Mungkin ini entri terakhir sebelum aku me'nyawang'kan blog. Masa2 cutiku selalunya penuh dengan pelbagai perkara, dan kali ini rasanya tidaklah terkecuali. Makanya, blog kesayanganku ini akan menjadi sawang, buat beberapa ketika =)
Perasan tak? Berlaku sedikit perubahan di teratak kecil ini. Biasa sahaja, lebih ringkas dan mudah. Perasaan gembira selepas menamatkan peperiksaan akhir memberi seribu kesan pada diri. Fikiran sudah tidak kusut, dan tentulah kerana 'excited'nya hendak bercuti dan bersyukur kerana telah berjaya melalui tahun pertama di UIA Kuantan dengan seribu satu pengalaman baru. Aku sedar fasa hidup yang lebih mencabar telah bermula. Iman dan akal, ia harus seiring. Jika tidak kita akan tersungkur, dek penangan ujian Tuhan.
Oh ya, hari ini aku keluar bersama sahabatku, Farhana (madam). Setiap kali hendak bercuti, sudah menjadi rutinku untuk membeli sedikit ole2 untuk keluarga, terutama sekali untuk anak2 buah yang sangat dirindui. Qistina, Qaisara, maksu nak balik dah. Tunggu ye!
Aku dan madam sangat berbeza, maksud aku dari segi cara membeli barang.
Madam:
-teliti
-punya citarasa tinggi (kalau nak soh pilihkan barang ajaklah dia)
-pandai menawar harga
-akan jelajah banyak kedai sebelum membeli (survey harga, etc...)
-prioriti madam ialah barang2 berwarna pink
-madam memang suka window shopping+shopping
Aku:
-kalau dah berkenan aku beli terus
-kurang teliti (sebab malas nak lama2)
-bab2 survey ni ikut mood (selalunya aku beli je apa yang nampak depan mata)
-prioriti aku barang2 yang berwarna hijau
-aku suka makan
Serius, aku nak jugak jadi macam madam. Barulah tepat dengan sifat kewanitaan dan kesurirumahtanggaan. Teliti dan pandai memilih...Tapi nak buat macam mana, aku memang macam ni. Koboi semacam. Dalam koboi2 ni, aku sebenarnya lebih senang spend masa kat kedai buku atau kedai yang ada banyak kucing. Jadi bolehla aku main2 dengan diorang.
Perbezaan watak bukanlah penghalang untuk kita memupuk ukhuwah yang indah. Dengan sifat2 yang dimiliki, kita akan saling mewarnai kehidupan sahabat kita. Dengan itu, aku mahu akhiri entri ini dengan ucapan jutaan terima kasih buat sahabat2 yang telah mewarnai kehidupanku dengan warna2 ceria nan indah.
Akhir sekali, buat teman se'GD' ku, syukran jiddan! Perkongsian ilmu dari kalian amat banyak membantuku dalam menjawab soalan2 peperiksaan. Sama2 kita ciptakan kejayaan yang lebih gemilang pada tahun kedua kita di sini!
April 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment