February 14, 2009
Valentine oh valentine
Tadi saya menerima mesej dari seorang hamba Allah.
"Sunyinya kat sini..orang lain seronok sambut valentine.."
"Takpela, bukannya apa sangat nak diraikan"-saya
"Sekurangnya-kurangnya rasa bahagia disayangi orang lain"-hamba Allah
Serabutnya kepala saya. Beginikah jalan fikiran kita? Menyayangi tidak terhad pada tarikh dan masa. Hebat sekali penangan valentine.
Adakalanya saya rasa takut. Virus ini boleh sahaja menular bila2 masa, takut saya yang terjebak sama. Kita tidak mampu meramal masa depan. Hidayah itu milik Allah. Semoga hati2 kita sentiasa di bawah bimbingan-Nya..
Anak rantau harus kuat. Pada ketika ini saya sedang berperang dengan perasaan. Namun begitu, segala masalah yang datang harus diurus dengan baik. Susahnya hendak mengubah persekitaran. Susahnya hendak buat nahi munkar. Sehingga satu tahap, hendak buat amar ma'ruf pun tidak mampu. Apabila berdepan dengan ahli keluarga atau saudara mara, lidah menjadi kelu. Bersuara sedikit, ditepis dengan pelbagai kata. Andai dijawab dikata tidak menghormati orang tua. Akhirnya kumungkaran berlaku di depan mata. Tegahan Tuhan dilanggar semahunya. Suruhan Tuhan dipertikai dengan hujah2 ciptaan manusia. Bagaimana agaknya cara yang terbaik untuk berhadapan dengan situasi sebegini?
Nampaknya harus berhenti di sini dulu. Selasa ni exam food science, tak study sangat lagi. Sungguh berisiko bagi saya.
-Semoga kita sentiasa beristiqamah dalam beragama-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment