March 10, 2011

Larut

Allah memberi banyak asbab untuk hambaNya gembira, juga bersedih. Hatta dengan sekecil-kecil asbab, semuanya berlaku dengan izinNya jua. Di saat dan ketika ini, jiwaku mula terusik dengan kerinduan kepada insan2 tersayang yang begitu jauh di mata. Hanyalah sering mendengar suara, lewat panggilan di celahan waktu.

Namun aku bersyukur, kerana masih di jalan ini, terus disibukkan dengan pentarbiyahan diri dan orang lain, membuatkan jiwa ini boleh bertahan seadanya. Aku bersyukur, kesibukan akademik tidak menyebabkan aku disisihkan Allah daripada terus berada dalam jalan perjuangan. Aku bersyukur kerana sering ditegur melalui pelbagai medium, dengan sifat RahimNya, Dia tidak membiarkan aku hanyut. Aku malu, namun teramat bersyukur dengan limpahan kasih sayangNya. Malu lantaran diri yang banyak berdosa, dan dosa2 itu seakan ingin menghempapku dengan segunung rasa bersalah. Allah yang bersifat Rahman dan Rahim masih sudi pula melimpahkan selautan rahmat pada insan hina dina sepertiku. Ya Allah.

Aku berdoa, semoga hati ini tidak bosan dengan bimbingan. Tidak jemu dengan teguran. Kerana fitrahnya manusia memerlukan taujih ruhiyah saban waktu. Tidak haruslah kita merasa cukup dan tidak perlukan tarbiyah. Amal kebaikan lama-kelamaan akan luput dari dalam diri andai tidak terus dibajai dan disuburkan dengan rangkaian majlis2 ilmu, mutaba'ah amal dan sahabat yang soleh/solehah. Adalah kita menjauh dan akhirnya merasa tidak perlu, ataupun dengan beralasan, semua itu Allah yang menghitungnya. Katakan apa sahaja, Allah jua yang akan menimbang taranya...

Malam semakin larut. Hati terus diusik rindu. Lagi dan lagi. Ya Allah, Kau lindungilah keluargaku, rahmatilah mereka, sesungguhnya mereka dalam jagaanMu, di bawah KekuasaanMu..


March 2, 2011

kaca dan retak


Masih retak
Benar, ternyata benar.

hasbunallahu wani'mal wakil..
innalillahi wa inna ilaihi raaji'un, wa ajurni fi musibati, wakhlufni khairan minha..


February 15, 2011

Dedikasi istimewa buat sahabat

Hari ini juga hari istimewa bagi seorang sahabat.


Salam ulang tahun ke-23, buat Gogo, sahabatku dunia akhirat. Sanah helwah, ya ukhti habibati..semoga bertambahnya usia seiring bertambahnya rahmat Allah. Sedar tak sedar masa berlalu amat pantas. Kita sudah berada di 3/4 jalan, semoga aku dan kamu terus kuat untuk melangkah hingga ke hujungnya.


Terima kasih atas segala kebaikanmu. Terima kasih kerana menjadi sahabat yang amat2 memahami, dan bersabar dengan segala kerenahku (kesian gogo penat layan kte yang x boleh dok diam). Terima kasih kerana ada denganku, pada masa2 gembira juga masa2 sukar. Terima kasih kerana menerimaku seadanya, aku yang penuh dengan kelemahan. Terima kasih, kerana setia mendengar bicaraku (yang kadang2 merepek memeningkan dirimu). Terima kasih kerana memahami kesibukanku. Terima kasih, terima kasih, terima kasih sahabatku!


Aku tidak mahu kita hanya bersahabat di dunia. Aku ingin bersahabat sampai syurga..Untuk itu, kita harus sering menegur kesilapan masing2, atas dasar kasih sayang sesama insan. Saling mengingati bahawa dunia ini sebentar cuma, supaya kita tidak terpukau dengannya, lalu melupakan destinasi abadi kita. Boleh kan, gogo?


Kudedikasikan lagu ini buatmu..


Sahabat
Dalam kabur ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu

Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi
Sahabat
Aku lemah mangharungi ranjau dunia

Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini

Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia


p/s: Jangan nangis baca ni tau. sbnanya nak letak gamba gak, tapi nanti gogo malu pulak. hihi :)

Dia Kekasih Allah

Hening pagi ini. Salam Maulidur Rasul buat semua. Lahirnya Muhammad bin Abdullah membawa sinar ke seluruh alam. Dialah Kekasih Allah, sebaik-baik manusia, sebaik-baik teladan. Sebagai manusia biasa, dia juga diuji, malah segala derita dunia telah dia rasai. Yatim piatu sejak kecil, dihina dan dipulaukan musyrikin Quraisy, malah berlapar hingga terpaksa menggalas batu di perutnya. Pelbagai cubaan bunuh dilakukan terhadap baginda, sehingga berdarah kepalanya semasa perang Uhud, kehilangan bapa saudara yang melindungi perjuangannya serta si isteri, khadijah pada tahun kedukaan..kematian anak..semuanya terakam dalam sirah yang agung..


Hebat benar tarbiyah Allah pada insan mulia ini. Maka lahirlah peribadi yang begitu indah, yang berjaya menyentuh hati2 manusia di sekelilingnya. Tiada siapa mampu menyangkal hakikat ini. Malah Abu Jahal sendiri tidak mampu menafikan keindahan akhlak Rasulullah dan kebenaran ajaran yang dibawa baginda. Hanya keegoan serta rasa cintakan harta dan dunia yang menutup kejap hatinya untuk melafazkan syahadah.


لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). " (Al-Ahzab:21)


Bukan hanya hari ini, malah pada setiap hari, marilah kita banyakkan berselawat ke atas baginda. Selain mengamalkan sunnahnya, selawat adalah salah satu cara untuk kita menunjukkan rasa cinta pada baginda. Juga sebagai 'tiket' untuk mendapatkan syafaat, di hari di mana tiada lagi tempat perlindungan. Hanya dengan cara ini, Rasulullah boleh mengenal kita...


Berselawatlah sekurang-kurangnya dengan lafaz: اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


p/s: Lebih baik berselawat dari berkata-kata tentang perkara lagha yang tidak memberi faedah, kan?

February 13, 2011

Rimbun keampunan

Mata sudah mengantuk . Badan teramat letih. Tapi biarlah seketika, mencurah rasa disini. Pulang sahaja dari negeri penyu, hati ini mula merindu. Rindukan kebiruan laut serta irama ombak yang amat menenangkan. Tidak jemu mata ini merenung lautan lepas. Tidak henti kalbuku berbisik, memuji-muji indahnya penciptaan alam oleh Pencipta yang Maha Indah. Indah alam ini, jauh lebih indah lagi Pemiliknya. MasyaAllah..


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?


Kekalutan yang melanda kebelakangan ini, membuat jiwa sedikit kacau. Lara. Namun, bila Dia menimpakan ujian, Dia juga memberi penawarnya. Telah kulontarkan segala rasa, biar ia menjauh dibawa arus. Pergilah, aku tak ingin mengerti. Jiwa ini hanya dambakan sebuah ketenangan. Wajarkah aku bersikap lemah, hanya dengan sedikit cubaan ? Padahal kurnia Allah di setiap denyut nadi ini tak terkira banyaknya, tidak bandingan dengan lautan, langit, mahupun bumi.


Maka di sini, aku kembali dengan jiwa yang baru. Izinkan aku terus berteduh di bawah rimbun kasihMu, Ilahi Rabbi!


Sedetik itu
Maafkan khilafku!

February 11, 2011

kerja sekolah saya

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you


Sebelum berangkat ke Terengganu, ada baiknya dijawab dulu tag ni. Thanks kak Husna, and sorry too, sbb lambat. Ni dia, 25 random facts about me:

1. Nama sama dengan akak :)
2. Sesetengah orang panggil nurul, sesetengah orang panggil husna. Dan ada juga nama2 yang lain.
3. Pencinta alam, terutama bulan.
4. Penggemar kucing. Memang tak boleh jumpa kucing
5. Lahir pada 12 april 1988
6. Anak bongsu dari 7 beradik
7. Sangat suka hijau. Hidup dalam kehijauan :)
8. Banyak menyimpan rahsia2 orang dan rahsia sendiri
9. Kadang2 tenang sangat, kadang2 boleh jadi clumsy juga.
10. Susah nak marah, juga susah mengekspresikan perasaan.
11. Kalau saya tiba2 diam, maksudnya saya sedang merasionalkan diri. Berfikir.
12. A gud listener (rasanyalah..)
13. Universal dan fleksibel. InsyaAllah, u can talk about anything with me
14. Agak susah membuat keputusan -_-
15. Pendiam dan pemalu (cewah. tapi kalo dah kenal tu lain cerita)
16. Suka berlama-lama di kedai buku. Sebulan wajib beli beberapa buku (walaupun tak semua habis dibaca)
17. Ada hobi2 yang pelik (sepelik mana tu tak boleh kabo kat sinila)
18. Suka belajar bahasa negeri2 lain
19. Oh ya, saya orang kuching, Sarawak
20. Sering mempunyai firasat yang tepat
21. Tabah (insyaAllah, doakan selalu..)
22. Suka jalan2 cari ilmu + makan
23. Sangat mengharapkan redha Allah, juga redha kedua ibubapa..
24. Mahu jadi orang yang bermanfaat, yakni sebahagian yang menyumbang kepada kemenangan Islam..
25. Sebenarnya, banyak lagi yang saya tak tau pasal diri saya......... (^_^)

Alhamdulillah, siap dah kerja sekolah. Lain2 fakta tu, kena tanya saya sendiri lah. Ok, 25 orang yang akan di tag adalah.........

1. kak Husna (tag dia balik ^_^ )
2. Hasmira
3. Izzah Ismail
4. Ayat Ibrahim
5. Hakimah
6, kak Kini
7. Mardhiah
8. Aliah
9. Atikah
10. Winny
11. kak Raufa
12. kak Wani
13. Kak Nadirah
14. Akma
15. Zaujatan Solihatan
16. Ijat
17. Yana Chan
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.

Ramai sangat nak tag........
Silalah menjawab tag ini dengan gembira. Uhibbuki fillah!

February 10, 2011

monolog


mode: bawa diri