April 16, 2009

Manusia dan Pencipta

Aku jatuh hati pada majalah solusi. Bagi siapa yang pernah membaca, tentu maklum dengan gaya penulisan yang berkualiti dan menyentuh hati. Dalam dakwah, aspek menyentuh hati dan mengikat hati mad'u adalah elemen yang sangat penting, apalagi dalam dunia yang serba-serbinya mahukan logik dalam setiap perlaksanaan hal.

"Konon solat 5 waktu. Tapi perangai hampeh."
"Yang penting hati baik. Kalau solat tapi mencuri apa guna?"
"Ceramah2 tu semuanya teori semata. Praktikalnya belum tahu lagi. Agama bukannya dapat membuat kita kaya. Cakap je pandai. Habuk pun tarak."

Pernah mendengar rungutan seperti ini?
Aku pernah mendengarnya, namun hatiku tambah sedih bila diri tidak mampu untuk berbuat sesuatu. Kurang yakin akan hujahku. Aku kenal benar dengan yang berbicara. Segala tuntutan mahu yang praktikal sahaja. Al-Quran dan Sunnah itu teori lapok yang belum tentu dapat dibuktikan. Tambah rumit lagi dia lebih tua dariku.

"Solat itu wajib atas setiap muslim. Solat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Mungkin ada sesuatu yang kurang dari aspek solatnya." Selalunya inilah jawapan kita.
"Ahh, kau tu baru setahun jagung, usah hendak berlagak pandai mengajar aku. dalam hidup ini hanya orang yang banyak pengalaman yang akan survive. Apa pulak kaitannya solat dengan kehidupan?"

Si pembicara berkata baran. Aku mahu membalas, tapi melihatkan amarahnya yang akan meletus hatta dengan sepatah kata dariku lagi, aku mengambil keputusan untuk berdiam diri.

Sekularism?
Positivism?
Modernism?

Aku menemukan jawapan setelah membaca satu artikel. Kenapa ramai yang menolak tuntutan untuk solat? Kerana kita tidak terasa perlukan Allah dalam kehidupan. Hidup sudah serba senang. Kalau mahu berjaya bekerjalah bersungguh-sungguh, apa relevannya solat dan berdoa?
Kita sudah tidak terasa kekerdilan diri, sebaliknya merasakan diri ataupun makhluk lain lebih besar dan hebat. Jadi, pergantungan, pengharapan, dan kekaguman bukan kepada Allah, tetapi kepada 'tuhan-tuhan' lain selain-Nya.

Apa perlunya solat kepada orang yang merasa diri serba ada?
Lebih tepat lagi, tidak terasa perlukan Allah dalam kehidupan. Tidak terasa hidup bertuhan. Hanya percaya pada upaya diri, lantas segala kejayaan serta kemewahan yang dimiliki hanya atas dasar kerja kerasnya semata-mata.

"Tidakkah engkau perhatikan gelagat orang yang bertuhankan hawa nafsu dirinya sendiri? Dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"
Al-A'raf:179

Memetik kata Ustaz Hasrizal,
"Diberi akal, mata dan telinga untuk melihat dengan hati...tetapi kesibukan duniawi menjadikan manusia lupa siapa dirinya dan siapa Dia"

Sama2lah kita fikirkan hakikat kejadian diri dalam memahami persoalan perlukah kita kepada Pencipta kita...

No comments: