Setiap jiwa akan merasai mati
Peringatan buat diriku dan kalian juga. Alhamdulillah, Dia menitipkan sesuatu yang berharga buatku. Dia titipkan penawar hati, untuk aku bangkit meneruskan perjuangan. Terima kasih Ya Rahman! Kaulah tempat pergantunganku, yang selalu mendengarkan keluh kesahku. Hanya padaMu, dapat kuluahkan segala isi hatiku. Hamba yang hina ini terasa malu, kerana selalu sahaja meminta. Meminta dan meminta, kerana aku hanya ada Engkau. Didiklah aku, yang selalu sahaja lupa.
Juga terima kasih atas hadiah persahabatan yang Kau kurniakan buatku. Seorang budak kecik yang tiba2 hadir menceriakan hidupku. Insan yang tidak jemu menitip semangat, berkongsi cas positif bersamaku.
"Awak ok ke?"
Selalu sahaja dia bertanyakan soalan itu. Sungguh bijak dia membaca raut wajah ini, padahal aku sudah berusaha menutup rahsia hati dengan lawak2 antarabangsa.
Berdua lebih baik?
-Kami makan di atas bangku di bawah pokok.
-Kami pernah makan di tangga depan m8 (lantaran terlalu lapar dan mengejar masa).
-Kami selalu makan aiskrim.
-Budak kecik selalu belanja. Nak lagi!
-Kami selalu berkongsi peringatan. Dan itulah perkara yang terindah, bila bersahabat kerana Allah.
-Subhanallah, tautan hati kami amat erat. Meskipun kami tidaklah selalu bersama. Tautan hati kita melangkaui kebersamaan, kan budak kecik?
Ya uhkti, uhibbuki fillah!
2 comments:
subhanallah..
alhamdulillah..
allahuakbar..
husna, meleleh kite baca post awk ni taw.. T_T
indah kan ukhuwah kerana Allah?! bertemu tak jemu, berpisah x gelisah.
itu yg kite rasa bila bersama awk.terima kasih husna, untuk ukhuwah yg terindah ni.bila bersama awak, kite xpenah lupa Allah.moga ikatan ni kekal sampai ke syurga.ameen ^_^ jazakillah ya ukhti!
p/s: thanx jugak sbb offer kite jd author utk blog awk ni.kite nk jgk mula2.tp sian plak kt awk,da xde blog sndri.nnti la,kite cari masa,buat blog yg baru.huhu~
*slm syg dari seremban*
cepat2 buat blog baru ye...
kirim salam kat umi awak
nanti bila awak da pindah umah baru kite datang =)
salam sayang jugak dari bumi kuantan~
Post a Comment