Beberapa hari lepas aku terbacalah satu berita ni kat akhbar utusan. Seorang ayah menyerang dan memarahi guru di sekolah kerana anaknya tidak dibenarkan menyertai lari pecut dalam satu pertandingan di sekolahnya. Alasan? Budak tersebut hanya memakai baju T dan seluar getah serta tidak memakai tudung. Peraturan sekolah pula menggariskan bahawa peserta perempuan wajib memakai tudung, baju T dan seluar track. Aku rasa peraturan ni dah betul dah. Tapi mungkin bukan semua orang punya jalan fikiran yang sama.
Si ayah memarahi guru wanita yang bertanggungjawab menguruskan pertandingan ini sehingga guru tersebut mengalirkan airmata. Aku rasa tentu ada babak menengking dan sebagainya. Walaupun dimarahi, guru tersebut tetap menegaskan bahawa peraturan yang dilaksanakan adalah sejajar dengan ajaran Islam. Nak tahu apa kata si ayah?
Katanya peraturan sebegitu telah menyekat bakat anaknya, bahkan akan merencatkan perkembangan sukan negara.
"Asal selesa sudahlah!"
Alahai, apa sudah jadi?
Adakah tuntutan menutup aurat hanya 'bila perlu' dan tak kisah pun kalau tak nak tutup aurat, 'asalkan selesa'? Bila difikirkan semula, aku rasa fenomena sebegini sudah menjadi biasa pada masa sekarang. Ibubapa tidak mendidik anak mengikut acuan Islam. Persoalan aurat dan batas pergaulan ditolak ke tepi. Maka lahirlah generasi yang 'asal selesa sudahlah' dan 'kami hanya kawan'.
Para guru juga semakin sukar untuk menjalankan tugas mendidik anak bangsa. Mana tidaknya, ditegur sedikit sudah disaman. Apalagi hendak menjentik pelajar. Rasanya, aku tidak sesuai dengan profesion itu. Entah mampu atau tidak diri ini hendak menggalas tanggungjawab mendidik, serta perlu berhadapan pula dengan ibu bapa yang mahu anaknya ditatang dan dilayan persis anak raja.
Tuntutan agama sudah dipersendakan dengan kata 'asal selesa sudahlah!'
March 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment