February 7, 2010
Biarkan
Rindu.
Diamku penuh makna. Diamku memendam rasa. Diamku seribu rahsia.
Rindu.
Mahu memberi maaf. Cuba memberi maaf.
Marah, jauh hati, haruskah dilayani? Walau kadang2 ingin dipamerkan segala. Biar hati ini lebih dihormati. Kerana hati ini bukanlah besi, bukannya boneka, yang bisa diperlakukan semahunya. Diturutkan hati, binasakah segalanya?
Muncul seraut wajah lembut ibu. Wajah yang mendamaikan. Wajah yang menitip segunung ketabahan. Pesannya bergema.
"Sabarlah. Sabarlah. Besarkan jiwamu sayang."
Terima kasih ibu...
Aku akan terus memberi maaf. Dan mendiamkan semuanya. Biarlah begitu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sabar itu separuh daripada imaan..cuba renungkan insan yg kurang bernasib drp kita..nescaya pasti ada 'kelainan'nya..;-)
insyaAllah..smoga sabar itu selalu bersama menjaga hati~
Post a Comment