February 15, 2011

Dedikasi istimewa buat sahabat

Hari ini juga hari istimewa bagi seorang sahabat.


Salam ulang tahun ke-23, buat Gogo, sahabatku dunia akhirat. Sanah helwah, ya ukhti habibati..semoga bertambahnya usia seiring bertambahnya rahmat Allah. Sedar tak sedar masa berlalu amat pantas. Kita sudah berada di 3/4 jalan, semoga aku dan kamu terus kuat untuk melangkah hingga ke hujungnya.


Terima kasih atas segala kebaikanmu. Terima kasih kerana menjadi sahabat yang amat2 memahami, dan bersabar dengan segala kerenahku (kesian gogo penat layan kte yang x boleh dok diam). Terima kasih kerana ada denganku, pada masa2 gembira juga masa2 sukar. Terima kasih kerana menerimaku seadanya, aku yang penuh dengan kelemahan. Terima kasih, kerana setia mendengar bicaraku (yang kadang2 merepek memeningkan dirimu). Terima kasih kerana memahami kesibukanku. Terima kasih, terima kasih, terima kasih sahabatku!


Aku tidak mahu kita hanya bersahabat di dunia. Aku ingin bersahabat sampai syurga..Untuk itu, kita harus sering menegur kesilapan masing2, atas dasar kasih sayang sesama insan. Saling mengingati bahawa dunia ini sebentar cuma, supaya kita tidak terpukau dengannya, lalu melupakan destinasi abadi kita. Boleh kan, gogo?


Kudedikasikan lagu ini buatmu..


Sahabat
Dalam kabur ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu

Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi
Sahabat
Aku lemah mangharungi ranjau dunia

Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini

Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia


p/s: Jangan nangis baca ni tau. sbnanya nak letak gamba gak, tapi nanti gogo malu pulak. hihi :)

4 comments:

~Miera~ said...

Assalamualaikum...
tiada kata yang dapat dikata melainkan syukran ya ukhti..
terima kasih juga kerana kau sentiasa disampingku dan bersabar dengan segala karenahku..
terima kasih tanda syukur ke hadrat Allah kerana telah menghantar seorang sahabat yang bernama Husna>@<
saranghae<3
sempena hari yang berbahagia ini,ku mohon kemaafan atas segala salah dan silapku
moga ku bisa mencontohi segala kebaikanmu sahabatku;)
sayang gago=))

SuTeRa said...

Waalaikumsalam..
Saranghae juga! (^_^)

gene47 said...

albi nadak..=p

SuTeRa said...

wah, albi nadak hanya utk yg berbunga sahaja