February 21, 2009

Mahu bertemu awan



Kadangkala kita tak punya siapa untuk meluahkan rasa hati. Punya ramai kawan namun akhirnya menangis sendiri. Mahu salahkan mereka? Mereka juga tidak tahu apa yang bergejolak di hati. Mahu bercerita? Tidakkah ia membuka rahsia diri? Adakalanya tangisan itu bukan kerana masalah diri, tapi dek kerana ia memenuhi ruang hati, airmata meluncur tiada disedari. Kesalan demi kesalan datang bila dilanjutkan daya fikir. Semakin sesak bila tiada ketemu jalan penyudah. Di manakah puncanya? Di manakah salahnya? Kepincangan ini kerana apa? Persoalan ini mengasak-asak minda tanpa mahu berhenti. Hati seakan ditoreh-toreh dengan belati tajam, tanpa mengasihani.

Cukupkah sekadar pengertian? Adakalanya ia tidak membawa makna. Kerana akhirnya kitalah yang akan berhadapan dengan segala risiko dan akibat. Mahu atau tidak, terus saja tersenyum. Bukan hipokrit, sekadar menyenangkan hati insan lain. Kerana bila kita menunjukkan rasa hati, yang memahami mungkin saja mengerti. Tidak kurang juga ada yang kan berjauh hati. Penanggungan jiwa setiap insan berbeza. Dan penanggungan ini cukup sukar untuk dimanifestasi dengan kata2. Lebih baik untuk tidak diingati. Tapi, bagaimana mungkin untuk tidak mengingati? Bila jiwamu disesak dari segala penjuru. Merampas segala ketenangan jiwa.

Bolehkah untuk sekejap diri pergi dari segenap keriuhan ini? Sebentar cuma.



~ingin mencari kedamaian~

4 comments:

izzahismail said...

sy suke post nih.
menggambar ape yang kte slalu rase most of the time.
i know sharing is caring tp mmg tak rase nak share dgn orang len ape yang ade dlm hati nih.sbb kdg2 terlalu complicated.

husna.smoga terus tabah :)

SuTeRa said...

kadang2 tu kalau btol pun nak share ngan someone, kena fkr 1000 kali.i think, abc or cendol is better. nikmatnya, hilang jap masalah =)
~innalla ma'ana~

kak ayat said...

bersempena dgn entri ktk kali tok, dijemput baca entri tok:
http://1perspektif.blogspot.com/2008/07/ada-sesiapa-peduli-tak.html

SuTeRa said...

alhamdulillah
dah pernah baca entri ya
apapun, masalah datang sebagai tarbiyyah
dalam kepahitan ada kemanisan =)