Ini hijrah saya, walaupun bukan pada tarikh hijrah.
Rasanya lebih selesa blogging di sini. Entah mengapa, namun saya merasakannya. Tepat pula pada tarikh 14 Februari, oh, adakah saya tergolong dalam orang yang meraikannya? Nauzubillah..moga Allah selalu melindungi anak rantau ini.
Berbicara tentang tarikh yang membuatkan hati pasangan kekasih berbunga-bunga tanpa perlu menunggu musim bunga, hati rasa kesal sekali. Entah apalah yang istimewanya sehingga hari sebegini perlu diraikan. Inilah agenda barat. Dan kita menjadi pak turut, mengikut sahaja semua yang mereka amalkan. Memang nampak seronok. Apa tidaknya, bertukar-tukar bunga, hadiah, makan2 berdua, wah seakan dunia ini mereka saja yang punya. Lupa dunia, lupa Allah, lupa ibubapa, akhirnya terjerumus dalam lembah zina. Kesal pada keesokan harinya? Ataupun rasa seronok pula berzina? Tepuk dada tanya iman.
Sahabat2 di UIA Kuantan ini pula sedang hangat dengan topik cinta dan perkahwinan. Saya tumpang mendengar. Memang menarik tapi bila persoalan ini terlalu kerap dibincangkan, saya rasa muak. Muak kerana minda kita hanya dipenuhi dengan impian dan angan2. Sedangkan kita harus berpijak di dunia nyata. Memang kita perlu merancang, memikirkan siapakah calon pasangan hidup, berdoa dan belajar ilmu rumahtangga. Itu sudah semestinya. Tapi janganlah sampai persoalan ini menenggelamkan persoalan hidup yang lain. Tentang da'wah dan matlamat sebenar kehidupan kita. Saya rasa sedih sekali melihat sahabat2 sebaya saya di luar sana. Semalam saya bersama-sama sahabat yang lain terlibat dalam operasi ambush, dan di sana kami melihat bermacam jenis pemandangan. Pasangan berkepit bercinta-cintaan, melepak sambil merokok, dan ada juga yang duduk2 sahaja!
Rasa sedih kerana belum mampu berbuat apa2 untuk ummah. Menjadi tanggungjawab kita untuk memberi kesedaran kepada mereka, walau ia mengambil masa yang begitu panjang. Usahlah merasa terlalu selesa sehingga lupa pada tanggungjawab yang satu ini. Dakwah dan tarbiyyah. Saya juga sering terlupa, mohon ingatkan.
Saya memang rasa pening kerana terlalu banyak mendengar isu cinta dan kahwin. Bersederhanalah. Seorang sahabat saya berkata,
"Pada usia begini memang kita akan banyak berbicara soal kahwin"
Tidak dinafikan. Namun sejujurnya bagi saya, pada usia sebegini kita harus banyak bicara tentang perjuangan. Ya, masakan tidak. Sultan Muhammad Al-Fatih membebaskan Constantinople semasa baginda berusia 25 tahun!
Bukankah begitu?
February 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment