May 29, 2010

Hadiah cinta

Bukan mudah, jika apa yang mahu kau lafazkan bakal mengguris hati insan lain. Walaupun itu hakikat yang perlu diketahui, tegakah kalian membuat insan yang disayangi menangis?


Untuk itu, usah asyik bertanya tentang sesuatu yang kita tidak pernah cuba memahaminya sendiri. Malas berfikir itu adalah penyakit yang amat berbahaya. Terbayang-bayang mutiara yang dititip ustaz Hasrizal melalui penulisannya.


Bertanya dan bertanya lagi. Pertanyaan itu hanya akan menyeksa hati insan yang menyimpan jawapannya. Andai dia berdiam diri, hormatilah dan berfikirlah. Mungkin kita tidak perlu terlalu mencari siapakah yang bersalah, cukuplah jika kita berusaha memperbaiki kepincangan yang terwujud tanpa sedar.


Insan yang ditanyakan itu mungkin juga telah terlalu luka jiwanya, sehingga tidak mampu menutur kata. Andai mata hatimu bisa menembusi maya, mungkinkah terlihatkan segala nestapa yang beraja?


Ukhuwah bukan hanya untuk ditutur dan ditulis pengertiannya.


Ia hadiah dari Pemilik Segala Cinta, yang mencipta cinta menghiasi dunia.


Cinta kepada Allah
Cinta kepada Rasulullah
Cinta kepada ibubapa
Cinta kepada ummah
Cinta kepada kecemerlangan


Mari kita membina persahabatan akidah, yang di akhirnya menuju redha Allah. Dan hargai setiap orang yang menyayangi, usah datang dan pergi sesuka hati, atas sesuatu kepentingan. Sahabat juga punya jiwa.


p/s: Kembara mencari cinta



No comments: