Leganya sudah habis exam UNGS 2040. Nasib baik Ustaz Razak tak bagi soalan esei. Itu perkara pertama yang dipastikan tadi setelah mendapat kertas soalan. Soalannya? Alhamdulillah, ok kot..sekarang perlu fokus untuk subjek yang lagi 'power'. Runsing memikirkan, rasanya minggu hadapan adalah minggu yang sangat menyesakkan . Minggu exam, minggu program, minggu hantar assignment, semuanya hendak disumbat dalam minggu yang sama.
Beberapa hari ini saya sedar, diri telah melakukan satu kesalahan. Apakah itu? Biarlah ia menjadi rahsia. Yang pasti, saya telah silap menilai peribadi seseorang. Untuk pengetahuan, saya sangat suka membuat 'observation'. Memerhati sekeliling, termasuklah melihat ragam manusia. Darinya saya belajar banyak perkara. Selalunya, akal ini ligat mentafsir sikap seseorang berdasarkan penampilannya, cara berjalan, bercakap, mahupun caranya memandang. Entah dari siapa saya mewarisi sikap ini. Apapun, saya memang suka memerhati dan cuba membuat hipotesis awal. Selalunya andaian itu tepat, walaupun kadangkala tersasar juga. Kali ini, kesilapan berlaku lagi. Ingin sahaja saya meminta maaf pada insan tersebut, tapi tidak relevan rasanya. Lagi pula, saya tidaklah pernah berprasangka yang tidak2 terhadap insan tersebut. Cumanya, penilaian awal itu nyata menyalahi sikap sebenar empunya badan. Mujur saya tidak pernah percaya pada anggapan2 yang muncul, tanpa bukti mana mungkin kita boleh membuat apa2 kesimpulan.
"Dont judge a book by its cover"
Pepatah Inggeris ini amat sesuai sekali dengan situasi di atas. Kita boleh CUBA menilai, namun jangan terus menghukum. Luaran tidak semestinya menggambarkan diri sebenar seseorang. Kita ini selalu berlagak pandai, mengata orang itu dan ini, tetapi tidak cuba melihat diri di cermin. Maaf, ini mungkin kedengaran sinis, cuma saya agak 'anti' dengan sikap sebegini. Hati yang sejuk boleh menjadi panas bila mendengar kata2 berbaur unsur sebegitu. Bila berlaku kesalahan, masing2 mula menuding jari. Orang itu salah, orang ini salah, kalau tidak buat bgitu, tidak jadi begini, dan macam2 kata lagi bagi meletakkan segala kesalahan di bahu orang lain. Akhirnya masalah tidak pula selesai.
Saya bukan hendak emosi, cuma hakikat sebegini membuat hati terasa penat.
"I found Islam but i cannot found Muslim", kata Ustaz Razak dalam salah satu lecture nya. Dalam diam hati ini mengiyakan kata2 itu. Kedengaran terlalu prejudis namun itulah hakikatnya. Umat Islam zaman ini sudah jauh dari Tuhan..dilalaikan dengan segala jenis hiburan, dan bermacam bentuk pemikiran. Ada yang gila shopping, gila bola, dan bermacam jenis kegilaan yang diwujudkan. Diajak bicara tentang agama, katanya tidak mahu hipokrit, tidak cukup alim, buang masa dan bermacam-macam jawapan lagi. Diajak bicara tentang Palestin, dibalas dengan,
"Peduli ape aku dengan diorang tu!"
Ah, hidup kita memang dipenuhi dengan hasad dengki, benci-membenci, tidak peduli, dan pelbagai kategori 'gila'. Kita hanyut dan terus hanyut..dan kesudahannya umat Islam yang begitu ramai menjadi buih di lautan. Maruah agama dipijak-pijak dan kita masih lagi ketawa tanpa rasa kepedulian.
Maafkan saya, ini hanyalah luahan kekecewaan dari hati ini. Teguran ini khusus untuk diri saya, yang selalu membuat kesalahan samada sedar ataupun tidak. Untuk mengubah masyarakat, kita harus mengubah diri dahulu. Pemuda-pemudi harapan agama, janganlah terus hanyut dalam dunia yang tiada kesudahan. Dunia ini pasti ada sudahnya. Pasti. Maka gunakanlah masa muda ini untuk menegakkan kembali syiar Islam yang kian malap. Nyalakan semangatmu persis Salahudin al-Ayyubi dalam perjuangannya membebaskan Baitulmaqdis.
Saya juga sering bertanya pada diri..
"Apakah yang telah aku sumbangkan untuk agamaku?"
Diam. Tidak mampu menjawab.
Nanti kita juga akan disoal di hari pengadilan...
February 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment