May 30, 2010

city like no others


Sekarang ni asyik makan je. Agaknya bila kat rumah, selera pun bertambah-tambah. Musim kawin gak sekarang ni. Banyak betul jemputan, tapi tak dapatlah nak pergi semua. Pegi kenduri je, rasa nak kawin gak (berangan). Lagi seminggu, Norma pula bakal bergelar isteri...


Seorang teman pernah bertanya, pendapat peribadi aku tentang Kelantan (Kelate). Tidak dinafikan, rata2 orang yang aku jumpai terlalu sinis menggambarkan negeri tersebut. Kenapa ya?


Bagi aku, tak kenal maka tak cinta.


Tak perlu mengulas panjang. Pergi dahulu, lihat sendiri, rasai sendiri, nikmati sendiri. Jangan hanya mendengar cakap2 orang atau sekadar melalui media, lalu terus memberi justifikasi sendiri. Usah berkata tentang sesuatu yang kita sendiri tak pasti.


Mari aku perkenalkan bandar kuching pula.


Kuching, city like no others


Bukan promosi ke apa, sekadar perkongsian membuka minda. Bila datang, tak mahu pulang. Tak tipu. Buktinya, ramai sangat penduduk di sini yang bukan sarawakians. Kuching adalah ibu negeri Sarawak. Bandarnya sangat luas, sepertinya berada di bandar JB, tapi taklah macam KL. Perbezaannya, jalan di sini lebih tenang. Kadar kemalangan tidak seteruk di tempat lain. Dan memang tak cukup seminggu untuk explore.


Jom tengok gambar.



Cantik kan?




Kat bawah ni Boulevard. 10 minit je dari rumah. Maka kami adik beradik selalulah menziarahinya =)



Yang kat bawah ni pun kami ziarah kalau rajin. Tak jauh pun.




Ni pemandangan kat Waterfront. Famous bagi pelancong. Suka bangat jalan2 tenangkan fikiran kat sini.





Ni India Street. Sentiasa meriah sebab banyak barang dijual dan boleh dapat dengan harga murah =)





(^_^)y




Tak tertunjuk gamba kat sini. Banyak lagi kawasan yang menarik. Berbeza agaknya dari apa yang didengar?


p/s: Jangan tengok je. Datanglah =)


May 29, 2010

Hadiah cinta

Bukan mudah, jika apa yang mahu kau lafazkan bakal mengguris hati insan lain. Walaupun itu hakikat yang perlu diketahui, tegakah kalian membuat insan yang disayangi menangis?


Untuk itu, usah asyik bertanya tentang sesuatu yang kita tidak pernah cuba memahaminya sendiri. Malas berfikir itu adalah penyakit yang amat berbahaya. Terbayang-bayang mutiara yang dititip ustaz Hasrizal melalui penulisannya.


Bertanya dan bertanya lagi. Pertanyaan itu hanya akan menyeksa hati insan yang menyimpan jawapannya. Andai dia berdiam diri, hormatilah dan berfikirlah. Mungkin kita tidak perlu terlalu mencari siapakah yang bersalah, cukuplah jika kita berusaha memperbaiki kepincangan yang terwujud tanpa sedar.


Insan yang ditanyakan itu mungkin juga telah terlalu luka jiwanya, sehingga tidak mampu menutur kata. Andai mata hatimu bisa menembusi maya, mungkinkah terlihatkan segala nestapa yang beraja?


Ukhuwah bukan hanya untuk ditutur dan ditulis pengertiannya.


Ia hadiah dari Pemilik Segala Cinta, yang mencipta cinta menghiasi dunia.


Cinta kepada Allah
Cinta kepada Rasulullah
Cinta kepada ibubapa
Cinta kepada ummah
Cinta kepada kecemerlangan


Mari kita membina persahabatan akidah, yang di akhirnya menuju redha Allah. Dan hargai setiap orang yang menyayangi, usah datang dan pergi sesuka hati, atas sesuatu kepentingan. Sahabat juga punya jiwa.


p/s: Kembara mencari cinta



May 23, 2010

Maha Melihat

Maha Melihat- Opick feat Amanda

Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya

*Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata


p/s: Menusuk kalbu T_T..

May 22, 2010

Lilin membakar diri



Lilin yang membakar diri, demi menerangi kegelapan...


Mungkin setiap dari kita cuba menjadi lilin untuk insan lain


Terserah..


Aku juga pernah


Jujurnya, bukan mudah menjadi lilin


Panas dan mencair


Ia menyakitkan.



p/s: Jadilah pelita yang menerangi tanpa membakar diri

May 20, 2010

Hari ibu, hari guru

Hari Ibu..Hari Guru..hangat sambutannya di seluruh negara. Dua insan bermakna yang telah banyak berjasa dalam hidup kita. Dua insan yang menjadikan aku manusia yang benar2 manusia. Bukan manusia jadian, atau serigala jadian yang sebenarnya manusia.


Ibu..guru..


Dan aku memanggil ibu sebagai mak. Dia sumber kekuatanku untuk terus tabah sebagai pemburu ilmu. Bukan mudah sendirian di rantau orang. Ia menagih segunung pengorbanan hati dan perasaan. Selalu berusaha untuk melakukan yang terbaik, itu janjiku pada diri. Kerinduan yang selalu hadir terubati dengan kesibukan dan kehadiran sahabat2 tersayang.


Pernah sekali aku mengguris hati mak. Ini yang kusedari. Yang tidak kusedari barangkali terlalu kerap. Masih segar di ingatan, pada waktu itu aku masih bersekolah dalam darjah 3. Aku, mak, dan kakak sedang berbual di dapur tentang suatu isu. Entah bagaimana, kata-kataku menyinggung perasaan mak. Memang salahku.


Setelah itu, jiwa ini rasa ingin menangis. Syurga di bawah tapak kaki mak, tapi mak sedang berjauh hati. Sedihnya...


Dengan takut2, aku pergi ke arah mak. Peluk dari belakang, dan mintak maaf sungguh-sungguh. Huu, hati mak dah sejuk. Sejak tu, seboleh mungkin aku menjaga tutur kataku. Kadangkala, kita nak menangkan pendapat kita je, sehingga terlupa ada hati yang harus dijaga.


Pernah diri ini rasa sangat down. Masa tu kat kampus uia. Sangat2 down, sampai aku rasa tak mampu nak melangkah. Malam tu, Allah pertemukan aku dan mak dalam mimpi. Mak hanya tersenyum tanpa sepatah kata. Dia memberi pelukan hangat. Keadaan itu berlangsung agak lama. Aku melepaskan segalanya dalam pelukan mak. Akhirnya aku tersedar dari tidur. Kehangatan pelukan mak masih terasa. Subhanallah, jiwaku pulih dan bangkit bersemangat. Terima kasih Kekasihku, Kaulah Pemilik Cinta yang memberi aku cinta seorang insan mulia seperti mak.


Nak cerita kisah cikgu pula. Tak tahu nak bermula bagaimana. Cikgu yang banyak memberi kesan dalam hidupku adalah cikgu Rakeah (tak pasti betul ke tak namanya). Dia suka memanggilku dengan nama doraemon. Masa tu sekolah rendah lagi. Walaupun macam tu, kepercayaan yang Cikgu Rakeah berikan padaku merupakan titik tolak untuk aku menjadi aku. Amanah demi amanah yang diberi membuatkan aku tambah bersemangat untuk mencapai kecemerlangan.


Terima kasih cikgu...


Cikgu Saodah, Cikgu Peter, Cikgu Haini, Cikgu Nurmuhaiyun, Cikgu Nasarudin, Ustazah Syarifah, Ustaz Faizul...dan semua cikgu2 yang terlalu banyak nak disebutkan, jasa kalian akan kukenang hingga akhir hayat. Semoga kalian terus tegar mendidik anak bangsa pewaris perjuangan kita semua. Hanya doa yang mampu kutitip buat peneman jalan juang cikgu semua. Tanpa kalian, entah siapalah aku sekarang. Mungkin saja aku menjadi remaja yang hilang arah tujuan...


Selamat hari Ibu


Selamat Hari Guru


Bagiku setiap hari adalah hari ibu dan guru =)

May 7, 2010

Kerlipan cinta

Kerlipan cinta-Rabbani

Hidayah…
Kerlipan cipta Cintaku
Harum rembulan mawar
Dingin dihakis cita keseorangan

Aku…
Masih menghitung diri
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Padamu Kasih
satukan aku
dengan rahmat-Mu
dengan Kalimah

Malam siangku
berliku liku
duri dugaan
siratan
Cinta

Biar di jemala mentari
dan di bahu gunung berapi
Pasrahku abadi untuk-Mu
untuk-Mu…

Ku… kembara setia disisi-Nya
Ku… inginkan bahagia abadi
Ku… impikan sentosa naungan-Nya

selamanya…


-Aku rindu pada-Mu...-

May 4, 2010

macam-macam ada

Bila tengok kat tv, macam2 cerita ada. Yang mistik, cintan-cintun, pembunuhan, rempit, dan macam-macam lagi. Tak hairanlah kalau ada yang jadi tv mania. 24 jam mengadap tv.


Perasan atau tidak, terlalu banyak anasir2 negatif yang cuba dihidangkan kepada masyarakat. Lihatlah iklan syampu dengan rambut mengurai selembut sutera, padahal rambut adalah aurat bagi wanita. Lihat juga wanita yang masing2 mempamerkan kecantikan diri, dan kebanyakan mereka menjadi pujaan dan ikutan masyarakat. Tontonlah cerita cinta yang meletakkan cinta lebih di atas segalanya. Cinta yang mengundang murkaNya. Cinta manusiawi yang meletakkan Dia di tempat terakhir dalam perhitungan tindakan kita. Belum lagi cerita2 yang penuh dengan khurafat yang menanamkan rasa takut kepada HANTU lebih daripada rasa takut kepada TUHAN.


Apakah semua ini?


Anak2 kecil saban hari mempelajari sesuatu daripada apa yang mereka lihat. Jadi apalah yang hendak dihairankan andai gejala sosial semakin membarah walau seribu satu kempen diadakan. Apa yang hendak dipelikkan andai kes buang anak makin menjadi-jadi. Apa yang hendak dipersoalkan bila manusia hilang kemanusiaan.


Semua itu kita pelajari setiap hari di kaca tv.


Salah siapa?


Maaf, entri ini ditulis bukanlah untuk mempersalahkan mana2 pihak. Sekadar sesuatu untuk difikirkan. Andai suatu masa aku menjadi seorang ibu, bagaimanakah untuk aku melindungi anak2ku dari anasir2 negatif ini?


Mampukah aku?