February 28, 2009

Yang mana satu?

Hari yang bersemarak...
UIAM Kuantan meriah sekali hari ini. Lebih tepatnya minggu ini. Banyak sekali program yang berlangsung. Interfaith dialogue, kursus kahwin, bowling tournament, early marriage dan social ethics. Kami jadi rambang mata, tidak tahu mana yang patut diutamakan.

Pada mulanya, saya berniat mahu mengikuti kursus kahwin =)
Tapi rasa kelakar pula, sebab melihat pada diri yang totally tak layak lagi untuk semua itu. Kakak pun awal2 lagi sudah melarang. Katanya tak sesuai dengan saya yang masih macam kanak2. Betul ke? Eh, salah kot..
Apapun, akhirnya saya membatalkan hasrat itu. Hati ini lebih teruja untuk pergi ke interfaith dialogue. Dan keputusan ini nyata tidak silap. Kami pulang dengan hati yang puas. Sejak dari bangku sekolah, saya sudah bergaul dengan ramai kawan2 yang bukan seagama. Sudah banyak pendapat dan keraguan yang pernah timbul. Hal itu mencetuskan minat saya terhadap isu perbezaan agama. God is one, but why we have many different religions? Itu adalah salah satu persoalan yang dibangkitkan oleh seorang sister semasa sesi soal jawab. Kami sangat kagum pada Shah Kirit kerana dia mampu menjawab segala persoalan yang dilontarkan dengan jelas berserta dalilnya sekali. Sangat jelas, tanpa menimbulkan keraguan.

Cukuplah, saya tidak mahu mengulas panjang. Bagi yang hadir tentulah dapat menilai sendiri mana yang benar dan mana yang harus diteliti semula. Perjalanan mencari kebenaran adalah suatu perjalanan yang panjang dan sukar bagi mereka yang dilahirkan sebagai non-muslim. Tiada paksaan dalam beragama, itu sudah tentu. Namun apabila kebenaran dan hidayah mengetuk pintu hati, sambutlah ia dengan penuh kesyukuran. Semoga kita semua sentiasa mendapat limpahan hidayah-Nya..

Walaupun saya tidak mengikuti kursus kahwin, tanpa disangka-sangka 'ter'daftar pula nama untuk program early marriage. Ops! Tak salah kan? Mungkin di sini segala keraguan akan terjawab. Mungkin diri akan lebih bersedia. Mungkin diri akan lebih berani mengambil risiko. Mungkin, mungkin, dan mungkin =)

Apapun yang kita lakukan, biarlah ia berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Samada dalam beragama, berpoligami, berniaga dan dalam apapun rutin hidup kita. Kadangkala, bila sudah merasa diri terlalu bijak, kita ini mulalah membuat teori sendiri. Akhirnya muncullah segala macam filosofi dan falsafah yang adakalanya menyimpang jauh dari agama. Contoh yang paling mudah adalah teori yang dihasilkan oleh Sigmund Freud. Beliau adalah seorang sekular. Ah, teorinya lebih banyak membincangkan tentang isu libido. Ianya telah menjadi kontroversi dan ramai pemikir Barat yang tidak menyetujui teori beliau.

Mungkin pada entri yang lain kita akan berkenalan dengan Sigmund Freud. Rasanya lebih aula' untuk kita berkenalan dulu dengan Rasulullah dan para sahabat. Kita susuri sirah nabawiyyah. Saya baru berjaya membelinya di gerai buku HEALS beberapa hari lepas.

Semoga kita akan lebih menghargai agama Islam yang mana kita sangat bertuah kerana tidak perlu bersusah-payah mencari kebenaran seperti sahabat2 kita di luar sana. Darah Rasulullah pernah mengalir demi untuk menyebarkan agama yang tercinta ini. Sahabat2 menemui syahid demi mempertahankan kesuciannya.

Sesungguhnya solatku, hidupku, dan matiku adalah kerana Allah swt~

February 25, 2009

Menelusuri peristiwa berdarah di Karbala...

Entri kedua untuk hari ini. Kerana esok belum pasti ada.
Kali ini saya akan berbahasa 'aku'.

Kerana ini adalah nota kepada diri...

Sepetang ini aku memanfaatkan masa yang ada untuk menelusuri tragedi berdarah di Karbala. Maha Besar Allah yang menggerakkan hatiku untuk menghayati peristiwa ini. Dia mengerti kegundahan hatiku, dan memberiku kesempatan untuk mengutip ketabahan dari kisah yang memilukan ini.

Siapapun akan mengalirkan airmata sepanjang menelusuri sirah ini. Cucu Rasulullah yang mulia, Imam Husain syahid di lautan darah karbala. Allah dan Rasul-Nya menyaksikan jihad yang penuh keterasingan ini. Beliau menentang manusia2 yang sudah tidak peduli tentang syurga dan neraka berseorangan. Semua sahabat2 dan ahlul bait yang bersama beliau telah syahid terlebih dahulu, mengorbankan segenap jiwa raga untuk memelihara maruah Islam dan melindungi pemimpin yang disanjungi. Imam Husain mewarisi kehebatan ayahandanya dalam berperang. Masakan tidak, Saidina Ali karamallahu wajhah memang seorang yang hebat dan berani, sehingga diberi gelaran sebagai singa Allah.

Imam Husain mencabar tentera Umar bin Sa'ad untuk bersemuka satu lawan satu. Ya, siapa sahaja yang berlawan secara satria dengannya pasti akan tumpas. Kehebatan beliau membimbangkan Umar bin Sa'ad. Andai dibiarkan sahaja, maka tenteranya akan habis dibunuh oleh Imam Husain. Maka celakalah mereka, memungkiri janji, dan mengepung Imam Husain dari segenap penjuru. Inilah saat2 genting, di mana manusia2 keji ini telah lupa siapa yang mahu mereka penggal. Ah, aku tidak dapat menahan sebak ketika membayangkan insan mulia ini dihujani dengan anak panah, dilempar dengan batu, ditusuk dengan besi dan pedang, dan akhirnya dipenggal dengan kejam oleh manusia durjana berhati syaitan. Tiada satu bahagian pun yang tidak terkena anak panah. Kepalanya dipenggal dan ditancakkan di bucu tombak. Manusia2 durjana itu bersorak gembira. Umar bin Sa'ad memerintahkan tenteranya menginjak-injak jasad Imam Husain dengan kuda2 mereka. Ramai yang tidak mahu melakukan tindakan sebiadap itu terhadap jasad cucunda kesayangan Rasulullah itu. Namun seramai 10 orang pemuda mara dan menginjak-injak jasad insan mulia itu sehingga remuk redam dan patah tulangnya. Mereka ketawa terkekeh-kekeh seolah-olah itu kemenangan besar. Mereka seakan tidak sedar bahawa laknat Allah menanti di dunia dan pastinya di akhirat. Mereka akan mendapat kehinaan dan azab Allah. Sedangkan putera2 azzahra dan sahabat2 mereka sudah bahagia di sisi Allah dan Rasul-Nya. Itulah nikmat yang tiada terbanding. Itulah nikmat para syuhada'.

Sebelum ini aku tidak tahu. Benar, aku tidak tahu. Selama ini aku mengira bahawa kisah di karbala ini seperti peperangan yang lainnya. Rupanya ia jauh lebih kejam daripada itu. Kepala putera2 azzahra dipenggal. Ahlul bait dibiarkan kehausan, tidak dibenarkan minum walau sedikit pun air sungai Elfrat. Ahlul bait dihina sebegitu teruk. Putera puteri azzahra merintih kehausan, harta mereka dirampas, mereka ditawan dan diperlakukan dengan hina. Aku mengalirkan airmata. Hatiku sebak dalam membayangkan keresahan dan ketakutan wanita2 dan anak2 kecil. Betapa deritanya mereka..

Rasulullah pernah bersabda:
"Puteraku Husain akan terbunuh di padang Karbala dalam keadaan terasing seorang diri. Barangsiapa yang menolongnya, maka dia telah menolongku, dan barangsiapa yang menolongku, maka dia menolong putera keturunan Husain yaitu Al-Qaim dari keluarga Muhammad, dan barang siapa yang menolong kami, maka pada hari kiamat nanti dia akan dimasukkan ke dalam golonganku.'"


Sungguh, beliau sudah tahu itulah akhir kehidupan beliau. Maka pada malam sebelum pertempuran, beliau mengizinkan sahabat2 yang bersamanya untuk pulang ke kampung halaman masing2. Namun jiwa2 yang cintakan Allah dan Rasul tidak sekali-kali akan menjadi sepengecut itu. Mereka tidak cintakan dunia. Meraka dambakan kesyahidan di jalan Allah. Aku terharu sekali melihatkan kesetiaan ini. Keteguhan iman mereka tidak terbanding. Biarpun mereke semua tahu bahawa diri masing2 akan dipenggal dan digiring dengan keadaan diri yang kehausan, mereka tetap sabar dalam keimanan. Di mata masing2 terbayang lambaian syurga. Biarlah haus di dunia, namun pastinya telaga Al-Kautsar menanti menanti kedatangan mereka.

Hazrat Zainab as mengisahkan: "Pertengahan malam Asyura aku mendatangi tenda adikku, Abu Fadhl Abbas. Aku menyaksikan para pemuda Bani Hasyim berkumpul mengelilinginya. Abu Fadhl berkata mereka:

'Saudara-saudaraku sekalina, jika besok perang sudah dimulai, orang-orang yang pertama kali bergegas ke medan pertempuran adalah kalian sendiri agar masyarakat tidak mengatakan bahwa Bani Hasyim telah meminta pertolongan orang lain tetapi mereka (Bani Hasyim) ternyata lebih mementingkan kehidupan mereka sendiri ketimbang kematian orang-orang lain….'

"Para pemuda Bani Hasyim itu menjawab: 'Kami taat kepada perintahmu.'"

Hazrat Zainab juga berkisah: "Dari kemah itu kemudian aku mendatangi tenda Habib bin Madhahir. Aku mendapatinya sedang berunding dengan beberapa orang non-Bani Hasyim. Habib bin Madhahir berkata kepada mereka:

'Besok, tatkala perang sudah dimulai, kalianlah yang harus terjun terlebih dahulu ke medan laga, dan jangan sampai kalian didahului oleh satupun orang dari Bani Hasyim, karena mereka adalah para pemuka dan junjungan kita semua…' "

"Para sahabat Habib bin Madhahir berkata: 'Kata-katamu benar, dan kami akan setia mentaatinya.' "

Malam Asyura itu seakan diharapkan segela berlalu untuk menyongsong pagi dan siang yang akan mementaskan adegan keberanian pahlawan-pahlawan Karbala yang bersenjatakan keperkasaan iman dan semangat pengorbanan yang besar, semangat altruisme yang kelak terpahat dalam prasasti keabadian sejarah.

Namun demikian, kegagah beranian para pejuang Islam tentu saja mempersembahkan adegan haru biru yang merenyuhkan simpati, empati, dan hati nurani setiap insan sejati. Karenanya, dalam kitab Maqtal Al-Husain tercatat untaian syair yang menyatakan:

"Seandainya hari Asyura itu mengerti apa yang akan terjadi di dalamnya, niscaya fajarnya tidak akan menyemburat dan bersinar, sebagaimana mentarinya juga tak akan mengguyur cahaya untuk menyajikan siang."

Imam Husain as dan para pengikutnya kemudian menghabiskan saat-saat malam Asyura itu dengan ibadah dan munajat. Rintihan dan doa mereka terdengar bagai dengung lebah. Masing-masing melarutkan diri dalam suasana khusuk sujud, dan tengadah tangan doa di depan Allah SWT.

Malam Asyura adalah malam perpisahan keluarga suci Rasulullah saw di alam fana. Saat itu adalah malam pembaharuan janji dan sumpah setia yang pernah dinyatakan di alam zarrah untuk kemudian dibuktikan pada hari Asyura.

Imam Husain as sendiri sangatlah mendambakan terlaksananya janji itu. Malam itu Allah mengutus malaikat Jibril as untuk membawakan catatan ikrar yang pernah dinyatakan Imam Husain as agar cucu Rasul ini memperbaharui janjinya itu. Saat tiba di depan Imam Husain as, Jibril as berkata:

"Hai Husain, Allah SWT telah berfirman: 'Jika kamu menyesali janjimu itu, maka boleh menggagalkannya, dan Aku akan memaafkanmu.' "

Imam Husain as menjawab: "Tidak, aku tidak menyesalinya."

Malaikat Jibril as kemudian kembali ke langit, dan tatkala fajar menerangi cakrawala untuk menyongsong pagi, Imam Husain as dan rombongannya yang sudah kehabisan bekal air terpaksa bertayammum untuk menunaikan solat Subuh jamaah. Seusai tahiyat dan salam Imam Husain as berdoa kepada Al-Khalik:

"Wahai Engkau Sang Maha Penolong orang-orang suci, Wahai Sang Maha Pengampun di hari pembalasan, sesungguhnya ini adalah hari yang telah Engkau janjikan, dan hari dimana datukku, ayahku, ibuku, dan saudaraku ikut menyaksikan."

Imam Husain as kemudian membaca awal surat Al-waaqi'ah:

"Tatkala peristiwa besar (hari kiamat) terjadi, tidak ada seorangpun yang dapat mendustakan kejadiannya."

Malaikat Jibril as berkata: "Hai Husain, hari ini engkau harus terjun ke medan laga dengan jiwa yang penuh kerinduan sebagaimana kerinduan setiap orang kepada kekasihnya."

Imam Husain as menjawab: "Hai Jibril, sekarang lihatlah mereka yang terdiri dari orang-orang tua dan muda, kaya dan miskin, serta para wanita yang rambutnya sudah lusuh, para hamba sahaya, dan para anggota rumah tangga ini telah aku bina sedemikian rupa sehingga untuk menjadi tawananpun mereka siap. Mereka inilah Ali Akbar, Abbas, Qasim, 'Aun, Fadhl, Jakfar, serta para pemuda yang sudah dewasa, dan inilah mereka sekumpulan kaum wanita dan anak-anak, mereka semua telah aku bawa aku korbankan sebelum kemudian akupun akan menyerahkan nyawaku."

Jibril as menjawab: "Hujjahmu sudah sempurna, maka sekarang bersiaplah untuk menyambut cobaan besar.."

Jibril as kemudian terbang ke langit sambil berseru: "Hai pasukan Allah, segeralah mengendarai kuda!"

Mendengar suara ini, segenap pasukan Imam Husain as bergegas mengendarai kuda kemudian membentuk barisan kecil di depan barisan raksasa pasukan musuh.

Saat pasukan Umar bin Sa'ad juga sudah mengendarai kuda dan siap membantai Imam Husain as dan rombongannya, Imam Husain as memerintahkan Barir bin Khudair untuk mencoba memberikan nasihat lagi kepada musuh. Namun, apalah artinya kata-kata Barir untuk musuh yang sudah menutup pintu hati nurani mereka itu. Apapun yang dikatakan Barir sama sekali tidak menyentuh jiwa dan perasaan mereka.

Hatiku semakin sebak ketika meneruskan pembacaan, terutama pada bahagian yang aku 'paste' kan di bawah ini.


Untuk sementara kalangan, hari Asyura saat itu adalah hari jihad, pengorbanan, dan perjuangan menegakkan kebenaran. Namun, untuk kalangan lain, hari itu adalah hari pesta darah, hari perang, dan hari penumpahan ambisi-ambisi duniawi. Akibatnya, terjadilah banjir darah para pahlawan Karbala yang terdiri anak keturunan Rasul dan para pecintanya.

Hari itu tanah Karbala sedang diguyur sengatan terik mentari yang mengeringkan tenggorokan para pahlawan Karbala. Hari itu, para pejuang Islam sejati itu satu persatu bergelimpangan meninggalkan sanjungan sejatinya, Husain putera Fatimah binti Muhammad SAW. Bintang kejora Ahlul Bait Rasul ini akhirnya menatap pemandangan sekelilingnya. Wajah-wajah setia pecinta keluarga suci Nabi itu sudah tiada. Dari para pejuang gagah berani itu yang ada hanyalah onggokan jasad tanpa nyawa. Putera Amirul Mukminin sejati itu melantunkan kata mutiaranya:

"Akulah putera Ali dari Bani Hasyim, dan cukuplah kiranya ini menjadi kebanggaan bagiku. Fatimah adalah ibundaku, dan Muhammad adalah datukku. Dengan perantara kamilah Allah menunjukkan kebenaran dari kesesatan. Kamilah pelita-pelita Allah yang menerangi muka bumi. Kamilah pemilik telaga Al-Kautsar yang akan memberi minum para pecinta kami dengan cawan-cawan Rasul. Tak seorangpun dapat mengingkari kedudukan kami ini.

"Para pengikut kami adalah umat yang paling mulia di tengah makhluk, dan musuh-musuh kami adalah orang paling rugi pada hari kiamat. Beruntunglah hamba-hamba yang dapat berkunjung kepada kami di surga setelah kematian, surga yang keindahannya tak kunjung habis untuk disifati."

Hari Asyura adalah hari pementasan duka nestapa Ahlul Bait Rasul, hari rintihan sunyi putera Fatimah, hari keterasingan putera Azzahra, hari kehausan dan jerit tangis anak keturunan Nabi. "Adakah sang penolong yang akan menolong kami? Adakah sang pelindung yang akan melindungi kami? Adakah sang pembela yang akan menjaga kehormatan Rasulullah?" Pinta putera Ali bin Abi Thalib as itu kepada umat datuknya, Muhammad SAW.

Aku membandingkan iman yang ada pada diri. Oh Tuhan, jauh sekali bezanya. Kurniakanlah aku keteguhan iman persis pahlawan Karbala. Aku lemah, mudah sekali berputus asa. Aku selalu terpedaya dengan dunia. Hatiku cintakan isinya. Padahal di sisiMulah ganjaran yang tiada taranya. Aku sedih, adakah aku berpeluang meneguk kemanisan iman dan bersama-sama di taman syurga untuk bertemu dengan kekasih-Mu?

Adakah aku termasuk dalam golongan orang yang diberi nikmat untuk menatap wajah-Mu? Oh Tuhan, aku ingin bertemu dengan-Mu dalam keindahan itu, namun apa yang aku miliki sekarang tidak menjaminkan diriku untuk berada walaupun di pintu syurga. Oh Tuhan..sedihnya rasa hati memikirkan akhir perjalanan diri...
Selamatkanlah aku dari termasuk ke dalam golongan orang2 yang rugi~

Gelombang hijau

"hijaunya!"
"korang semua pakat2 pakai baju hijau ke?"

Haa..nilah gelombang hijau. Cetusan inspirasi Cik Ezzaity yang comel tu. Pelajar dietetics tahun 1 (sister sahaja) telah sepakat untuk berpakaian serba hijau sempena bermulanya HEALS' week. Kami memulakan hari Isnin dengan bersemangat. Ramai yang menegur saya kira. Inilah salah satu cara untuk mengeratkan ikatan hati kami. Secara peribadi, saya sangat gembira, kerana hijau adalah warna kegemaran saya. Mari bersama hijaukan alam sekitar!

Sekitar pemandangan di booth kami...



Ahlan wasahlan! Jangan lepaskan peluang membeli di gerai kami =)
Buah, roti, madu, brooch, buku, baju, semuanya ada di HEALS' week. Sama2 kita cetuskan gelombang yang baru. Apalagi selepas gelombang hijau?

February 24, 2009

HEALS week!


Macam bazaar. Itulah keadaannya. Tak percaya? Tengoklah sendiri. Bermula dari kawasan library sehinggalah di hadapan atm. Allied Health Sciences Students Society (HEALS') mengadakan HEALS' Week Festival. Ada macam2 aktiviti di sepanjang minggu ini. Antaranya adalah exhibition dari setiap department (optometry, audiology, dietetics, dan radiology). Juga terdapat jualan produk strawberi dan buku2 dari Saba' Islamic Media. Pendek kata, semuanya ada di sini =)

Program derma darah juga turut dijalankan. Pameran dari Aman Palestin tidak ketinggalan menyertai minggu yang bermakna ini.

Kepenatan tidak terasa, apabila melihat semua pelajar Allied bersungguh-sungguh untuk memastikan kelancaran program2 ini. Syukran jazilan! Untuk yang datang dan membeli di gerai kami, terima kasih daun keladi. Jangan lupa datang lagi =)
Program2 yang menarik menunggu untuk hari2 yang berbaki ini. Jumpa lagi nanti ya!

February 22, 2009

Mari makan

Sudah lama saya tidak menikmati pemandangan di puncak gunung. Alangkah indahnya jika dapat dikecapi lagi saat2 indah sebegitu...




Mendaki gunung adalah suatu aktiviti yang sangat menyeronokkan. Ianya menguji ketahanan mental dan fizikal. Memang sangat meletihkan, namun percayalah, keletihan itu akan hilang saat kita tiba di puncak. Subhanallah..pemandangan yang indah sebegini sangat menginsafkan diri. Keindahan ini adalah refleksi kebesaran Allah swt. Maha Hebat, Pencipta seluruh alam raya.

Saya ingin duduk di puncak gunung sambil makan makanan2 ini..



Bukan orang yang pregnant saja boleh craving for food. Sekarang saya sangat teringin hendak makan nasi kerabu dengan lauk solok. Huhu, sedapnya..
Kek coklat, abc special, aiskrim...
Tentu bahagia kalau dapat menikmati semua ni di puncak gunung. Kedengaran mengarut, tapi tak mustahil.

Apapun, makanan itu boleh dimakan di mana2 saja. Saya sangat terharu kalau2 ada yang hendak belanja. Dan jangan hairan, selera saya selera pantai Timur, walaupun diri berasal jauh di Pulau Borneo =)

February 21, 2009

Mahu bertemu awan



Kadangkala kita tak punya siapa untuk meluahkan rasa hati. Punya ramai kawan namun akhirnya menangis sendiri. Mahu salahkan mereka? Mereka juga tidak tahu apa yang bergejolak di hati. Mahu bercerita? Tidakkah ia membuka rahsia diri? Adakalanya tangisan itu bukan kerana masalah diri, tapi dek kerana ia memenuhi ruang hati, airmata meluncur tiada disedari. Kesalan demi kesalan datang bila dilanjutkan daya fikir. Semakin sesak bila tiada ketemu jalan penyudah. Di manakah puncanya? Di manakah salahnya? Kepincangan ini kerana apa? Persoalan ini mengasak-asak minda tanpa mahu berhenti. Hati seakan ditoreh-toreh dengan belati tajam, tanpa mengasihani.

Cukupkah sekadar pengertian? Adakalanya ia tidak membawa makna. Kerana akhirnya kitalah yang akan berhadapan dengan segala risiko dan akibat. Mahu atau tidak, terus saja tersenyum. Bukan hipokrit, sekadar menyenangkan hati insan lain. Kerana bila kita menunjukkan rasa hati, yang memahami mungkin saja mengerti. Tidak kurang juga ada yang kan berjauh hati. Penanggungan jiwa setiap insan berbeza. Dan penanggungan ini cukup sukar untuk dimanifestasi dengan kata2. Lebih baik untuk tidak diingati. Tapi, bagaimana mungkin untuk tidak mengingati? Bila jiwamu disesak dari segala penjuru. Merampas segala ketenangan jiwa.

Bolehkah untuk sekejap diri pergi dari segenap keriuhan ini? Sebentar cuma.



~ingin mencari kedamaian~

February 20, 2009

Kita ibarat buih

Leganya sudah habis exam UNGS 2040. Nasib baik Ustaz Razak tak bagi soalan esei. Itu perkara pertama yang dipastikan tadi setelah mendapat kertas soalan. Soalannya? Alhamdulillah, ok kot..sekarang perlu fokus untuk subjek yang lagi 'power'. Runsing memikirkan, rasanya minggu hadapan adalah minggu yang sangat menyesakkan . Minggu exam, minggu program, minggu hantar assignment, semuanya hendak disumbat dalam minggu yang sama.

Beberapa hari ini saya sedar, diri telah melakukan satu kesalahan. Apakah itu? Biarlah ia menjadi rahsia. Yang pasti, saya telah silap menilai peribadi seseorang. Untuk pengetahuan, saya sangat suka membuat 'observation'. Memerhati sekeliling, termasuklah melihat ragam manusia. Darinya saya belajar banyak perkara. Selalunya, akal ini ligat mentafsir sikap seseorang berdasarkan penampilannya, cara berjalan, bercakap, mahupun caranya memandang. Entah dari siapa saya mewarisi sikap ini. Apapun, saya memang suka memerhati dan cuba membuat hipotesis awal. Selalunya andaian itu tepat, walaupun kadangkala tersasar juga. Kali ini, kesilapan berlaku lagi. Ingin sahaja saya meminta maaf pada insan tersebut, tapi tidak relevan rasanya. Lagi pula, saya tidaklah pernah berprasangka yang tidak2 terhadap insan tersebut. Cumanya, penilaian awal itu nyata menyalahi sikap sebenar empunya badan. Mujur saya tidak pernah percaya pada anggapan2 yang muncul, tanpa bukti mana mungkin kita boleh membuat apa2 kesimpulan.

"Dont judge a book by its cover"

Pepatah Inggeris ini amat sesuai sekali dengan situasi di atas. Kita boleh CUBA menilai, namun jangan terus menghukum. Luaran tidak semestinya menggambarkan diri sebenar seseorang. Kita ini selalu berlagak pandai, mengata orang itu dan ini, tetapi tidak cuba melihat diri di cermin. Maaf, ini mungkin kedengaran sinis, cuma saya agak 'anti' dengan sikap sebegini. Hati yang sejuk boleh menjadi panas bila mendengar kata2 berbaur unsur sebegitu. Bila berlaku kesalahan, masing2 mula menuding jari. Orang itu salah, orang ini salah, kalau tidak buat bgitu, tidak jadi begini, dan macam2 kata lagi bagi meletakkan segala kesalahan di bahu orang lain. Akhirnya masalah tidak pula selesai.

Saya bukan hendak emosi, cuma hakikat sebegini membuat hati terasa penat.

"I found Islam but i cannot found Muslim", kata Ustaz Razak dalam salah satu lecture nya. Dalam diam hati ini mengiyakan kata2 itu. Kedengaran terlalu prejudis namun itulah hakikatnya. Umat Islam zaman ini sudah jauh dari Tuhan..dilalaikan dengan segala jenis hiburan, dan bermacam bentuk pemikiran. Ada yang gila shopping, gila bola, dan bermacam jenis kegilaan yang diwujudkan. Diajak bicara tentang agama, katanya tidak mahu hipokrit, tidak cukup alim, buang masa dan bermacam-macam jawapan lagi. Diajak bicara tentang Palestin, dibalas dengan,

"Peduli ape aku dengan diorang tu!"

Ah, hidup kita memang dipenuhi dengan hasad dengki, benci-membenci, tidak peduli, dan pelbagai kategori 'gila'. Kita hanyut dan terus hanyut..dan kesudahannya umat Islam yang begitu ramai menjadi buih di lautan. Maruah agama dipijak-pijak dan kita masih lagi ketawa tanpa rasa kepedulian.

Maafkan saya, ini hanyalah luahan kekecewaan dari hati ini. Teguran ini khusus untuk diri saya, yang selalu membuat kesalahan samada sedar ataupun tidak. Untuk mengubah masyarakat, kita harus mengubah diri dahulu. Pemuda-pemudi harapan agama, janganlah terus hanyut dalam dunia yang tiada kesudahan. Dunia ini pasti ada sudahnya. Pasti. Maka gunakanlah masa muda ini untuk menegakkan kembali syiar Islam yang kian malap. Nyalakan semangatmu persis Salahudin al-Ayyubi dalam perjuangannya membebaskan Baitulmaqdis.

Saya juga sering bertanya pada diri..

"Apakah yang telah aku sumbangkan untuk agamaku?"

Diam. Tidak mampu menjawab.
Nanti kita juga akan disoal di hari pengadilan...

February 19, 2009

Susahnya jadi dietitian

Di saat2 akhir menjelangnya HEALS week, banyak pula masalah yang datang. Masalah terbesar adalah berkenaan tempat. Tidak perlulah diulas terlalu dalam di sini, takut jadi isu pula. Cumanya akal saya tidak berhenti bertanya, bagaimanakah 1 tempat yang sama boleh ditempah oleh beberapa society yang berlainan, pada tarikh yang sama? It keeps haunting me. Masalah pengurusankah? Ah, kadangkala perkara sebegini memang susah hendak ditafsir. Saya cuma kasihan pada mereka2 yang telah bekerja keras untuk program masing2. Semoga jalan penyelesaian akan ditemukan secepatnya..

Dulu, saya tidak berniat pun hendak mengambil jurusan dietetics. Masih segar di ingatan, betapa bersemangatnya diri semasa interview di matriks dahulu. Pilihan pertama saya adalah physiotherapy. Sudah terbayang masa depan yang saya mahukan. Namun, Allah adalah sebaik-baik Perancang. Dipendekkan cerita, jadilah saya sebahagian dari mereka yang memasak pada setiap hari Jumaat dalam kitchen diet. Pada mulanya, diri terasa kehilangan arah. Saya tidak bersemangat. Bersyukurlah, semangat itu ditemukan setelah mendengar mutiara nasihat yang madam Aflah berikan. Kata-kata beliau ibarat siraman air yang dingin di hati ini. Bermula saat itu, saya sedar, menjadi dietitian bukan sekadar tahu tentang makanan dan penyakit. Bukan sekadar tentang diabetes dan obesiti. Ianya lebih merupakan amanah untuk seorang dietitian menjaga sumber yang bakal menjadi darah daging manusia. Seorang dietitian perlu berusaha untuk membetulkan persepsi masyarakat tentang pelbagai perkara. Halal dan haram sesuatu makanan, bagaimana cara penyediaannya, dan adakah ianya mengikuti syariat Islam? Para ibu pada zaman ini juga lebih cenderung untuk memberi susu formula kepada anak mereka, padahal di dalam susu ibu Allah telah menyediakan nutrien yang diperlukan oleh bayi. Tidak lebih dan tidak kurang. Di dalamnya juga terdapat immuniti yang amat diperlukan oleh si kecil bagi melawan jangkitan penyakit. Hebat bukan? Tapi ramai wanita yang tidak mahu menyusukan anaknya dengan alasan ingin menjaga bentuk badan. Ibu saya dahulu boleh saja 'maintain' walaupun beliau sudah beranak 5. Ada juga yang tidak percaya bahawa beliau sudah berkahwin. Menarik bukan? Pokok pangkalnya terpulang pada cara seseorang mengurus diri dan pengambilan makanan secara sihat.

Sesetengah masayarakat Barat berpendapat bahawa menutup aurat menghalang penyerapan vitamin D. Hal2 sebegini membuka minda saya, bahawa seorang dietitian juga membawa nama Islam bersamanya. Kitalah yang harus menyingkirkan segala pemikiran karut yang menghuni jiwa masyarakat. Peluang untuk berdakwah sangat besar.

"Kebelakangan ini najis saya berdarah. Doktor kata usus saya bermasalah"-hamba Allah
"Boleh saya tahu bagaimana jadual makan awak?"-bakal dietitian
"Agak tidak menentu, sebab selalu tak berselera. Kadang2 sampai sehari tak makan"-hamba Allah
"Oh, berkemungkinan besar ia berkaitan dengan cara pemakanan awak. Makanlah mengikut jadual. Perut yang dibiarkan kosong sangat tidak elok. Ikutlah nasihat doktor"-bakal dietitian
"Tidak mengapa. Saya telah berjumpa dengan dukun. Dia kata saya kena buatan orang. Sekarang rasanya dah makin ok"-hamba Allah

Dukun oh dukun. Jangan hairan, masyarakat kita masih akrab lagi dengan perkara sebegini. Nasihat doktor diabaikan, pergi berjumpa dengan dukun pula. Saya hanya mampu mengerutkan dahi. Jelas sekali bahawa cara makannya telah menyebabkan masalah itu terjadi. Tapi dek kerana mentaliti masyarakat yang masih percayakan hal2 sebegitu, akhirnya duit habis begitu sahaja. Buat apa pergi berjumpa doktor jika tidak mahu mengambil kira nasihatnya?

Semua ini menyedarkan saya, bahawa tugas dakwah sebenarnya boleh dilakukan bila2 sahaja dan di mana pun kita berada. Terlalu banyak kepincangan yang harus diperbetulkan. Oleh itu, selagi berpeluang, timbalah sebanyak-banyak ilmu. Dan curahkan ia pada semua insan yang memerlukan.

Saya juga khuatir, mampukah digalas tanggungjawab ini sebaiknya apabila sampai masa nanti? Bercakap dan menulis memang mudah. Hakikatnya, saya sedar realiti tidaklah semudah itu untuk diperkatakan. Benar, itu sudah pasti..

~Oh Tuhan, berilah kami kekuatan jiwa untuk melaksanakan dakwah ini sebaiknya. Teguhkan hati2 kami agar terus beristiqamah pada jalanMu~

February 18, 2009

Kerinduan


Nampak sedap kan?
Tiba2 rasa rindu nak masak kat kitchen diet..
Walaupun kami sangat ramai (18 org), tapi seronoknya dapat makan bersama-sama selepas penat memasak.


Sudah menjadi kemestian untuk mengambil gambar semasa sesi memasak. Kalaulah dipraktikkan di rumah, pasti kena ceramah dengan mak. Tengok tu, apron pelbagai warna. Tapi kadangkala kelakar juga, apron kami 'sebijik' macam apron makcik yang jual goreng pisang. Agaknya kami qualified untuk buat part time kat situ.

Boleh dikatakan, kitchen itu menjadi saksi eratnya ukhuwah kami. Semua kerja dilakukan bersama-sama. Tiada istilah 'nak tunjuk terer' ataupun pentingkan diri. Masih mampu tersenyum walaupun kepenatan. Asalnya, kami sekelas tidaklah begitu rapat@kenal, kerana kami berada di kelas yang berlainan semasa di matriks dulu. Selama 2 tahun sebagai orang asing, termasuklah saya! Hanya 1/3 daripada mereka yang saya kenali. Sekarang? Tengoklah sendiri =)
Gaya apakah ini?

February 17, 2009

Rembesan adrenaline

Semalam saya gagal mencari connection. Hari ini barulah berkesempatan meng'update' blog. Banyak cerita yang nak dikongsi. Cerita hari Ahad, semestinya. Masakan tidak, saya dan Kak Tasnim (medic) dikejar oleh seekor monyet. Bersyukurlah hormon adrenaline telah diciptakan Tuhan dalam badan kita, jadi saya dapat berlari tanpa ragu2. Kelakar rasanya, tidak dapat dilupakan wajah si makhluk itu. Apapun, dia mahukan makanan, kita pula nak selamatkan makanan. Dua perbezaan kehendak, tentunya menghasilkan suatu peristiwa. Positif atau negatif. Kalau kami terjatuh semasa berlari, negatiflah jadinya. Itulah cerita hari minggu.

Agak comel


Masalah datang bertimpa-timpa. Tidur jadi tidak lena. Namun, saya gagahkan hari Isnin dengan senyuman. Tidak elok bermasam muka. Lagi pula, saya perlu membacakan perutusan perdana menteri. Saya yang membaca terasa mengantuk, apalagi yang mendengar. Biarlah, yang penting semuanya sudah berakhir! Teringat kursus perkahwinan yang dibentangkan oleh kak kiah. Berbunga-bunga hati. Biasalah tu..

Bagaimana ya, hendak menangani seseorang yang sudah tiada semangat hidup? Pernahkah sahabat2 berhadapan dengan hal sebegini? Seseorang yang amat berputus harap dan berhajat untuk menamatkan sahaja kehidupannya. Semudah itu baginya. Inilah yang saya hadapi. Sungguh takut untuk memikirkan segala kemungkinan. Dia tidak dapat menerima nasihat biasa2, kerana baginya tiada siapa yang memahami situasinya. Katanya jika dia tidak membuat sesuatu, semua orang akan ditimpa kesusahan. Jadi jalan pintas itulah yang mampu difikirkan ketika ini, saat ini. Saya hanya mampu terus berdoa dan berdoa supaya Allah melembutkan hati insan itu. Kasihan pada ibu dan ayahnya, tentulah sedih andai si anak bertindak di luar jangkaan.

Dan saya tentulah turut sama berduka, kerana diri ini mengenali mereka. Sudah teramat buntu memikirkan penyelesaian, dan akhirnya hati ini yang larut dalam kesedihan. Oh Tuhan, berilah hatinya cahaya dan petunjuk-Mu. Berilah dia jalan keluar bagi masalahnya. Maafkan hamba-Mu ini, kerana telah gagal mengajak dia untuk lebih mengenali-Mu. Hamba-mu ini lemah sekali, sehingga dia akhirnya terjerumus dalam lembah kemusnahan. Maafkan aku Ya Allah..

Ya, sedih sekali kerana tidak mampu berbuat apa2 dalam situasi sebegini. Susahnya hendak mengikat hati mad'u. Terasa segala kelemahan terpikul di bahu ini. Saya perlu lebih banyak belajar. Bukan mudah hendak menyentuh hati insan2 di sekeliling kita, tidak cukup sekadar teori. Dakwah bukanlah sekadar untuk diperkatakan, bukan untuk dilaungkan sahaja, ia perlu dimanifestasi dengan usaha. Yakni amar ma'ruf wa nahi munkar. Dan amanah itu terpikul di bahu kita semua. Kerana itu kita memerlukan tarbiyyah yang berterusan. Mengapa kita perlu pada tarbiyyah? Ianya penting untuk menjaga ikatan hati kita dengan Allah. Fitrah manusia selalu sahaja lupa dan leka..

Sungguh gentar hati ini memikirkan. Ugutan dan kata hendak membunuh diri bukanlah perkara ringan!


Teringat pada exam yang baru habis. Geram dan kesal, bagi saya subjek ini membosankan, tapi mahu tak mahu saya harus menghadapinya. Sudah rasa macam zombie, kerana jadual tidur yang tidak menentu. Biarlah. Saya tidak mahu mengingatinya lagi =)

Perjuangan harus diteruskan~

February 15, 2009

Pagi yang hening..



Riangnya kicauan burung. Dari bilik saya kedengaran sangat jelas. Suasana terasa sangat indah, oh mereka sedang bertasbih pada-Mu ya Allah! Sedangkan ramai umat manusia masih berdengkur di bawah selimut di kala ini.

Perasaan saya sedikit keliru, lantaran terlalu banyak berfikir sebelum tidur, barangkali..namun saya merasa sangat jelas dengan kehadiran seseorang yang membuatkan jiwa ini rasa begitu tenang dan selamat..Dia datang dan memeluk saya. Ibu, datang dengan sekuntum senyum. Seakan-akan mengerti gejolak hati ini. Mengerti akan keluh-kesah yang membelenggu segenap jiwa. Ya Rahman, hebat sungguh kekuasaan-Mu..

"Maka janganlah engkau sesekali mengatakan kepada kedua-duanya (ibu bapa) dengan perkataan 'ah' dan janganlah mengherdik kedua-duanya. Dan katakanlah kepada kedua-duanya ucapan yang mulia, merendah dirilah di hadapan kedua-duanya dengan menunjukkan kasih sayang dan katakanlah, "Oh Tuhanku, kasihilah kedua-dua ibu bapaku sebagaimana mereka telah mendidik aku sewaktu aku kecil" Al-Isra':23-24

Sebagai anak, saya merasa sakit hati andai ada insan yang melukai mereka. Lebih-lebih lagi dengan sengaja. Walaupun dipisahkan oleh luasnya Laut China Selatan, jiwa ini terasa perit mengenangkan hal ini. Tolonglah, hentikan semua tindakan yang kurang bijak itu. Berhentilah membuat mereka bersedih. Saya merayu, kalau itu dapat membuatmu mengerti dan berubah..

Ya, jangan biarkan perjuangan menenggelamkan doa2 kita untuk insan2 yang telah banyak berkorban. Mereka yang mendoakan kita siang dan malam. Mereka yang merelakan perpisahan demi masa depan anak2. Kadangkala kita terlupa, saya juga, lantaran terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sedih sekali, ramai di kalangan kita yang jadi leka bila sudah jauh dari pandangan ibu bapa. Asyik dengan hiburan, berbelanja boros, keluar tidak kira masa, dan langsung mengabaikan pelajaran. Amanat ayah bonda ditolak tepi. Jangan begitu sahabat, kesempatan ini tidak lama. Selagi kita berpeluang untuk berbakti dan menggembirakan mereka, lakukanlah sedaya mungkin. Supaya di akhirnya tiada penyesalan..

Tidak berniat mahu emosi, ini cuma muhasabah pada hati2 kita yang selalu lupa~

February 14, 2009

Valentine oh valentine


Tadi saya menerima mesej dari seorang hamba Allah.

"Sunyinya kat sini..orang lain seronok sambut valentine.."
"Takpela, bukannya apa sangat nak diraikan"-saya
"Sekurangnya-kurangnya rasa bahagia disayangi orang lain"-hamba Allah

Serabutnya kepala saya. Beginikah jalan fikiran kita? Menyayangi tidak terhad pada tarikh dan masa. Hebat sekali penangan valentine.

Adakalanya saya rasa takut. Virus ini boleh sahaja menular bila2 masa, takut saya yang terjebak sama. Kita tidak mampu meramal masa depan. Hidayah itu milik Allah. Semoga hati2 kita sentiasa di bawah bimbingan-Nya..

Anak rantau harus kuat. Pada ketika ini saya sedang berperang dengan perasaan. Namun begitu, segala masalah yang datang harus diurus dengan baik. Susahnya hendak mengubah persekitaran. Susahnya hendak buat nahi munkar. Sehingga satu tahap, hendak buat amar ma'ruf pun tidak mampu. Apabila berdepan dengan ahli keluarga atau saudara mara, lidah menjadi kelu. Bersuara sedikit, ditepis dengan pelbagai kata. Andai dijawab dikata tidak menghormati orang tua. Akhirnya kumungkaran berlaku di depan mata. Tegahan Tuhan dilanggar semahunya. Suruhan Tuhan dipertikai dengan hujah2 ciptaan manusia. Bagaimana agaknya cara yang terbaik untuk berhadapan dengan situasi sebegini?

Nampaknya harus berhenti di sini dulu. Selasa ni exam food science, tak study sangat lagi. Sungguh berisiko bagi saya.
-Semoga kita sentiasa beristiqamah dalam beragama-

Hijrah

Ini hijrah saya, walaupun bukan pada tarikh hijrah.
Rasanya lebih selesa blogging di sini. Entah mengapa, namun saya merasakannya. Tepat pula pada tarikh 14 Februari, oh, adakah saya tergolong dalam orang yang meraikannya? Nauzubillah..moga Allah selalu melindungi anak rantau ini.
Berbicara tentang tarikh yang membuatkan hati pasangan kekasih berbunga-bunga tanpa perlu menunggu musim bunga, hati rasa kesal sekali. Entah apalah yang istimewanya sehingga hari sebegini perlu diraikan. Inilah agenda barat. Dan kita menjadi pak turut, mengikut sahaja semua yang mereka amalkan. Memang nampak seronok. Apa tidaknya, bertukar-tukar bunga, hadiah, makan2 berdua, wah seakan dunia ini mereka saja yang punya. Lupa dunia, lupa Allah, lupa ibubapa, akhirnya terjerumus dalam lembah zina. Kesal pada keesokan harinya? Ataupun rasa seronok pula berzina? Tepuk dada tanya iman.

Sahabat2 di UIA Kuantan ini pula sedang hangat dengan topik cinta dan perkahwinan. Saya tumpang mendengar. Memang menarik tapi bila persoalan ini terlalu kerap dibincangkan, saya rasa muak. Muak kerana minda kita hanya dipenuhi dengan impian dan angan2. Sedangkan kita harus berpijak di dunia nyata. Memang kita perlu merancang, memikirkan siapakah calon pasangan hidup, berdoa dan belajar ilmu rumahtangga. Itu sudah semestinya. Tapi janganlah sampai persoalan ini menenggelamkan persoalan hidup yang lain. Tentang da'wah dan matlamat sebenar kehidupan kita. Saya rasa sedih sekali melihat sahabat2 sebaya saya di luar sana. Semalam saya bersama-sama sahabat yang lain terlibat dalam operasi ambush, dan di sana kami melihat bermacam jenis pemandangan. Pasangan berkepit bercinta-cintaan, melepak sambil merokok, dan ada juga yang duduk2 sahaja!

Rasa sedih kerana belum mampu berbuat apa2 untuk ummah. Menjadi tanggungjawab kita untuk memberi kesedaran kepada mereka, walau ia mengambil masa yang begitu panjang. Usahlah merasa terlalu selesa sehingga lupa pada tanggungjawab yang satu ini. Dakwah dan tarbiyyah. Saya juga sering terlupa, mohon ingatkan.

Saya memang rasa pening kerana terlalu banyak mendengar isu cinta dan kahwin. Bersederhanalah. Seorang sahabat saya berkata,

"Pada usia begini memang kita akan banyak berbicara soal kahwin"

Tidak dinafikan. Namun sejujurnya bagi saya, pada usia sebegini kita harus banyak bicara tentang perjuangan. Ya, masakan tidak. Sultan Muhammad Al-Fatih membebaskan Constantinople semasa baginda berusia 25 tahun!
Bukankah begitu?