Cuaca terasa begitu dingin. Nur mendongak ke langit, sekuntum senyum mekar tanpa dipaksa. Subhanallah, indahnya ciptaanMu! Bintang berkerlipan di langit terang, terlihat juga purnama yang sedang bersinar di ufuk sana. Sesekali terdengar burung menyanyi, mengalun zikir buat Khaliq yang Esa.
"Allahu Allah, aku tidak sendiri, ramai yang menemani rupanya." desis hati Nur.
Langkahnya kian dipercepatkan. Jam menunjukkan hampir 8.30pm. Dari jauh kedengaran riuh rendah suara anak-anak sedang mengaji Al-Quran. Sampai sahaja di pintu utama, si cilik comel Maisarah memeluknya.
"Kak Nur ke mana tadi? Maisarah nangis tau sebab rindu.." rengek Maisarah, si comel yang usianya mencecah 4 tahun. Maisarah sangat petah dan rapat dengan Nur, kakak kesayangannya.
"Maisarah rindu akak? Maafkan akak ye sayang, tadi akak kena keluar beli barang. Tak mau nangis-nangis dah. Sini akak nak peluk lagi." Seketika itu juga seramai 6 orang lagi sikecil datang mengelilingi Nur.
"Kami pun nak peluk kak Nur.."
Nur tertawa bahagia.
................................................................................
Baitul Izzah.
Di situlah Nur menumpahkan selaut sayangnya buat anak-anak tidak berdosa yang dibuang darah daging sendiri. Nur menjadi ibu, kakak dan juga kawan buat anak-anak kecil itu. Nur juga dengan berbesar hati membuka kelas mengaji Al-Quran dan mengajar mereka mengenal Tuhan sekadar mampu. Bersamanya, seorang wanita mulia bernama ibu Zainab dengan setulus hati menyayangi mereka.
"Ibu, kasihan anak-anak ini kan. Entah dimana ibu ayah mereka.." Nur berbicara dengan mata berkaca.
"Itulah yang sering ibu fikirkan. Apapun, ibu rasa terlalu insaf kerana diberi peluang untuk menjaga dan menjadi ibu buat mereka. Allah Maha Lembut, teguranNya kadang halus berseni, kadang keras menikam. Ibu nak tanya, Nur rasa kenapa seorang ibu sanggup membuang anak yang telah lelah dikandungnya 9 bulan 10 hari?" Lembut ibu Zainab bertanya.
"Hm, zina menyebabkan anak-anak yang tidak sah taraf dilahirkan. Dan zina tidak akan berlaku jika jalan-jalan mendekati zina ditutup sepenuhnya. Semua ini tidak akan dapat difahami tanpa melihat dengan kaca mata iman. Syabab kita sekarang pula lebih senang hanyut dengan hedonisma dan kian jauh dari cara hidup Islam yang sebenar. Mungkin bukan salah mereka sepenuhnya, kerana institusi keluarga merupakan medan terpenting dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Ya Allah, masalah akarnya sangat membarah bu.." balas Nur dengan wajah berkerut.
Ibu Zainab melempar senyum pahit. Realiti yang menyakitkan, terasa ijazah yang dimiliki tiada nilainya. Terlalu banyak yang perlukan bantuan di luar sana.
"Nur, sebab tu ibu nak pesan sangat, terus tingkatkan diri sebagai produk solehah, raih ilmu setingginya untuk maslahah agama, dan bina baitul muslim dengan pasangan yang soleh, ya? Kita nak ajak seramai mungkin manusia mengenal Tuhan dan keindahan Islam, moga gelombang ini akan bersinergi dengan lahirnya generasi soleh solehah." perlahan tapi menusuk bicara ibu Zainab. Azimat ditutur penuh yakin dan harap. Nur angguk dalam kebisuan.
Di luar bintang-bintang terus berbicara dengan bahasa rahasia, seakan mengerti hati Nur yang diterjah 1001 rasa. Ayuh syabab, bangkitlah dari lena yang panjang.
"Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai ‘uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan derajat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk (tidak ikut berperang tanpa halangan). Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar, (iaitu) beberapa derajat daripadaNya, serta ampunan dan rahmat. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(An-Nisa': 95-96)
September 19, 2012
September 17, 2012
# 1
"Nur tolak lagi ?"
Nur angguk perlahan, mengiakan. Pandangan dilempar jauh sejauhnya.
"Kenapa?"
Nur diam tanpa sebutir kata. Sebolehnya dia tak mahu menjawab dan persoalan itu tidak pernah gemar dibahaskan.
"Kenapa? Berapa kali dah Nur tolak. Ataupun ada yang ditunggu?". Sahabatnya itu terus mendesak.
"Semua atas kehendak Allah. Nur tak buat keputusan sendiri-sendiri, dan tiada istilah menunggu pun."
"Tapi sampai bila harus menolak.."
"Nur tak nak fikir lagi. Mungkin belum bersedia." Wajahnya tenang, namun mata persis berkaca. Kalbunya berbisik "andai semalam tidak sepahit itu.."
............................................................................
p/s: I want to be a writer (Ummu Hani)

September 14, 2012
Jujur
Masa bergerak perlahan. Perlahan dan berjalan meninggalkan. Masa lalu adalah suatu yang paling jauh dari kita, kata Imam Ghazali Rahimahullah. Benarlah, kerna mustahil untuknya diputar, hanya mampu dikenang sebagai ingatan (manis@pahit).
Sedang ralit menyiapkan kerja, lagu Siti Khadijah dendangan In-Team kedengaran. Terhenti seketika (tomakninah), sebak dan sedih menyatu rasa. Ummuna Khadijah yang tulus cinta, pengorbanan tak bertepi buat suami dan agama. Betapa seorang aku terinspirasi dengan wanita syurga yang sangat disayangi Rasulullah, ingin menjadi sepertinya..bisakah?
Dush. Jauh mengelamun, aku menyambung kembali pekerjaan. mp3 Siti Zulaikha pula bergema. Macam cerita dalam lagu pula (lain kali pasangla mp3 Syeikh Mishary). Berfikir kian jauh. Siti Zulaikha setelah bertaubat dari fitnah yang dicipta, menjadi Pencinta Allah yang hebat. Namun rasa hatinya pada Yusuf tak pernah surut. Setianya Siti Zulaikha dalam penantian, akhirnya dibalas Tuhan yang Maha Pengasih. Manis :)
Ai, tak boleh jadi ni. Hilang fokus sudah. Banyak berfikir cepat letihnya. Perlu memberi hak rehat kepada diri, tidur awal, mudahan tidak terlepas masa bersunyi-sunyi dengan Dia yang memegang segala rahsia. InsyaAllah, muhasabah, dan maafkan semua orang sebelum tidur.
p/s: Seorang sahabat berpesan, jujurlah dengan apa yang dirasa. Menunggu mereka untuk jujur dan tidak terus berdalih. Kalaulah mereka tahu, itu sangat melukakan~

September 11, 2012
kosong
Alhamdulillah.
Masih diberi hayat, untuk terus bernafas sebagai hamba.
Pasca Ramadhan (dah penghujung Syawal pun), memberiku 1001 hikmah.
Sebenarnya terlalu banyak yang mahu ditulis, namun terasa lebih indah jika ia dilantunkan dalam munajat sepi dinihari.
Pernah dengar kan, semakin banyak yang kita kongsikan pada makhluk, makin kurang pergantungan kita pada Allah ?
Satu saja yang aku inginkan, tolonglah doakan diri yang rapuh ini. Andai ianya kaca pastinya sudah lama ia pecah berderai. Tinggal serpihan.
Ada perkara yang benar-benar mahu kita fahami, tapi tiada upaya. Lantas berlalu diri menjauhi.
Ada keliru yang mahu dirungkai, namun kabus tebal menutup pandangan mata hati.
Ada juga yang kita telah fahami dengan jelas, namun titik akhir masih samar.
Dan di akhirnya, semua pertanyaan itu kembali pada Dia yang Maha Mengerti.

June 27, 2012
Pre-departure
Kejap lagi kami akan bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Kemudian aku pula akan meneruskan perjalanan pulang ke bumi Kenyalang (sorang-sorang, -_-). Ah, sudah kelihatan senyum awan-awan kapas. Pagi ini sarapan ringkas dengan rotiboy, selepas penat packing fasa akhir.
I hate packing.
Dari zaman sekolah dulu aku lebih suka memilih untuk packing pada saat akhir. Let say, malam sebelum pulang? Barulah best perasaan nak balik kampung kan? Ke tak? Dah berapa ratus kali aku dileter sebab suka lambatkan packing. Hehe.
Oh ya, tadi semasa kalut bukak tutup beg, aku terjumpa sesuatu yang sungguh nostalgia. Nota-nota kecil yang kutulis semasa hari-hari awal di bumi matrikulasi. Nota yang memberi semangat, di awal-awal masa meniti jalan dakwah. Back then, i used to be very courageous and brave.Garang jugak (yelah kot).
I hate packing.
Dari zaman sekolah dulu aku lebih suka memilih untuk packing pada saat akhir. Let say, malam sebelum pulang? Barulah best perasaan nak balik kampung kan? Ke tak? Dah berapa ratus kali aku dileter sebab suka lambatkan packing. Hehe.
Oh ya, tadi semasa kalut bukak tutup beg, aku terjumpa sesuatu yang sungguh nostalgia. Nota-nota kecil yang kutulis semasa hari-hari awal di bumi matrikulasi. Nota yang memberi semangat, di awal-awal masa meniti jalan dakwah. Back then, i used to be very courageous and brave.
Terjumpa jugak khat bertulis namaku, yang dibuat khas oleh seorang teman dari mersing satu ketika dulu. Usianya menjangkau 7 tahun, sebab khat itu dibuat pada 2005. Dan banyak juga lagi khazanah lama yang terjumpa di fasa akhir packing ni. Ralit dan senyum sendirian dibuatnya.
Dekat rumah di Borneo nun, buku-buku, baju, barang-barang masa yang pernah kugunakan sejak darjah 1 masih disimpan dengan baik. Sayanglah nak buang. Sentimental value kan. Penting supaya kita sentiasa ingat siapa kita yang dulu, ingat pada pengorbanan orang tua, muhasabah agar umur yang Allah masih diberi ni kita hargai dan gunakan sungguh-sungguh. Menjadi pewaris yang membela agama, bukan pemuda lesu!

Nak angkut barang kejap lagi. Tingkat 4 ni, exercise la pagi-pagi. Entri ni aku akhiri dengan satu puisi yang turut terjumpa tadi, dapat masa ada intellectual discourse (zaman jadi FRC dulu).
Ruang yang tertutup
Setelah bertahun saat ini kuserah padaMu Tuhan
Detik ini Kau menguji aku dengan pelbagai dugaan
Tapi aku masih tabah menyingkap rahsia yang telah Kau abadikan
Pada sehelai sutera yang bernama Illiyin
Sebelum sempat aku mengenal dunia ini
Telah hadir sejarahku di sana
Entah indah entah sebaliknya hanya Kau yang mengerti
Tuhan,
Sujudku tidak seindah para 'abid
Dan rintihku tidak semerdu para pejuangMu
Tapi dalam setiap senduku
Ake mengharap cinta dan kasihMu Rabbi
Apalah yang boleh kugenggam tanpa kasihMu
Ilahi,
Beriku kekuatan
Agar aku bisa menjadi hambaMu yang kental syahadah
Ilahi, Ku bimbang seandainya langkah hati yang pernah kumulai ini
Kau murkai
Kau murkai
Maka di manakah jalan untukku
Aku perlu bermula sekali lagi
Namun dalam kabus tebal ini
Tiada langsung ruang yang bisa kubuka
Rabbi,
Tunjukkan ku jalannya
Rabbi,
Tunjukkan ku jalannya
Hanya Kau sahaja yang mampu
Hanya Kau sahaja yang mengetahui..
Credit to: Unknown
Hanya Kau sahaja yang mengetahui..
Credit to: Unknown
June 25, 2012
Semua tentang kita
Akhir-akhir ini terjumpa ramai teman-teman lama dan adik-adik, setelah hampir 10 tahun hilang jejak. Secara tidak langsung mengembalikan semula segala cerita lama. Cerita suka, duka, cerita yang akan segar sepanjang hayat. Segar seperti nailofar. Hidup subur di sudut hati terdalam.
"Cepat tengok kat luar ada bulan"
"Jom stay up malam ni"
"Nah, suka warna hijau kan?"
"Macam mana nak jadi seorang yang tenang?"
"Tau tak lagu semua tentang kita?"
Indahnya kenangan itu. Temanku yang sangat manis, namanya A***, mengingatnya sahaja membuat hati tersenyum. Kami mula rapat sejak pertukaran kelas, tak silap sejak tingkatan 5. Orangnya sangat ceria dan manis. Sebelum itu hanya sekadar kenal, tapi sejak duduk bersebelahan, kami menjadi sangat akrab. Aku yang misteri + dia yang memahami. Kombinasi yang padu.
Temanku peminat tegar kumpulan Peterpan. Pertama kali mendengar nama tersebutsebab Peterpan tu macam nama fairytale aku blur! Bukannya ambik kisah sangat pun benda-benda camtu. Tapi dia siap letak lirik lagu atas meja dia, dan nyanyi untuk aku. Hee.
Suatu malam, kami sama-sama merenung bintang, bercerita soal masa depan, so random. Kemudian sama-sama menyanyi semua tentang kita. Walaupun kami berbeza ibarat langit dan bumi, hakikatnya kami saling melengkapi. Dan temanku itu merupakan anugerah terindah dari Allah.
Senyum lagi.
“ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud)
Menurut satu perumpamaan: Berteman dengan penjual minyak wangi kita akan ikut wangi, dan jika berteman dengan tukang besi kita akan mendapatkan bau asap dan percikan api.
"Cepat tengok kat luar ada bulan"
"Jom stay up malam ni"
"Nah, suka warna hijau kan?"
"Macam mana nak jadi seorang yang tenang?"
"Tau tak lagu semua tentang kita?"
Indahnya kenangan itu. Temanku yang sangat manis, namanya A***, mengingatnya sahaja membuat hati tersenyum. Kami mula rapat sejak pertukaran kelas, tak silap sejak tingkatan 5. Orangnya sangat ceria dan manis. Sebelum itu hanya sekadar kenal, tapi sejak duduk bersebelahan, kami menjadi sangat akrab. Aku yang misteri + dia yang memahami. Kombinasi yang padu.
Temanku peminat tegar kumpulan Peterpan. Pertama kali mendengar nama tersebut
Suatu malam, kami sama-sama merenung bintang, bercerita soal masa depan, so random. Kemudian sama-sama menyanyi semua tentang kita. Walaupun kami berbeza ibarat langit dan bumi, hakikatnya kami saling melengkapi. Dan temanku itu merupakan anugerah terindah dari Allah.
Senyum lagi.
“ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud)
Menurut satu perumpamaan: Berteman dengan penjual minyak wangi kita akan ikut wangi, dan jika berteman dengan tukang besi kita akan mendapatkan bau asap dan percikan api.
Namun ianya sia-sia jika kita sekadar mengharap bau wangi dari sahabat, tanpa diri kita sendiri berusaha untuk mewangikan diri (dengan kata lain, menghias diri dengan akhlak terbaik, dan terlebih dahulu berbuat baik pada sahabat).
Bukankah tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah?
Umumnya, kita lebih suka menerima tanpa berusaha untuk memberi. Kita inginkan sahabat setia dalam susah dan senang, namun culas dalam menunaikan hak sahabat yang memerlukan. Kita mengeluh beranggapan tiada sahabat yang memahami, namun bicara tiada adab bak sembilu, melukai mereka.

Justeru, dengan memberi kita akan menerima. Alhamdulillah, di sepanjang hayat ini telah ramai kutemui sahabat2 yang sudi berkongsi susah dan senang. Siapa pun mereka, dari mana pun, walau fikrah berlainan, bukan halangan untuk menjalin ikatan hati yang suci. Dan tiada balasan yang lebih kita harapkan selain redha Allah.
Sehingga kini, aku masih percaya, biar pun...pernah ada luka yang hadir atas nama persahabatan.

.....................................................................................
Semua tentang kita
Waktu terasa semakin berlaluTinggalkan cerita tentang kitaAkan tiada lagi kini tawamuTuk hapuskan semua sepi di hati
Ada cerita tentang aku dan diaDan kita bersama saat dulu kalaAda cerita tentang masa yang indahSaat kita berduka saat kita tertawa
Teringat di saat kita tertawa bersamaCeritakan semua tentang kita

2am
Random.
"Manusia merancang dengan cita-cita, sedang Allah merancang dengan cinta."
Terjumpa kalam ini di mukabuku.
Kalaulah aku ada kebolehan macam Dumbledore yang boleh pull out the memories with his magic, i would do it right away. Tapi itu sekadar fantasi dunia, yang hanya boleh dilihat dengan mata, bukan percaya dengan hati.
Dumbledore, guru besar Hogwarts --> fantasi
Abu Bakar --> sahabat nabi, khalifah pertama khulafa ar-rasyidin --> kenyataan, sirah agung
Apa hebatnya Dumbledore yang wujudnya ilusi, berbanding Abu Bakar yang imannya lebih berat walau dibanding iman seluruh umat nabi yang dikumpulkan bersama ?
Bagaimana sahabat yang satu ini menjadi begitu istimewa, pernah aku tertanya. Sehinggalah bertemu kisah2 indah pengorbanannya dan kesetiaannya pada Kekasih Allah. Mendapat gelaran As-Siddiq, juga selalu dicemburui Umar, kerana Abu Bakar sentiasa yang pertama dalam melaksanakan kebaikan. Manis kan ?
Fikiran yang sarat ini perlu dikembalikan semula pada titik tenang.
"Dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang."
Menelusuri sirah lalu juga sumber kedamaian dan kekuatan bagi penjejak bahagia. Aku mahu tenang dalam menilai situasi. Sukarnya meneka hati insani, lebih sukar menyuluh hati sendiri.

June 24, 2012
Permulaan pada kemenangan yang lain
Terbayang jutaan rakyat Mesir di medan Tahrir.
AllahuAkbar!
Sujud syukur atas kemenangan ini. Kemenangan ini milik umat Islam sejagat. Kemenangan ini merupakan permulaan pada kemenangan-kemenangan seterusnya. Islam akan tertegak di muka bumi. Ini janji Tuhan yang pasti. Terus bekerja untuk kemenangan tu, semestinya tanggungjawab semua, tiada yang terkecuali.
Tegakkan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat, dunia, alam semesta.
p/s: Sahabatku di sana berkongsi cerita. Suasana kini bingit dengan hon-hon kereta gaya Arab yang berbagai rentak, simbolik gembira. Unik!
Tahniah Dr Muhammad Morsi.

Simpang kehidupan
Asalnya, MoMenTo Sutera ini mahu kubiarkan sepi hingga akhirnya.
Tapi terdetik rasa sayang, kerana serba sedikit hidupku terakam disini. Laman yang tidak ilmiah, bukan jua laman yang lagha, sekadar membawa hati menilai sesuatu dari sudut yang paling seni. Menilai dengan mata hati. Laman yang menjadi saksi perjalanan menyakitkan, di bumi jihad kecil ini.
Entri ni ditulis dalam suasana yang begitu hening. Teman2 kebanyakannya sudah pulang (going home for good). Dan kita katakan, semoga bertemu lagi.
4 tahun di taman ilmu dan budi. Tambah 2 tahun di pusat asasi, menjumlahkan 6 tahun aku hidup sebagai anak dagang.Oversea Over the sea. Sekolah kehidupan yang begitu bermakna, yang barangkali tak mungkin kujumpai di tempat lain. Mengenal sahabat, tarbiyah, medan amal, pengurusan emosi, ketawa, menangis, kecewa, dan 1001 rasa yang sukar sekali diterjemah dengan kata-kata. Mencecah tahap ini, terbit rasa aneh yang amat mengganggu..
Ianya seperti berada di dua persimpangan. Atau mungkin lebih dari itu.
Perjuangan tidak berakhir, malah baru bermula. Dan ini perjuangan sebenar seorang yang menggalas tanggungjawab hamba dan khalifah, jua anak yang mahu berbakti. Keputusan hidup tidak sekadar bertunjang pada kemahuan diri, segalanya harus mengambil kira kemaslahatan insan-insan sekeliling.
Memikirkannya sahaja terasa letih. Takut. Cemas.
Hasbunnallahu wani'mal wakil.
Adakah yang mahu berjalan seiring?
Tapi terdetik rasa sayang, kerana serba sedikit hidupku terakam disini. Laman yang tidak ilmiah, bukan jua laman yang lagha, sekadar membawa hati menilai sesuatu dari sudut yang paling seni. Menilai dengan mata hati. Laman yang menjadi saksi perjalanan menyakitkan, di bumi jihad kecil ini.
Entri ni ditulis dalam suasana yang begitu hening. Teman2 kebanyakannya sudah pulang (going home for good). Dan kita katakan, semoga bertemu lagi.
4 tahun di taman ilmu dan budi. Tambah 2 tahun di pusat asasi, menjumlahkan 6 tahun aku hidup sebagai anak dagang.
Ianya seperti berada di dua persimpangan. Atau mungkin lebih dari itu.
Perjuangan tidak berakhir, malah baru bermula. Dan ini perjuangan sebenar seorang yang menggalas tanggungjawab hamba dan khalifah, jua anak yang mahu berbakti. Keputusan hidup tidak sekadar bertunjang pada kemahuan diri, segalanya harus mengambil kira kemaslahatan insan-insan sekeliling.
Memikirkannya sahaja terasa letih. Takut. Cemas.
Hasbunnallahu wani'mal wakil.
Adakah yang mahu berjalan seiring?
April 13, 2012
Mahu menulis
Kasihan laman sutera terbiar sepi. Serasa panjang benar perjalanan kali ini, mercabar kesabaran yang dipasak teguh dalam siri. Bermulanya klinikal di HUSM shingga sekarang sedang berjuang di Hospital Ampang, tidak henti badai silih berganti.
Adakah ini klimaks? Mula memikir-mikir hala tuju, mula ditujah persoalan pertanggungjawaban dan sebagainya. Ah, kadang-kadang aku rindukan usia kecilku yang tidak perlu merisaukan apa-apa. Riang ria.
Beberapa ujian besar telah dan sedang menjengah. Cuba sedaya upaya bermanis muka, mahu berjiwa seluas samudera. Tapi fitrah manusia yang penuh kelemahan, bila lisan tidak berkata, airmata menjadi perantara. Mengadu pada Dia yang Maha Mendengar. Maha Mengetahui. Maha Mengasihani.
Mahu menulis, tapi jemari seakan kaku, jiwa membeku
Mahu menulis, rupanya di atas angin
Mahu menulis, entah di mana ilham rasa
Mahu menulis, sukma terus diam membisu
Mahu menulis, tapi aku seperti hilang
Bersama apa yang mahu dituliskan
Hilang dalam kelam.

Subscribe to:
Posts (Atom)