April 6, 2009

Bila harus memilih


Sebenarnya aku tak berniat pun nak update blog pada masa2 ini. Tapi aku tengah tensi. Dan jalan yang terbaik untuk mengurangkan ketensian ini adalah dengan menulis. Aku suka menulis walaupun hanya sekadar mengarut dan merepek. Aku tak akan mengulas isu politik sebab aku tak cukup ilmu nak membahas hal sebegitu. Bukanlah aku tidak pedulisma. Kita wajib untuk ambil tahu dan ambil peduli. Cuma aku tidak mahu bercakap tentang sesuatu yang aku sendiri kurang pasti.

Jadi aku cuma mahu bicara tentang realiti kehidupan. Aku selalu bertanya pada diri.

"Betulkah apa yang aku buat ni?"

Bila diteliti semula, aku selalu dihadapkan dengan 2 pilihan. Adakalanya mudah, adakalanya sukar sekali untuk membuat keputusan. Dan kadangkala pilihan yang ada memaksa kita untuk bertindak sewajarnya, walaupun pada akhirnya ada hati yang akan terluka. Setiap insan diberi kesempatan untuk memilih jalan hidup yang difikirkan baik. Ada 2 persimpangan, pilihlah dengan iman dan akal yang celik. Ada jalan yang mudah namun berakhir dengan sia-sia. Ada jalan yang penuh berliku, namun diakhirnya akan bertemu kemenangan dan kejayaan. Ramai yang memilih untuk melalui jalan yang mudah, kerana jalan itu tentunya lapang dan tidak menyakitkan. Ada juga yang rela melalui jerih-perih di jalan berliku, jatuh namun bangun kembali, dengan azam untuk sampai ke daerah kejayaan. Pilihan terletak di tangan kita. Sandarkan sepenuh pengharapan pada Rabbul Jalil, dan berusahalah semampumu dalam apa jua pilihan yang diambil.

Dalam banyak situasi, aku sering memilih untuk mendiamkan diri. Aku lebih senang menyimpan segalanya sendiri. Seorang teman pernah berkata, aku ini sangat sukar untuk diteka dan diramal, penuh rahsia, dan juga tidak pernah marah. Oh, aku juga manusia, marah itu tentunya ada. Cuma bukan afalku untuk marah2 dan melepaskan kemarahan pada orang lain. Aku punya cara tersendiri untuk meredakan emosi. Perahsia? Terpulanglah pada yang menilai...

Tapi bila kita terlalu berahsia, pasti ada pihak yang akan tersalah anggap tentang tindakan2 yang kita ambil. Susah kan? Sebenarnya aku ingin ada yang mengerti, tapi sungguh aku tidak tahu bagaimana caranya hendak menzahirkan apa yang terbuku di dalam hati. Atas segala tindakan yang kuambil, aku punya sebab2 yang sangat sukar untuk dijelaskan. Akhirnya aku membiarkan sahaja segala tanggapan dan nilaian mereka terhadapku. Biarlah. Telah aku katakan, dalam hidup ini kita akan berhadapan dengan banyak pilihan yang sukar. Mahu atau tidak, kita harus menghadapi segala risiko atas setiap pilihan yang diambil.

Innallaha ma'ana.

Aku yakin itu. Atas segala yang terjadi, aku yakin Dia lebih mengetahui dari diriku sendiri. Dan aku berdoa semoga pilihan2 yang pernah kulakukan dalam hidup ini tidak mendapat kemurkaan-Nya...

No comments: