June 24, 2012

Simpang kehidupan

Asalnya, MoMenTo Sutera ini mahu kubiarkan sepi hingga akhirnya.

Tapi terdetik rasa sayang, kerana serba sedikit hidupku terakam disini. Laman yang tidak ilmiah, bukan jua laman yang lagha, sekadar membawa hati menilai sesuatu dari sudut yang paling seni. Menilai dengan mata hati. Laman yang menjadi saksi perjalanan menyakitkan, di bumi jihad kecil ini.

Entri ni ditulis dalam suasana yang begitu hening. Teman2 kebanyakannya sudah pulang (going home for good). Dan kita katakan, semoga bertemu lagi.

4 tahun di taman ilmu dan budi.  Tambah 2 tahun di pusat asasi, menjumlahkan 6 tahun aku hidup sebagai anak dagang. Oversea Over the sea. Sekolah kehidupan yang begitu bermakna, yang barangkali tak mungkin kujumpai di tempat lain. Mengenal sahabat, tarbiyah, medan amal, pengurusan emosi, ketawa, menangis, kecewa, dan 1001 rasa yang sukar sekali diterjemah dengan kata-kata. Mencecah tahap ini, terbit rasa aneh yang amat mengganggu..

Ianya seperti berada di dua persimpangan. Atau mungkin lebih dari itu.

Perjuangan tidak berakhir, malah baru bermula. Dan ini perjuangan sebenar seorang yang menggalas tanggungjawab hamba dan khalifah, jua anak yang mahu berbakti. Keputusan hidup tidak sekadar bertunjang pada kemahuan diri, segalanya harus mengambil kira kemaslahatan insan-insan sekeliling.

Memikirkannya sahaja terasa letih. Takut. Cemas.

Hasbunnallahu wani'mal wakil.

Adakah yang mahu berjalan seiring?

2 comments:

faizalMS said...

"Dalam perjuangan, penat akan hilang, pahala berpanjangan..."
~Ustaz Ismail Kamus~

SuTeRa said...

Syukran kathir.
Berjuang memang pahit, kerana syurga itu manis.