June 27, 2012

Pre-departure

Kejap lagi kami akan bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Kemudian aku pula akan meneruskan perjalanan pulang ke bumi Kenyalang (sorang-sorang, -_-). Ah, sudah kelihatan senyum awan-awan kapas. Pagi ini sarapan ringkas dengan rotiboy, selepas penat packing fasa akhir.

I hate packing.

Dari zaman sekolah dulu aku lebih suka memilih untuk packing pada saat akhir. Let say, malam sebelum pulang? Barulah best perasaan nak balik kampung kan? Ke tak? Dah berapa ratus kali aku dileter sebab suka lambatkan packing. Hehe.

Oh ya, tadi semasa kalut bukak tutup beg, aku terjumpa sesuatu yang sungguh nostalgia. Nota-nota  kecil yang kutulis semasa hari-hari awal di bumi matrikulasi. Nota yang memberi semangat, di awal-awal masa meniti jalan dakwah. Back then, i used to be very courageous and brave. Garang jugak (yelah kot).

Terjumpa jugak khat bertulis namaku, yang dibuat khas oleh seorang teman dari mersing satu ketika dulu. Usianya menjangkau 7 tahun, sebab khat itu dibuat pada 2005. Dan banyak juga lagi khazanah lama yang terjumpa di fasa akhir packing ni. Ralit dan senyum sendirian dibuatnya.

Dekat rumah di Borneo nun, buku-buku, baju, barang-barang masa yang pernah kugunakan sejak darjah 1 masih disimpan dengan baik. Sayanglah nak buang. Sentimental value kan. Penting supaya kita sentiasa ingat siapa kita yang dulu, ingat pada pengorbanan orang tua, muhasabah agar umur yang Allah masih diberi ni kita hargai dan gunakan sungguh-sungguh. Menjadi pewaris yang membela agama, bukan pemuda lesu!

Nak angkut barang kejap lagi. Tingkat 4 ni, exercise la pagi-pagi. Entri ni aku akhiri dengan satu puisi yang turut terjumpa tadi, dapat masa ada intellectual discourse (zaman jadi FRC dulu).


Ruang yang tertutup

Setelah bertahun saat ini kuserah padaMu Tuhan
Detik ini Kau menguji aku dengan pelbagai dugaan
Tapi aku masih tabah menyingkap rahsia yang telah Kau abadikan
Pada sehelai sutera yang bernama Illiyin
Sebelum sempat aku mengenal dunia ini
Telah hadir sejarahku di sana
Entah indah entah sebaliknya hanya Kau yang mengerti

Tuhan,
Sujudku tidak seindah para 'abid
Dan rintihku tidak semerdu para pejuangMu
Tapi dalam setiap senduku
Ake mengharap cinta dan kasihMu Rabbi
Apalah yang boleh kugenggam tanpa kasihMu

Ilahi, 
Beriku kekuatan
Agar aku bisa menjadi hambaMu yang kental syahadah

Ilahi, Ku bimbang seandainya langkah hati yang pernah kumulai ini
Kau murkai
Maka di manakah jalan untukku
Aku perlu bermula sekali lagi

Namun dalam kabus tebal ini
Tiada langsung ruang yang bisa kubuka
Rabbi,
Tunjukkan ku jalannya
Hanya Kau sahaja yang mampu
Hanya Kau sahaja yang mengetahui..

Credit to: Unknown

June 25, 2012

Semua tentang kita

Akhir-akhir ini terjumpa ramai teman-teman lama dan adik-adik, setelah hampir 10 tahun hilang jejak. Secara tidak langsung mengembalikan semula segala cerita lama. Cerita suka, duka, cerita yang akan segar sepanjang hayat. Segar seperti nailofar. Hidup subur di sudut hati terdalam.


"Cepat tengok kat luar ada bulan"
"Jom stay up malam ni"

"Nah, suka warna hijau kan?"
"Macam mana nak jadi seorang yang tenang?"
"Tau tak lagu semua tentang kita?"



Indahnya kenangan itu. Temanku yang sangat manis, namanya A***, mengingatnya sahaja membuat hati tersenyum. Kami mula rapat sejak pertukaran kelas, tak silap sejak tingkatan 5. Orangnya sangat ceria dan manis. Sebelum itu hanya sekadar kenal, tapi sejak duduk bersebelahan, kami menjadi sangat akrab. Aku yang misteri + dia yang memahami. Kombinasi yang padu.

Temanku peminat tegar kumpulan Peterpan. Pertama kali mendengar nama tersebut sebab Peterpan tu macam nama fairytale aku blur! Bukannya ambik kisah sangat pun benda-benda camtu. Tapi dia siap letak lirik lagu atas meja dia, dan nyanyi untuk aku. Hee.

Suatu malam, kami sama-sama merenung bintang, bercerita soal masa depan, so random. Kemudian sama-sama menyanyi semua tentang kita. Walaupun kami berbeza ibarat langit dan bumi, hakikatnya kami saling melengkapi. Dan temanku itu merupakan anugerah terindah dari Allah.

Senyum lagi.

“ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud)



Menurut satu perumpamaan: Berteman dengan penjual minyak wangi kita akan ikut wangi, dan jika berteman dengan tukang besi kita akan mendapatkan bau asap dan percikan api.

Namun ianya sia-sia jika kita sekadar mengharap bau wangi dari sahabat, tanpa diri kita sendiri berusaha untuk mewangikan diri (dengan kata lain, menghias diri dengan akhlak terbaik, dan terlebih dahulu berbuat baik pada sahabat).

Bukankah tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah?

Umumnya, kita lebih suka menerima tanpa berusaha untuk memberi. Kita inginkan sahabat setia dalam susah dan senang, namun culas dalam menunaikan hak sahabat yang memerlukan. Kita mengeluh beranggapan tiada sahabat yang memahami, namun bicara tiada adab bak sembilu, melukai mereka.

Justeru, dengan memberi kita akan menerima. Alhamdulillah, di sepanjang hayat ini telah ramai kutemui sahabat2 yang sudi berkongsi susah dan senang. Siapa pun mereka, dari mana pun, walau fikrah berlainan, bukan halangan untuk menjalin ikatan hati yang suci. Dan tiada balasan yang lebih kita harapkan selain redha Allah.

Sehingga kini, aku masih percaya, biar pun...pernah ada luka yang hadir atas nama persahabatan.

.....................................................................................

  Semua tentang kita

Waktu terasa semakin berlaluTinggalkan cerita tentang kitaAkan tiada lagi kini tawamuTuk hapuskan semua sepi di hati
Ada cerita tentang aku dan diaDan kita bersama saat dulu kalaAda cerita tentang masa yang indahSaat kita berduka saat kita tertawa
Teringat di saat kita tertawa bersamaCeritakan semua tentang kita
Ada cerita tentang aku dan diaDan kita bersama saat dulu kalaAda cerita tentang masa yang indahSaat kita berduka saat kita tertawa

2am

Random.

"Manusia merancang dengan cita-cita, sedang Allah merancang dengan cinta."

Terjumpa kalam ini di mukabuku.

Kalaulah aku ada kebolehan macam Dumbledore yang boleh pull out the memories with his magic, i would do it right away. Tapi itu sekadar fantasi dunia, yang hanya boleh dilihat dengan mata, bukan percaya dengan hati.

Dumbledore, guru besar Hogwarts --> fantasi
Abu Bakar --> sahabat nabi, khalifah pertama khulafa ar-rasyidin --> kenyataan, sirah agung

Apa hebatnya Dumbledore yang wujudnya ilusi, berbanding Abu Bakar yang imannya lebih berat walau dibanding iman seluruh umat nabi yang dikumpulkan bersama ?

Bagaimana sahabat yang satu ini menjadi begitu istimewa, pernah aku tertanya. Sehinggalah bertemu kisah2 indah pengorbanannya dan kesetiaannya pada Kekasih Allah. Mendapat gelaran As-Siddiq, juga selalu dicemburui Umar, kerana Abu Bakar sentiasa yang pertama dalam melaksanakan kebaikan. Manis kan ?

Fikiran yang sarat ini perlu dikembalikan semula pada titik tenang.
"Dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang."

Menelusuri sirah lalu juga sumber kedamaian dan kekuatan bagi penjejak bahagia. Aku mahu tenang dalam menilai situasi. Sukarnya meneka hati insani, lebih sukar menyuluh hati sendiri.






June 24, 2012

Permulaan pada kemenangan yang lain

Terbayang jutaan rakyat Mesir di medan Tahrir.

AllahuAkbar!

Sujud syukur atas kemenangan ini. Kemenangan ini milik umat Islam sejagat. Kemenangan ini merupakan permulaan pada kemenangan-kemenangan seterusnya. Islam akan tertegak di muka bumi. Ini janji Tuhan yang pasti. Terus bekerja untuk kemenangan tu, semestinya tanggungjawab semua, tiada yang terkecuali.

Tegakkan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat, dunia, alam semesta.


p/s: Sahabatku di sana berkongsi cerita. Suasana kini bingit dengan hon-hon kereta gaya Arab yang berbagai rentak, simbolik gembira. Unik!


                                                         Tahniah Dr Muhammad Morsi.

Simpang kehidupan

Asalnya, MoMenTo Sutera ini mahu kubiarkan sepi hingga akhirnya.

Tapi terdetik rasa sayang, kerana serba sedikit hidupku terakam disini. Laman yang tidak ilmiah, bukan jua laman yang lagha, sekadar membawa hati menilai sesuatu dari sudut yang paling seni. Menilai dengan mata hati. Laman yang menjadi saksi perjalanan menyakitkan, di bumi jihad kecil ini.

Entri ni ditulis dalam suasana yang begitu hening. Teman2 kebanyakannya sudah pulang (going home for good). Dan kita katakan, semoga bertemu lagi.

4 tahun di taman ilmu dan budi.  Tambah 2 tahun di pusat asasi, menjumlahkan 6 tahun aku hidup sebagai anak dagang. Oversea Over the sea. Sekolah kehidupan yang begitu bermakna, yang barangkali tak mungkin kujumpai di tempat lain. Mengenal sahabat, tarbiyah, medan amal, pengurusan emosi, ketawa, menangis, kecewa, dan 1001 rasa yang sukar sekali diterjemah dengan kata-kata. Mencecah tahap ini, terbit rasa aneh yang amat mengganggu..

Ianya seperti berada di dua persimpangan. Atau mungkin lebih dari itu.

Perjuangan tidak berakhir, malah baru bermula. Dan ini perjuangan sebenar seorang yang menggalas tanggungjawab hamba dan khalifah, jua anak yang mahu berbakti. Keputusan hidup tidak sekadar bertunjang pada kemahuan diri, segalanya harus mengambil kira kemaslahatan insan-insan sekeliling.

Memikirkannya sahaja terasa letih. Takut. Cemas.

Hasbunnallahu wani'mal wakil.

Adakah yang mahu berjalan seiring?