February 28, 2009

Yang mana satu?

Hari yang bersemarak...
UIAM Kuantan meriah sekali hari ini. Lebih tepatnya minggu ini. Banyak sekali program yang berlangsung. Interfaith dialogue, kursus kahwin, bowling tournament, early marriage dan social ethics. Kami jadi rambang mata, tidak tahu mana yang patut diutamakan.

Pada mulanya, saya berniat mahu mengikuti kursus kahwin =)
Tapi rasa kelakar pula, sebab melihat pada diri yang totally tak layak lagi untuk semua itu. Kakak pun awal2 lagi sudah melarang. Katanya tak sesuai dengan saya yang masih macam kanak2. Betul ke? Eh, salah kot..
Apapun, akhirnya saya membatalkan hasrat itu. Hati ini lebih teruja untuk pergi ke interfaith dialogue. Dan keputusan ini nyata tidak silap. Kami pulang dengan hati yang puas. Sejak dari bangku sekolah, saya sudah bergaul dengan ramai kawan2 yang bukan seagama. Sudah banyak pendapat dan keraguan yang pernah timbul. Hal itu mencetuskan minat saya terhadap isu perbezaan agama. God is one, but why we have many different religions? Itu adalah salah satu persoalan yang dibangkitkan oleh seorang sister semasa sesi soal jawab. Kami sangat kagum pada Shah Kirit kerana dia mampu menjawab segala persoalan yang dilontarkan dengan jelas berserta dalilnya sekali. Sangat jelas, tanpa menimbulkan keraguan.

Cukuplah, saya tidak mahu mengulas panjang. Bagi yang hadir tentulah dapat menilai sendiri mana yang benar dan mana yang harus diteliti semula. Perjalanan mencari kebenaran adalah suatu perjalanan yang panjang dan sukar bagi mereka yang dilahirkan sebagai non-muslim. Tiada paksaan dalam beragama, itu sudah tentu. Namun apabila kebenaran dan hidayah mengetuk pintu hati, sambutlah ia dengan penuh kesyukuran. Semoga kita semua sentiasa mendapat limpahan hidayah-Nya..

Walaupun saya tidak mengikuti kursus kahwin, tanpa disangka-sangka 'ter'daftar pula nama untuk program early marriage. Ops! Tak salah kan? Mungkin di sini segala keraguan akan terjawab. Mungkin diri akan lebih bersedia. Mungkin diri akan lebih berani mengambil risiko. Mungkin, mungkin, dan mungkin =)

Apapun yang kita lakukan, biarlah ia berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Samada dalam beragama, berpoligami, berniaga dan dalam apapun rutin hidup kita. Kadangkala, bila sudah merasa diri terlalu bijak, kita ini mulalah membuat teori sendiri. Akhirnya muncullah segala macam filosofi dan falsafah yang adakalanya menyimpang jauh dari agama. Contoh yang paling mudah adalah teori yang dihasilkan oleh Sigmund Freud. Beliau adalah seorang sekular. Ah, teorinya lebih banyak membincangkan tentang isu libido. Ianya telah menjadi kontroversi dan ramai pemikir Barat yang tidak menyetujui teori beliau.

Mungkin pada entri yang lain kita akan berkenalan dengan Sigmund Freud. Rasanya lebih aula' untuk kita berkenalan dulu dengan Rasulullah dan para sahabat. Kita susuri sirah nabawiyyah. Saya baru berjaya membelinya di gerai buku HEALS beberapa hari lepas.

Semoga kita akan lebih menghargai agama Islam yang mana kita sangat bertuah kerana tidak perlu bersusah-payah mencari kebenaran seperti sahabat2 kita di luar sana. Darah Rasulullah pernah mengalir demi untuk menyebarkan agama yang tercinta ini. Sahabat2 menemui syahid demi mempertahankan kesuciannya.

Sesungguhnya solatku, hidupku, dan matiku adalah kerana Allah swt~

2 comments:

izzahismail said...

Husna,
kte teringat2 program tadik.
bestnye :))

SuTeRa said...

a ah..
best kan?
ade pluang kte pgi lg...