October 30, 2011

Sebuah mimpi

Alhamdulillah, masih kita ini bernafas dengan nikmat iman dan Islam. Masih mampu jari jemari ini mengukir sesuatu, sebagai hadiah mungkin pada hati yang mencari. Dan akhir2 ini, semakin rajin pula diriku berkongsi rasa, menukilkan sesuatu yang kukira berharga buat bekal jalanan panjang para pejuang.


Oh, sebenarnya masih lagi jantungku berdegup laju. Terjaga dari tidur lantaran mimpi yang tidak diundang, adakala mengganggu konsentrasi buat masa sehari. Alangkah! Liciknya syaitan bermain senjata, aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam..


Nahnu duat laa qudhot wa nahnu duat qobla kullisa. Allah Allah. Para pemuda sesungguhnya hujung tombak dari sebuah kejayaan. Gunakan segala potensi yang ada pada diri, baik melalui penulisan, pidato, mahupun apa saja kaedahnya, untuk melakukan tugas menyeru manusia kepada Rabb.


Tsabat dalam tarbiyah dan dakwah, berusahalah sehabis daya wahai diri wahai pemuda. Tidak ditabur bunga di jalan ini, tidak juga dihamparkan karpet merah buat selesa melangkah. Bahkan duri ditaburi di tempat rasulullah melangkah, dilempar batu hingga berdarah, dilumur najis unta dalam solatnya, dalam memikul risalah kebenaran. Rasulullah dan sahabat telah melaluinya, dengan darah dan airmata.


Percaya,
Islam sebagai ustadziatul alam bukanlah sebuah mimpi. Bahkan ia adalah janji yang pasti.


Ujian terbesar seorang daie adalah pada soal istiqomah. Setiap dari kita tidak pasti bagaimana pengakhiran kita, masihkah kekal sebagai daie, ataupun akan digelincirkan kita lantaran dosa2..naudzubillah. Sedih hati ini mengenang diri. Takut pada kata2 yang diucap. Banyak berkata, kurang beramal, itu bahaya sekali.


Dalam aliran masa yang terus berlalu, sesekali terlintas di fikiran, akankah ada titik pertemuan dalam perbezaan itu. Aku jadi sedih memikirkan. Sungguh aku berharap, tapi masih belum dikurnia jawapan pasti, hingga terbawa ke alam mimpi.


Gelisah hadir hadiah dari sebuah mimpi yang bukan sekali. Pergilah, aku nak buat kerja, report tersusun elok di sebelahku minta dilayani.


Hingga bertemu lagi. Fi amanillah.

October 28, 2011

Menunggu~

Seminggu ini hatiku berbolak-balik. Gelisah, risau, dalam mempertimbangkan suatu hasrat.

AKU INGIN PULANG.

Ya Allah, sesungguhnya apa yang kudambakan saat ini adalah untuk bertemu melepas rindu pada keluarga tercinta. Kalau nak dinisbahkan pada bateri telefon, semangatku sudah tinggal 1 bar, untuk menempuh liku2 hidup selaku anak rantau.

"Kenapa tiba2 nak balik.."
Kakakku bertanya. Ayah pun bertanya hal yang sama, sebab mengikut perancangan asal, aku akan menghabiskan cuti seminggu di rumah sahabat (tabah kononnya). Maka, aku diam saja. Risau andai berkata sepatah, jadi drama airmata yang pasti merisaukan mereka. Ramai yang terlopong mendengar khabar ketidakpulangan ke kampung halaman. Teman2 asyik bertanya dan menduga,

"tabah benar kamu wahai sutera" itu kata mereka.

Tetap kubalas senyum. Andainya kalian tahu badai di hati ini, barangkali tiada yang mahu berumah di tubir hati. Dan barangkali tiada pun dihadiahkan kata tabah itu buat seorang insan sepertiku. Hanya sabar, sebagai peneman, sekurang-kurangnya tidaklah aku menangis seperti anak kecil yang dahagakan susu. Barangkali juga, kita sudah semakin dewasa, untuk mengendalikan segala jenis perasaan dengan lebih saksama.

Tidak mahu hanyut dengan perasaan, maka kukatakan, AKU AKAN PULANG :)

Meminta pertolongan dengan sabar dan solat itu sangat indah. Dan andai ada izinNya, tercapailah hasrat di hati. Tetap kutunggu khabar itu dengan sabar.

October 26, 2011

ratna sang ratu

Apabila hujan turun

Melimpahlah air dari perbukitan

Aliran menujah ke batu

Melekuk

Tanda waktu beralih

Seiring nyawa

Menghanyut usia

Sejalan nafas melangkah ke hujung

Awan..

Kalau dapat kucapai

Maka saktilah hamba

(Mushaf Laksamana Sunan)

Contengan

"Maka apabila kamu telah selesai dari satu urusan, maka kerjakanlah sungguh-sungguh urusan yang lain." (Al-Insyirah:7)

Singgah menconteng sebentar. Demi mengelakkan sebuah ketiduran. Diturutkan mata, barangkali sudah jauh ku dibuai mimpi. Namun urusan demi urusan menuntut komitmen, benarlah tanggungjawab itu lebih banyak dari masa.


Wahai Tuhanku,
Cukuplah kemuliaan bagiku dengan menjadi hambaMu
Dan cukuplah kehormatan bagiku bahawa Engkau sebagai Tuhanku
Engkau adalah seperti yang aku cintai
Makan jadikanlah kiranya aku seperti yang Engkau cintai
(Ali bin Abi Talib)


Imam As-Syahid Hasan Al-Banna berkata, "Aku tidak menulis buku kerana aku mencetak manusia." Maka manusia yang dicetak itulah yang akan menulis buku2 dan memanjangkan dakwah, seperti yang kita terima hari ini. Dan bagaimanapun jua, dakwah akan tetap mengalir seperti sungai. Ia akan tetap berjalan tanpa kita, kerana Allah boleh sahaja memilih insan lain untuk mengemban tugas itu. Alangkah ruginya seandainya kita memilih untuk lepas bebas dari tugas menyeru manusia kepada Islam. Hidup sekadar memenuhi kepuasan diri, berhibur bila bosan, shopping di waktu senggang, ia gembira namun penuh kekosongan.


Tapi, bukankah syurga itu mahal ? Kita pasti akan diuji. Dan memilih jalan itu, 1000 kali kita teruji.


Hening malam begini, teringat pula pada sahabat Rasulullah, Abu Musa Al-Asy'ariy, si pemilik bacaan malaikat. Rasulullah melukiskan keindahan suara Abu Musa, "Abu Musa benar2 dianugerahi seruling keluarga Daud a.s " (HR Tirmidzi). Entah bagaimana suaranya sehingga digambarkan sungguh merdu mengalunkan Al-Quran..


..............................


Dah 1.30am ? Izin undur diri~

October 9, 2011

Puisi mujahidah


Dengarkan ini dengan hati~

Mujahidah itu…
Hati meresahkan kesal menolak cintanya,
Api cinta marak dipendam bahangnya,
kerna itu Rahsia hati dan cintanya,
Pada Allah saja diceritakan rahsianya,
Terusan berdoa memohon kepada-Nya,
Moga itu terbaik buat dirinya…

Mujahidah itu…
Di luaran dia tenang,
Dalam hati iman menentang,
Dalam hati nafsu berperang,
Antara dua cinta yang bertandang,
Namun, cinta Allah selalu menang,


Cinta kedua dilepaskan terbang…
Hari demi hari terus menyapa,
Kata orang mengapa tak punya rasa,
Sedangkan dia masih remaja,
Kata orang mengapa dia bahagia,
Sedangkan dia tak punya cinta,
Kata orang mengapa mantap hatinya,
Sedangkan dia tiada rijal penguatnya,
Mulut itu mulut mereka,
Sabarlah, biarkan saja…

Mujahidah itu…
Rabiatul Adawiyah itulah idolanya,
Sumayyah itulah obornya,
Khawlah itulah kecemburuannya,
Nusaybah itulah pahlawannya,
Fatimah itulah teladannya,
Aishah itulah buktinya,
Khadijah itulah kebanggaannya…

Mujahidah itu…
Dia mahu jadi bidadari,
Terus solehah di jalan Ilahi,

Itu mimpinya di malam hari,
Itu angannya di siang hari,
Itu bicaranya sehari-hari,
Menjadi isteri sentiasa berbakti,
Kepada suami bakal berbudi,
Pilihan Allah akan terbukti!
Ia janji yang sangat pasti!

Mujahidah itu…
Tidak takut kehilangan cintanya,
Biar pelbagai ujian melanda,
Lelaki itu, perlukan masa,
Memilih buat diri mereka,
Pilihan yang semestinya istimewa,
Calon ibu, buat zuriatnya!
Penyeri dunia, itulah temannya!

Di Syurga, itulah bidadarinya!
Membuat lelaki segan dengannya,
Menyedarkan, lelaki melainkan peranan,
Bahawa wanita bukan mainan,
Tetapi mutiara itulah nilaian…

Ya, mujahidah itu..
menghitung langkahnya,
Muhasabah dirinya,

katanya, dia masih banyak kurangnya!
Hanya menggeleng kepala..
Tatkala datangnya lelaki menggoda
Hanya bisu berdiam saja,
Diam maknanya iman sahaja bersuara,
Pandangan matanya dibutakan sahaja,
Buta maknanya hatinya mula berkata,
Rijal kekasih Allah itu yang diharapnya!
Pejuang agama itulah pembimbingnya!

Redha ibubapa itulah pilihannya!
Bukannya rijal yang sebaliknya…

Mujahidah itu…
Bukan dia tidak punya hati
Tetapi hatinya sudah mati,
Tatkala ummat Muhammad dilukai,
Hatinya menangis penuh ngerti,
Tatkala jasad saudaranya dikelar sana-sini,
Hatinya meraung penuh simpati,
Tatkala adik seakidah dirogoli,

Dibunuh tanpa secebis insani,
Hatinya jadi benar-benar mati,
Tak punya masa untuk mengasihani…

Mujahidah itu…
Tidak dia rasa kekurangan,
Kerna sudah cukup adanya Tuhan,
Tidak dia sepi sendirian,
Bila sentiasa bertemankan Tuhan,

Dia umpama permata yang bersilauan,
Kerdipnya menyilau pandangan,
Dialah wanita harapan Tuhan,
Kebanggaan umat zaman berzaman…

Mujahidah itu…
Menjadi gadis sudah fitrahnya,
Menjadi pilihan bukan pintanya,
Sebagai penyeri itulah hakikatnya,

Menjadi khalifah itulah tugasnya,
Membuat silap bukan sekali,
Namun mengalah tidak sekali,
Menjadi seorang mukminat sejati,
Itulah usahanya setiap hari…

Mujahidah itu…
Tetaplah dirinya teguh di satu jalan…

Menjadi bidadari sememangnya impian…
Melangkah dengan sejuta harapan…
Mengejar cinta dan keredhaan Tuhan…
Moga beroleh Syurga idaman…
Ameen…Ya Rabbb…

sumber:



October 8, 2011

Sesuatu di antara waktu

Aku melihat wajah-wajah itu. Terasa tenang. Terubat lelah. Apalah sangat rasa ini jika hendak dibandingkan jerih perih Rasulullah dan para sahabat ? Apa yang bisa kukatakan pada baginda saat bertemu nanti ?


Persoalan ini menikam tepat ke jantung.


"Duhai Rasulullah, aku bersaksi bahawa aku telah menyambung tugasmu menyeru manusia pada kebaikan." Layakkah aku mengucapkan ini?


Terduduk lagi.


Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar, bukan sedikit pedih yang ditagih.

..............................................................................

Di batas waktu
Dia setia mendengarku
Hingga diperkenan dalam restu
Naluri diam membisu
Dialah Pengharapan
Dia akan menyampaikan
Dia juga menentukan
Bersama masa
Yang menyimpan rahsia

October 5, 2011

Mari berhijab



Pastinya ramai yang masih terbius dengan forum bersama Ustaz Riduan dan Catriona Ross sebentar tadi kan ? Walaupun tidak dapat turut hadir (kerana ada tuntutan yang lebih utama), aku pasti ini merupakan satu perkembangan yang teramat positif untuk persoalan hijab.

Hijab?

Aurat?

Err...

Kenapa terkesima ? Beleklah Al-Quran, surah An-Nur, ayat ke 31 (tengok sekarang). Jelas, terang, nyata tanpa perlu disuluh lagi kan perintah Allah kepada wanita:

1. Menjaga pandangan
2. Memelihara kemaluan
3. Jangan menampakkan aurat (hendaklah melabuhkan tudung sehingga menutupi dada), kecuali kepada orang2 yang disebutkan
4.Jangan menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang disembunyikan


Nah. Dalilnya jelas terbentang.

Wanita yang menutup aurat, ibaratnya bagai emas permata yang disimpan elok dalam bekas kaca. Tertutup dengan kain baldu, sehinggakan tiada secalit habuk pun yang terlekat. Usah katakan emas permata, semasa membeli buku atau majalah pun, pastinya kita akan memilih buku yang belum dibelek dan disentuh, dan selalunya masih berbalut dan terletak di bahagian bawah atau belakang buku2 yang terdedah. Betul kan?


Jangan rasa hodoh dan buruk bila berhijab. Bahkan wanita kelihatan cantik sekali, apalagi di sisi Allah. Ia tidak mengurangi sedikit pun kualiti dirimu, malah penghormatan pula yang akan didapatkan. Mata2 nakal akan merasa malu untuk memberi usikan. Paling tidak, hanya ucapan salam yang mereka berani ucapkan. Tidak lebih dari itu. Terpeliharalah maruah dan diri sebagai wanita Islam.


Kita harus menjadi mawar berduri di taman larangan. Bukan sesuka hati diceroboh, bukan sebarang kumbang boleh mendekat. Hanya kumbang pilihan Allah bisa mendapatkan bunga mawar seharum itu.


Paling utama, kenapa harus dikorbankan peluang menjadi bidadari syurga hanya kerana ingin menjadi perhatian di dunia fana nan sementara?


Di taman2 syurga kita akan mempersembahkan segalanya, bergembira dengan nikmat Tuhan atas segala yang telah diusahakan di dunia. Mahukah kita bersama bergandingan, berusaha mematuhi perintah Allah, untuk ganjaran syurga yang kekal selamanya ?


Berusahalah. Berdoalah. InsyaAllah. DIA akan memberi kekuatan. Usah pedulikan sinisnya sindiran, kerana ia tidak memberi rugi atau untung sedikit pun.


Jom. Berhijab dengan SEMPURNA ^_^