Alhamdulillah...berakhir sudah I-Quest 09 yang berlangsung selama 3 hari. Terlalu banyak pengalaman berharga yang telah kukutip di sepanjang tempoh itu. Tidak sangka diri ini mampu berdiri selama 5 jam di tengah panas, perkara yang tidak mungkin akan kulakukan pada hari2 biasa. Bila kufikirkan kembali, rupanya kita mampu melakukan apa yang kita rasakan mustahil, asalkan kita punya kemahuan dan semangat yang jitu. Tahniah dan terima kasih buat semua sahabat WWT I-Quest 09, semangat kalian menyuntik kekuatan pada diriku untuk melalui masa2 sukar itu.
Panas dan hujan, itu bukanlah penghalang untuk kita menjalankan amanah yang terpikul sebaiknya. Aku sebetulnya sangat terharu dengan layanan pihak security. Semasa berada di main entrance, mereka menyediakan kerusi, meng'offer' makanan serta minuman, juga memberi tips untuk menghadapi kerenah pengunjung I-Quest yang pelbagai ragam. Seronok rasanya berbual dengan orang2 yang lebih berpengalaman.
"Sediakan diri kamu mental dan fizikal untuk dimaki hamun" itulah bentuk pesanan Encik Azri sewaktu aku dan aliah hendak memulakan syif kami pada pagi jumaat lepas. Aku sudah dapat mengagak apa yang hendak beliau sampaikan. Pengalaman semasa menjadi komiti welfare and welcoming semasa taaruf week dahulu telah banyak mengajar diri ini tentang betapa sukarnya untuk memuaskan hati semua pihak dan sebenarnya tiada siapa pun yang mampu melakukannya.
Untuk berhadapan dengan kerenah manusia, jangan mengharap yang baik2 saja. Di sinilah kesabaran kita akan teruji. Dimarah, disindir, juga dihadiahi dengan ekspresi muka yang kurang menyenangkan, tidak kurang juga usikan2 yang pelbagai gaya, harus dihadapi dengan penuh ketenangan bersama senyuman yang tidak lekang. Ianya tidak mudah, bukankah begitu? Syukur, walaupun harus menghadapi semua itu di dalam cuaca yang panas terik, Allah masih menitipkan segunung kesabaran dan kekuatan untuk kami, biro welfare,welcoming n traffic untuk menyelesaikan semua hingga ke akhirnya. Cuma di malam konsert cahaya insani, aku balik ke bilik awal kerana keletihan sudah amat2 mendera.
Fasa itu sudah berakhir, kini berhadapan pula dengan fasa yang lain. Sibuknya berbeza, namun tekanannya mungkin sama. Apapun, pengalaman itulah yang amat berharga dan tidak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit. Pengalaman adalah guru terbaik bagi setiap insan untuk membina kekuatan dan jati diri yang teguh dan mantap.
Dan pencarian ini, mungkin tidakkan bertemu kesudahan andainya aku berhenti di sini. Jadi aku harus terus melangkah, bersama doa yang tidak putus, dan harapan yang tidak pernah mati, untuk kutemukan sebuah jawapan yang masih kabur dan misteri~
October 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
tenkiu banyak2 akak traffic!!
jasamu dikenang!!
hehe..
nanti jemput unic lagi =)
akak traffic!!!
=p
adik sbnanye~~~
Post a Comment