February 15, 2011

Dia Kekasih Allah

Hening pagi ini. Salam Maulidur Rasul buat semua. Lahirnya Muhammad bin Abdullah membawa sinar ke seluruh alam. Dialah Kekasih Allah, sebaik-baik manusia, sebaik-baik teladan. Sebagai manusia biasa, dia juga diuji, malah segala derita dunia telah dia rasai. Yatim piatu sejak kecil, dihina dan dipulaukan musyrikin Quraisy, malah berlapar hingga terpaksa menggalas batu di perutnya. Pelbagai cubaan bunuh dilakukan terhadap baginda, sehingga berdarah kepalanya semasa perang Uhud, kehilangan bapa saudara yang melindungi perjuangannya serta si isteri, khadijah pada tahun kedukaan..kematian anak..semuanya terakam dalam sirah yang agung..


Hebat benar tarbiyah Allah pada insan mulia ini. Maka lahirlah peribadi yang begitu indah, yang berjaya menyentuh hati2 manusia di sekelilingnya. Tiada siapa mampu menyangkal hakikat ini. Malah Abu Jahal sendiri tidak mampu menafikan keindahan akhlak Rasulullah dan kebenaran ajaran yang dibawa baginda. Hanya keegoan serta rasa cintakan harta dan dunia yang menutup kejap hatinya untuk melafazkan syahadah.


لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). " (Al-Ahzab:21)


Bukan hanya hari ini, malah pada setiap hari, marilah kita banyakkan berselawat ke atas baginda. Selain mengamalkan sunnahnya, selawat adalah salah satu cara untuk kita menunjukkan rasa cinta pada baginda. Juga sebagai 'tiket' untuk mendapatkan syafaat, di hari di mana tiada lagi tempat perlindungan. Hanya dengan cara ini, Rasulullah boleh mengenal kita...


Berselawatlah sekurang-kurangnya dengan lafaz: اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


p/s: Lebih baik berselawat dari berkata-kata tentang perkara lagha yang tidak memberi faedah, kan?

No comments: