Wang bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan wang
Tentu kalian pernah mendengar kata ini. Mengapa aku tiba2 berbicara soal wang? Adakah aku seorang yang materealistik? Kita ketepikan dulu semua itu. Entri ini hanyalah ekspresi rasa kecewaku yang teramat sangat pada manusia2 yang BUTA kerana harta dan wang ringgit.
Percaya atau tidak, manusia yang telah dibutakan dengan kesenangan dunia (yang tentunya fana) sanggup melakukan apa sahaja, asalkan dia mendapat apa yang dihajati. Sehingga ke satu tahap, dia sanggup memusnahkan kehidupan orang lain, hatta saudaranya sendiri. Aneh bukan?
Penganiayaan seumpama itu sungguh menyakitkan. Apatah lagi yang melakukannya adalah insan yang punyai pertalian yang dekat sekali. Tatkala itu, syaitan telah bersorak kemenangan. Anak adam telah berpecah belah dan menderita, hanya kerana objek (kalau boleh dikatakan objek) yang bernama harta.
Aku juga sudah tidak mampu menilai erti sebenar persaudaraan. Seperti apakah bentuknya dan rasanya? Mungkin aku jahil sedikit, kerana sejujurnya aku hanya menemui ikatan persaudaraan yang dipenuhi kepura-puraan. Ketika dalam kesusahan, barulah mahu bermanis muka dan menghulur salam. Jika tidak, hanya kata2 nista yang dilemparkan. Hati pula dipenuhi dengan hasad serta kedengkian. Manusia, inilah manusia yang telah BUTA.
Innallaha ma'assoobirin
Sabar itu indah. Maka bersabarlah wahai orang2 yang teraniaya. Tuhan itu Maha Adil. Meski keadilan itu tidak tertegak di muka bumi, keadilan itu tetap akan diberi untukmu di hari Keadilan kelak. Biarkan hati yang telah BUTA itu ketawa gembira sekarang, biarkan saja.
Barlapang dada, dan jangan biarkan hati kita mati dan buta bersama. Rasa sakit dan kecewa yang menikam jiwa ini, moga kan terubati oleh hikmah yang pasti kan tersingkap di antara waktu. Sesuatu di antara waktu~
August 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment