August 4, 2009

sebuah nostalgia

Dalam keluarga besarku, hanya aku seorang yang tidak dilahirkan di Kuching. Tempat lahirku adalah di sebuah daerah yang jauh daripada Kuching. Ini kerana ayah telah ditukarkan ke JKR di daerah kelahiranku. Maka itulah modal TERBAIK untuk abang2 mengusik adik bongsu mereka, adakalanya sehingga menangis. Ish, memang itulah hobi mereka.

Mencecah usia 8 tahun, ayah ditukarkan semula ke Kuching. Maka kami sekeluarga pun berpindahlah dengan barang2 yang banyak sekali. Oh ya, kucing2 peliharaan kami juga ikut berpindah. Kalau tidak silap, ada 4 ekor. 3 ekor anak kucing bersama ibu mereka, semuanya berbulu hitam. Comel sangat, sebab tu kami tak sanggup nak tinggalkan mereka.

Bermulalah penghidupan baru kami. Ayah tidak suka tinggal di kawasan perumahan, jadi sebelum berpindah lagi ayah telah membina sebuah rumah hasil inspirasi sendiri. Baiti jannati. Adik- beradikku ada 7 orang dan setiap orang punyai bilik sendiri. Tapi aku memilih untuk sebilik dengan kakak kerana pada masa itu aku memang seorang yang penakut,hehe..

Rumah itu melalui banyak proses renovation, kerana memang itulah hobi ayah. Ada2 saja ilham barunya, dan setiap tahun berlakulah banyak transformasi yang adakalanya di luar jangkaan. Ibu pula seorang yang sangat sukakan landskap. Dialah yang menjadikan kawasan sekeliling rumahku penuh dengan bunga-bungaan. Kalau nak harapkan aku dengan kakak, alamatnya tanam bunga hidroponik jela (wujudkah?). Jadi tempat ibu selalu bersantai tentulah di taman bunga ciptaannya.

Terlalu banyak kenangan yang tercipta di rumah itu. Bila semua ahli keluarga berkumpul, memang kecoh sangat. Abang2 aku nampak je dah besar panjang, tapi perangai kadang2 macam budak2. Mengusik dan menyakat memang satu kemestian. Aku memang geli dengan spesies ulat, tak kiralah ulat apapun, hidup ataupun mati. Abang kalau jumpa ulat mesti akan kejar aku keliling rumah. Kejam kan? Tapi manisnya detik2 seperti itu. Bila teringat aku pasti tersenyum sendiri...

Ramai yang kata, kami adik beradik macam tak pernah bergaduh dan rapat sangat. Aku pun tak tahu nak komen macam mana, tapi mungkin itulah yang telah diterapkan oleh ayah dan ibu dalam diri kami. Saling menghormati, dan kalau pun ada yang tak puas hati, bersabar dan jangan sampai bergaduh. Jadi walaupun kadang2 ada salah faham, tapi kami tetap bersatu.

Mungkin kerana melihat kebahagiaan2 ini, ada yang iri...

Nikmat2 yang Tuhan kurniakan, adalah sebagai satu rahmat atau ujian. Kita sebagai hamba harus sentiasa mensyukuri segala kurniaanNya. Tidak terlintas sedikit pun rasa riak dan sombong atas apa sahaja kelebihan yang Dia telah limpahkan ke atas keluargaku, samada dari segi materi mahupun dari segi kasih sayang yang erat. Tidak pernah. Kerana semua itu hanya pinjaman dari Dia. Sementara sahaja.

Kini, mengetahui bahawa rumah yang penuh impian dan kasih sayang akan hanya tinggal sebagai kenangan, aku akur. Meski hati ini pedih. Semakin pedih kerana di sana ada yang meraikan musibah ini, yang direncanakan penuh teliti, dalam diam mengatur strategi. Namun kami masih mampu mengatur langkah sambil tersenyum, dengan memandang ibrah di sebalik musibah ini. Kamu tidak akan mengerti!

3 comments:

utp ex-mrsm said...

Huhu.. complicatednye crite una.. Ape2 pon just letak dalam ati yang setiap ape yang berlaku tu ade hikmahnye. smile ^^

SuTeRa said...

=)
jgn pening2 ok...

utp ex-mrsm said...

kene pening gak. byk assignment x siap. naseb bek utp cuti h1n1 :P