapa ketika =)

Perasan tak? Berlaku sedikit perubahan di teratak kecil ini. Biasa sahaja, lebih ringkas dan mudah. Perasaan gembira selepas menamatkan peperiksaan akhir memberi seribu kesan pada diri. Fikiran sudah tidak kusut, dan tentulah kerana 'excited'nya hendak bercuti dan bersyukur kerana telah berjaya melalui tahun pertama di UIA Kuantan dengan seribu satu pengalaman baru. Aku sedar fasa hidup yang lebih mencabar telah bermula. Iman dan akal, ia harus seiring. Jika tidak kita akan tersungkur, dek penangan ujian Tuhan.

Oh ya, hari ini aku keluar bersama sahabatku, Farhana (madam). Setiap kali hendak bercuti, sudah menjadi rutinku untuk membeli sedikit ole2 untuk keluarga, terutama sekali untuk anak2 buah yang sangat dirindui. Qistina, Qaisara, maksu nak balik dah. Tunggu ye!

Aku dan madam sangat berbeza, maksud aku dari segi cara membeli barang.

Madam:
-teliti
-punya citarasa tinggi (kalau nak soh pilihkan barang ajaklah dia)
-pandai menawar harga
-akan jelajah banyak kedai sebelum membeli (survey harga, etc...)
-prioriti madam ialah barang2 berwarna pink
-madam memang suka window shopping+shopping

Aku:
-kalau dah berkenan aku beli terus
-kurang teliti (sebab malas nak lama2)
-bab2 survey ni ikut mood (selalunya aku beli je apa yang nampak depan mata)
-prioriti aku barang2 yang berwarna hijau
-aku suka makan

Serius, aku nak jugak jadi macam madam. Barulah tepat dengan sifat kewanitaan dan kesurirumahtanggaan. Teliti dan pandai memilih...Tapi nak buat macam mana, aku memang macam ni. Koboi semacam. Dalam koboi2 ni, aku sebenarnya lebih senang spend masa kat kedai buku atau kedai yang ada banyak kucing. Jadi bolehla aku main2 dengan diorang.

Perbezaan watak bukanlah penghalang untuk kita memupuk ukhuwah yang indah. Dengan sifat2 yang dimiliki, kita akan saling mewarnai kehidupan sahabat kita. Dengan itu, aku mahu akhiri entri ini dengan ucapan jutaan terima kasih buat sahabat2 yang telah mewarnai kehidupanku dengan warna2 ceria nan indah.

Akhir sekali, buat teman se'GD' ku, syukran jiddan! Perkongsian ilmu dari kalian amat banyak membantuku dalam menjawab soalan2 peperiksaan. Sama2 kita ciptakan kejayaan yang lebih gemilang pada tahun kedua kita di sini!


April 16, 2009

Manusia dan Pencipta

Aku jatuh hati pada majalah solusi. Bagi siapa yang pernah membaca, tentu maklum dengan gaya penulisan yang berkualiti dan menyentuh hati. Dalam dakwah, aspek menyentuh hati dan mengikat hati mad'u adalah elemen yang sangat penting, apalagi dalam dunia yang serba-serbinya mahukan logik dalam setiap perlaksanaan hal.

"Konon solat 5 waktu. Tapi perangai hampeh."
"Yang penting hati baik. Kalau solat tapi mencuri apa guna?"
"Ceramah2 tu semuanya teori semata. Praktikalnya belum tahu lagi. Agama bukannya dapat membuat kita kaya. Cakap je pandai. Habuk pun tarak."

Pernah mendengar rungutan seperti ini?
Aku pernah mendengarnya, namun hatiku tambah sedih bila diri tidak mampu untuk berbuat sesuatu. Kurang yakin akan hujahku. Aku kenal benar dengan yang berbicara. Segala tuntutan mahu yang praktikal sahaja. Al-Quran dan Sunnah itu teori lapok yang belum tentu dapat dibuktikan. Tambah rumit lagi dia lebih tua dariku.

"Solat itu wajib atas setiap muslim. Solat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Mungkin ada sesuatu yang kurang dari aspek solatnya." Selalunya inilah jawapan kita.
"Ahh, kau tu baru setahun jagung, usah hendak berlagak pandai mengajar aku. dalam hidup ini hanya orang yang banyak pengalaman yang akan survive. Apa pulak kaitannya solat dengan kehidupan?"

Si pembicara berkata baran. Aku mahu membalas, tapi melihatkan amarahnya yang akan meletus hatta dengan sepatah kata dariku lagi, aku mengambil keputusan untuk berdiam diri.

Sekularism?
Positivism?
Modernism?

Aku menemukan jawapan setelah membaca satu artikel. Kenapa ramai yang menolak tuntutan untuk solat? Kerana kita tidak terasa perlukan Allah dalam kehidupan. Hidup sudah serba senang. Kalau mahu berjaya bekerjalah bersungguh-sungguh, apa relevannya solat dan berdoa?
Kita sudah tidak terasa kekerdilan diri, sebaliknya merasakan diri ataupun makhluk lain lebih besar dan hebat. Jadi, pergantungan, pengharapan, dan kekaguman bukan kepada Allah, tetapi kepada 'tuhan-tuhan' lain selain-Nya.

Apa perlunya solat kepada orang yang merasa diri serba ada?
Lebih tepat lagi, tidak terasa perlukan Allah dalam kehidupan. Tidak terasa hidup bertuhan. Hanya percaya pada upaya diri, lantas segala kejayaan serta kemewahan yang dimiliki hanya atas dasar kerja kerasnya semata-mata.

"Tidakkah engkau perhatikan gelagat orang yang bertuhankan hawa nafsu dirinya sendiri? Dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"
Al-A'raf:179

Memetik kata Ustaz Hasrizal,
"Diberi akal, mata dan telinga untuk melihat dengan hati...tetapi kesibukan duniawi menjadikan manusia lupa siapa dirinya dan siapa Dia"

Sama2lah kita fikirkan hakikat kejadian diri dalam memahami persoalan perlukah kita kepada Pencipta kita...

April 15, 2009

Jom ke pesta buku


Tak sabar rasanya hendak ke pesta buku!
Moga dipermudahkan perjalananku untuk singgah ke sana, sebelum kembali ke bumi kenyalang...

Sudah terbayang-bayang buku yang mahu dicari:
-aku terima nikahnya 2 (sambungan)
-kisah pengembaraan ibnu battuta (dah lama aku nak beli)
-aku rindu bau pohon tin (buku baru ustaz hasrizal)
-dilema melayu-islam (ustaz pahrol mohd juoi)
-gerakan freemasonry (tak ingat siapa penulisnya)

Tamaknya aku. Tapi memang dah lama berhajat. Lagi2 buku pengembaraan ibnu battuta tu. Bukunya tebal dan harganya agak mahal. Jadi sebelum ni aku skip dulu dan membeli buku lain. Harap2 ada diskaunlah masa pesta buku tu nanti.

Jumpa di sana!

April 12, 2009

Tamat di sini

Mungkin inilah masanya
Aku harus berhenti menunggu
Bukan berputus harap
Cuma diri terlalu penat
Harapan dan penantian
Biar kutamatkan di sini

April 10, 2009

Siapakah?

Aku tak sanggup melihat nota2 biochem itu.

Kecoh mahallah maimunah dengan kes2 kecurian. Apa sudah jadi? Entah siapalah dalang di sebalik semua ini. Agak terbeban bila harus sentiasa mengunci pintu bilik, hatta hendak ke bilik mandi. Apapun, beringat sebelum kena. Semoga insan yang bertanggungjawab itu diberi hidayah, sudah berapa ramai orang yang mendapat susah dari perbuatannya itu. Aku salah seorang mangsa. Sekurang-kurangnya aku sudah mendapatkan nombor hp ku semula.

Aku bertemu bulan setelah lama menunggu. Malam2 yang sungguh indah. Melihat ke langit dan mensyukuri nikmat keindahan. Bulan itu menemaniku dan menerangi hatiku. Membuat hati tersenyum~

April 8, 2009

Kehilangan

Bercakap tentang sabar...
Inilah saat2 yang menguji sejauh mana kesabaranku. Selalu sahaja aku memujuk sahabatku untuk bersabar dan yakin akan hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap musibah yang menimpa. Dan hari ini, aku diuji dengan suatu hal.

Hp ku hilang!

Siapakah yang mengambilnya? Aku pun tak tahu. Hilang di bilik sendiri, aku masih tidak dapat menerima hakikat itu. Terkilan.

Aku sayangkan hp itu yang kubeli dengan duit sendiri. Dan nombor itu, aku tak dapat berhenti dari memikirkan segala kemungkinan. Pasti ayah rasa hairan mengapa anaknya tidak dapat dihubungi. Hm, puas memujuk hati untuk bersabar...

Duhai hati, jangan sedih sangat. Allah baru ambil sikit tu. Kita hanya hamba, kita tak punya apa2. Semua yang ada hanya pinjaman semata. Bila Dia ambil hak Dia semula, kita mesti terima dengan redha.

Pasti ada hikmahnya~

April 6, 2009

Bila harus memilih


Sebenarnya aku tak berniat pun nak update blog pada masa2 ini. Tapi aku tengah tensi. Dan jalan yang terbaik untuk mengurangkan ketensian ini adalah dengan menulis. Aku suka menulis walaupun hanya sekadar mengarut dan merepek. Aku tak akan mengulas isu politik sebab aku tak cukup ilmu nak membahas hal sebegitu. Bukanlah aku tidak pedulisma. Kita wajib untuk ambil tahu dan ambil peduli. Cuma aku tidak mahu bercakap tentang sesuatu yang aku sendiri kurang pasti.

Jadi aku cuma mahu bicara tentang realiti kehidupan. Aku selalu bertanya pada diri.

"Betulkah apa yang aku buat ni?"

Bila diteliti semula, aku selalu dihadapkan dengan 2 pilihan. Adakalanya mudah, adakalanya sukar sekali untuk membuat keputusan. Dan kadangkala pilihan yang ada memaksa kita untuk bertindak sewajarnya, walaupun pada akhirnya ada hati yang akan terluka. Setiap insan diberi kesempatan untuk memilih jalan hidup yang difikirkan baik. Ada 2 persimpangan, pilihlah dengan iman dan akal yang celik. Ada jalan yang mudah namun berakhir dengan sia-sia. Ada jalan yang penuh berliku, namun diakhirnya akan bertemu kemenangan dan kejayaan. Ramai yang memilih untuk melalui jalan yang mudah, kerana jalan itu tentunya lapang dan tidak menyakitkan. Ada juga yang rela melalui jerih-perih di jalan berliku, jatuh namun bangun kembali, dengan azam untuk sampai ke daerah kejayaan. Pilihan terletak di tangan kita. Sandarkan sepenuh pengharapan pada Rabbul Jalil, dan berusahalah semampumu dalam apa jua pilihan yang diambil.

Dalam banyak situasi, aku sering memilih untuk mendiamkan diri. Aku lebih senang menyimpan segalanya sendiri. Seorang teman pernah berkata, aku ini sangat sukar untuk diteka dan diramal, penuh rahsia, dan juga tidak pernah marah. Oh, aku juga manusia, marah itu tentunya ada. Cuma bukan afalku untuk marah2 dan melepaskan kemarahan pada orang lain. Aku punya cara tersendiri untuk meredakan emosi. Perahsia? Terpulanglah pada yang menilai...

Tapi bila kita terlalu berahsia, pasti ada pihak yang akan tersalah anggap tentang tindakan2 yang kita ambil. Susah kan? Sebenarnya aku ingin ada yang mengerti, tapi sungguh aku tidak tahu bagaimana caranya hendak menzahirkan apa yang terbuku di dalam hati. Atas segala tindakan yang kuambil, aku punya sebab2 yang sangat sukar untuk dijelaskan. Akhirnya aku membiarkan sahaja segala tanggapan dan nilaian mereka terhadapku. Biarlah. Telah aku katakan, dalam hidup ini kita akan berhadapan dengan banyak pilihan yang sukar. Mahu atau tidak, kita harus menghadapi segala risiko atas setiap pilihan yang diambil.

Innallaha ma'ana.

Aku yakin itu. Atas segala yang terjadi, aku yakin Dia lebih mengetahui dari diriku sendiri. Dan aku berdoa semoga pilihan2 yang pernah kulakukan dalam hidup ini tidak mendapat kemurkaan-Nya...