August 10, 2010

Ramadhan, aku, dan homesick

Kita sudah benar2 berada di gerbang Ramadhan. Teruja, sayu, syukur, perasaan2 ini datang silih berganti. Teruja kerana di sepanjang madrasah Ramadhan ini akan ada banyak pengisian yang bisa menyubur iman. Sayu kerana buat kesekian kalinya menyambut Ramadhan di perantauan. Dan syukur yang amat kerana masih diberi peluang untuk menebus kealpaan dan merebut ganjaran2 yang tersedia di sepanjang bulan rahmat ini.


Semenjak memasuki sekolah berasrama sejak tingkatan 1, jarang sekali dapat menyambut 1 Ramadhan di rumah. Apatah lagi setelah melangkah ke alam matrikulasi sehinggalah sekarang. Berjauhan begini, hati seringkali tewas. Diuji dengan banyak perkara. Hanya sabar, sebagai bekal, supaya terus rasional dan tidak melatah. Manusia, banyak ragamnya.


Saban masa, wajah bonda terus terbayang. Senyumnya yang tak pernah lekang, gelagatnya yang seringkali mencuit hati, serta kata2 nasihat yang menjadi tunjang kekuatan. Memasak bersama, berbual tentang banyak perkara, serta sama2 merenung langit menghayati kekuasaan Pencipta. Kami mempunyai banyak persamaan, bahkan wajah kami juga seperti di'fotostat'. Sama =)


Bonda memahami kesukaanku, serta selalu menyokong dalam setiap keputusan sukar yang pernah kulakukan dalam hidup. Jika aku sedang berduka, dia adalah insan paling memahami, meskipun tanpa sepatah kata. Redup matanya begitu mendamaikan, begitu menenangkan. Setiap kali sebelum memasuki ruangan menunggu di lapangan terbang, hati ini menangis untuk meninggalkan bonda. Betapa aku ingin sentiasa di sisinya untuk membahagiakannya...


Ya Allah, berilah hambaMu ini kesempatan untuk membahagiakan ayah dan bonda. Kau kurniakanlah mereka nikmat iman dan kesihatan yang berpanjangan. Kau lapangkanlah hati mereka serta berilah aku kekuatan untuk menjadi anak yang berbakti...


~Huhu, sampai di sini dahulu. Nanti hujan lebat pula~

No comments: