September 20, 2009

Ramadhan berganti Syawal

29 Ramadhan

Selepas bersahur, aku dan kakak terus memulakan projek membuat kek. Rasa seronok dan bersemangat, walaupun aku harus menunggu hampir sehari untuk kek itu siap.

Sepanjang hari kami berada di dapur, membuat segala persiapan untuk open house yang akan diadakan pada raya pertama. Abang2 aku pula sibuk mengemas dan menghias rumah. Nasib baik mereka rajin~

Kami tidur pada jam 2 pagi dalam keadaan kepenatan...


1 Syawal

Juadah hari raya berjaya disiapkan. Tak sangka hari ini menjelma jua. Syukur sangat kerana kali ini kami semua dapat berkumpul. Kalau tak, ada saja yang tak dapat balik beraya. Riuh-rendah rumah kami, tambah2 lagi semasa sesi ambik gambar.

Ramadhan berganti Syawal. Dalam kesyukuran, terasa sedih untuk meninggalkan Ramadhan. Adakah peluang untuk bertemu lagi?

p/s: Sambutlah Syawal dengan penuh gembira dan kesyukuran, walaupun banyak assignment yang tak siap lagi. Bagi aku, biarlah dulu~



Dengan ayah, mak, dan kakak~


My big bro

4 comments:

iNtuisiiNsurgeNsi said...

SaLaM LeBaRaN, AmPuN & MaaF DiPiNta SeaNdAiNya tErKaSaR BaHaSa, TeRsIL KaT a, tErMaRaH yG X kEnA, TeRTaNyA yG X TeNtU HaLa, TeRSaSuL yG X SeNgAjA, tErPuKuL KaT mAnA2, tErPeKiK Di TeLiNgA, TeRpInJaM HaRtA BeNdA, tErUmPaT BiLa2, tErMaCaM2 Lg yG X KeNa-MeNgeNa..sEmOgA DiMaaFkAn sEgALanYa…SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MINAL AIDIL WA FA’IZIN..

SuTeRa said...

Selamat hari raya aidilfitri gak..maaf atas segala salah silap yg sengaja atau yg tak sengaja...

lightofwisdom said...

husna!!

suka la ayat ni

"walaupun banyak assignment yang tak siap lagi.Bagi aku, biarlah dulu~"

cayalah..
setuju2..
hehe

SuTeRa said...

yeay!
dapat sokongan,hehe