May 4, 2010

macam-macam ada

Bila tengok kat tv, macam2 cerita ada. Yang mistik, cintan-cintun, pembunuhan, rempit, dan macam-macam lagi. Tak hairanlah kalau ada yang jadi tv mania. 24 jam mengadap tv.


Perasan atau tidak, terlalu banyak anasir2 negatif yang cuba dihidangkan kepada masyarakat. Lihatlah iklan syampu dengan rambut mengurai selembut sutera, padahal rambut adalah aurat bagi wanita. Lihat juga wanita yang masing2 mempamerkan kecantikan diri, dan kebanyakan mereka menjadi pujaan dan ikutan masyarakat. Tontonlah cerita cinta yang meletakkan cinta lebih di atas segalanya. Cinta yang mengundang murkaNya. Cinta manusiawi yang meletakkan Dia di tempat terakhir dalam perhitungan tindakan kita. Belum lagi cerita2 yang penuh dengan khurafat yang menanamkan rasa takut kepada HANTU lebih daripada rasa takut kepada TUHAN.


Apakah semua ini?


Anak2 kecil saban hari mempelajari sesuatu daripada apa yang mereka lihat. Jadi apalah yang hendak dihairankan andai gejala sosial semakin membarah walau seribu satu kempen diadakan. Apa yang hendak dipelikkan andai kes buang anak makin menjadi-jadi. Apa yang hendak dipersoalkan bila manusia hilang kemanusiaan.


Semua itu kita pelajari setiap hari di kaca tv.


Salah siapa?


Maaf, entri ini ditulis bukanlah untuk mempersalahkan mana2 pihak. Sekadar sesuatu untuk difikirkan. Andai suatu masa aku menjadi seorang ibu, bagaimanakah untuk aku melindungi anak2ku dari anasir2 negatif ini?


Mampukah aku?




1 comment:

iNtuisiiNsurgeNsi said...

itulah salah satu 'senjata' yahudi laknatullah yg digunakan utk menyerang pemikiran umat Islam masa kini..tp yg sedihnye rmai di klgn umat islam kita masih belum menyedarinya..huhu