June 27, 2012

Pre-departure

Kejap lagi kami akan bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Kemudian aku pula akan meneruskan perjalanan pulang ke bumi Kenyalang (sorang-sorang, -_-). Ah, sudah kelihatan senyum awan-awan kapas. Pagi ini sarapan ringkas dengan rotiboy, selepas penat packing fasa akhir.

I hate packing.

Dari zaman sekolah dulu aku lebih suka memilih untuk packing pada saat akhir. Let say, malam sebelum pulang? Barulah best perasaan nak balik kampung kan? Ke tak? Dah berapa ratus kali aku dileter sebab suka lambatkan packing. Hehe.

Oh ya, tadi semasa kalut bukak tutup beg, aku terjumpa sesuatu yang sungguh nostalgia. Nota-nota  kecil yang kutulis semasa hari-hari awal di bumi matrikulasi. Nota yang memberi semangat, di awal-awal masa meniti jalan dakwah. Back then, i used to be very courageous and brave. Garang jugak (yelah kot).

Terjumpa jugak khat bertulis namaku, yang dibuat khas oleh seorang teman dari mersing satu ketika dulu. Usianya menjangkau 7 tahun, sebab khat itu dibuat pada 2005. Dan banyak juga lagi khazanah lama yang terjumpa di fasa akhir packing ni. Ralit dan senyum sendirian dibuatnya.

Dekat rumah di Borneo nun, buku-buku, baju, barang-barang masa yang pernah kugunakan sejak darjah 1 masih disimpan dengan baik. Sayanglah nak buang. Sentimental value kan. Penting supaya kita sentiasa ingat siapa kita yang dulu, ingat pada pengorbanan orang tua, muhasabah agar umur yang Allah masih diberi ni kita hargai dan gunakan sungguh-sungguh. Menjadi pewaris yang membela agama, bukan pemuda lesu!

Nak angkut barang kejap lagi. Tingkat 4 ni, exercise la pagi-pagi. Entri ni aku akhiri dengan satu puisi yang turut terjumpa tadi, dapat masa ada intellectual discourse (zaman jadi FRC dulu).


Ruang yang tertutup

Setelah bertahun saat ini kuserah padaMu Tuhan
Detik ini Kau menguji aku dengan pelbagai dugaan
Tapi aku masih tabah menyingkap rahsia yang telah Kau abadikan
Pada sehelai sutera yang bernama Illiyin
Sebelum sempat aku mengenal dunia ini
Telah hadir sejarahku di sana
Entah indah entah sebaliknya hanya Kau yang mengerti

Tuhan,
Sujudku tidak seindah para 'abid
Dan rintihku tidak semerdu para pejuangMu
Tapi dalam setiap senduku
Ake mengharap cinta dan kasihMu Rabbi
Apalah yang boleh kugenggam tanpa kasihMu

Ilahi, 
Beriku kekuatan
Agar aku bisa menjadi hambaMu yang kental syahadah

Ilahi, Ku bimbang seandainya langkah hati yang pernah kumulai ini
Kau murkai
Maka di manakah jalan untukku
Aku perlu bermula sekali lagi

Namun dalam kabus tebal ini
Tiada langsung ruang yang bisa kubuka
Rabbi,
Tunjukkan ku jalannya
Hanya Kau sahaja yang mampu
Hanya Kau sahaja yang mengetahui..

Credit to: Unknown

2 comments:

Nadirah said...

Husna, selamat pulang ke Borneo! Semoga kita bertemu lagi. Jemput datang semenanjung lagi..

Akak pun ada juga masa naik belon sorang2 time kerja.. sgt sentimental sambil tgk kebesaran Allah di awan biru ;)

Safarun sa'iid ya ukhti

SuTeRa said...

Alhamdulillah, syukran jaza'. Dah selamat sampai di sini..

InsyaAllah akan selalu datang ke sana. Rindu pada awan gemawan, ciptaan hebat Arkitek Maha Hebat :)