February 15, 2009

Pagi yang hening..



Riangnya kicauan burung. Dari bilik saya kedengaran sangat jelas. Suasana terasa sangat indah, oh mereka sedang bertasbih pada-Mu ya Allah! Sedangkan ramai umat manusia masih berdengkur di bawah selimut di kala ini.

Perasaan saya sedikit keliru, lantaran terlalu banyak berfikir sebelum tidur, barangkali..namun saya merasa sangat jelas dengan kehadiran seseorang yang membuatkan jiwa ini rasa begitu tenang dan selamat..Dia datang dan memeluk saya. Ibu, datang dengan sekuntum senyum. Seakan-akan mengerti gejolak hati ini. Mengerti akan keluh-kesah yang membelenggu segenap jiwa. Ya Rahman, hebat sungguh kekuasaan-Mu..

"Maka janganlah engkau sesekali mengatakan kepada kedua-duanya (ibu bapa) dengan perkataan 'ah' dan janganlah mengherdik kedua-duanya. Dan katakanlah kepada kedua-duanya ucapan yang mulia, merendah dirilah di hadapan kedua-duanya dengan menunjukkan kasih sayang dan katakanlah, "Oh Tuhanku, kasihilah kedua-dua ibu bapaku sebagaimana mereka telah mendidik aku sewaktu aku kecil" Al-Isra':23-24

Sebagai anak, saya merasa sakit hati andai ada insan yang melukai mereka. Lebih-lebih lagi dengan sengaja. Walaupun dipisahkan oleh luasnya Laut China Selatan, jiwa ini terasa perit mengenangkan hal ini. Tolonglah, hentikan semua tindakan yang kurang bijak itu. Berhentilah membuat mereka bersedih. Saya merayu, kalau itu dapat membuatmu mengerti dan berubah..

Ya, jangan biarkan perjuangan menenggelamkan doa2 kita untuk insan2 yang telah banyak berkorban. Mereka yang mendoakan kita siang dan malam. Mereka yang merelakan perpisahan demi masa depan anak2. Kadangkala kita terlupa, saya juga, lantaran terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sedih sekali, ramai di kalangan kita yang jadi leka bila sudah jauh dari pandangan ibu bapa. Asyik dengan hiburan, berbelanja boros, keluar tidak kira masa, dan langsung mengabaikan pelajaran. Amanat ayah bonda ditolak tepi. Jangan begitu sahabat, kesempatan ini tidak lama. Selagi kita berpeluang untuk berbakti dan menggembirakan mereka, lakukanlah sedaya mungkin. Supaya di akhirnya tiada penyesalan..

Tidak berniat mahu emosi, ini cuma muhasabah pada hati2 kita yang selalu lupa~

4 comments:

Citra Muslimah said...

salam adikku..

kitak nang fotostat mak kitak,hehe.. kiut, macam pusak..geram kamek nak micit pipi kitak.. salam rindu dari kejauhan..=)

SuTeRa said...

salam sayang..
hehe, fotostatkah?
eh adakah nak micit pipi kmk =)
ktkla..
sama tembam juak bah
rindu ehh..

fakhrie said...

eerrrr..xpham komen,blog utk bdk srawak jeke..?
husna mmg tembam bah.

SuTeRa said...

ish pakri ni
sibuk je
yang penting kakak tu kate husna comey
pusak tu maksudnya kucing
=)