February 17, 2009

Rembesan adrenaline

Semalam saya gagal mencari connection. Hari ini barulah berkesempatan meng'update' blog. Banyak cerita yang nak dikongsi. Cerita hari Ahad, semestinya. Masakan tidak, saya dan Kak Tasnim (medic) dikejar oleh seekor monyet. Bersyukurlah hormon adrenaline telah diciptakan Tuhan dalam badan kita, jadi saya dapat berlari tanpa ragu2. Kelakar rasanya, tidak dapat dilupakan wajah si makhluk itu. Apapun, dia mahukan makanan, kita pula nak selamatkan makanan. Dua perbezaan kehendak, tentunya menghasilkan suatu peristiwa. Positif atau negatif. Kalau kami terjatuh semasa berlari, negatiflah jadinya. Itulah cerita hari minggu.

Agak comel


Masalah datang bertimpa-timpa. Tidur jadi tidak lena. Namun, saya gagahkan hari Isnin dengan senyuman. Tidak elok bermasam muka. Lagi pula, saya perlu membacakan perutusan perdana menteri. Saya yang membaca terasa mengantuk, apalagi yang mendengar. Biarlah, yang penting semuanya sudah berakhir! Teringat kursus perkahwinan yang dibentangkan oleh kak kiah. Berbunga-bunga hati. Biasalah tu..

Bagaimana ya, hendak menangani seseorang yang sudah tiada semangat hidup? Pernahkah sahabat2 berhadapan dengan hal sebegini? Seseorang yang amat berputus harap dan berhajat untuk menamatkan sahaja kehidupannya. Semudah itu baginya. Inilah yang saya hadapi. Sungguh takut untuk memikirkan segala kemungkinan. Dia tidak dapat menerima nasihat biasa2, kerana baginya tiada siapa yang memahami situasinya. Katanya jika dia tidak membuat sesuatu, semua orang akan ditimpa kesusahan. Jadi jalan pintas itulah yang mampu difikirkan ketika ini, saat ini. Saya hanya mampu terus berdoa dan berdoa supaya Allah melembutkan hati insan itu. Kasihan pada ibu dan ayahnya, tentulah sedih andai si anak bertindak di luar jangkaan.

Dan saya tentulah turut sama berduka, kerana diri ini mengenali mereka. Sudah teramat buntu memikirkan penyelesaian, dan akhirnya hati ini yang larut dalam kesedihan. Oh Tuhan, berilah hatinya cahaya dan petunjuk-Mu. Berilah dia jalan keluar bagi masalahnya. Maafkan hamba-Mu ini, kerana telah gagal mengajak dia untuk lebih mengenali-Mu. Hamba-mu ini lemah sekali, sehingga dia akhirnya terjerumus dalam lembah kemusnahan. Maafkan aku Ya Allah..

Ya, sedih sekali kerana tidak mampu berbuat apa2 dalam situasi sebegini. Susahnya hendak mengikat hati mad'u. Terasa segala kelemahan terpikul di bahu ini. Saya perlu lebih banyak belajar. Bukan mudah hendak menyentuh hati insan2 di sekeliling kita, tidak cukup sekadar teori. Dakwah bukanlah sekadar untuk diperkatakan, bukan untuk dilaungkan sahaja, ia perlu dimanifestasi dengan usaha. Yakni amar ma'ruf wa nahi munkar. Dan amanah itu terpikul di bahu kita semua. Kerana itu kita memerlukan tarbiyyah yang berterusan. Mengapa kita perlu pada tarbiyyah? Ianya penting untuk menjaga ikatan hati kita dengan Allah. Fitrah manusia selalu sahaja lupa dan leka..

Sungguh gentar hati ini memikirkan. Ugutan dan kata hendak membunuh diri bukanlah perkara ringan!


Teringat pada exam yang baru habis. Geram dan kesal, bagi saya subjek ini membosankan, tapi mahu tak mahu saya harus menghadapinya. Sudah rasa macam zombie, kerana jadual tidur yang tidak menentu. Biarlah. Saya tidak mahu mengingatinya lagi =)

Perjuangan harus diteruskan~

3 comments:

izzahismail said...

Husna, u know how i felt about today's exam :(
but, what past is past. mari kte focus untuk the next.

good luck, love :)

SuTeRa said...

huhu..
btol2
ade 2 lg exm =)
berusaha!

Anonymous said...

gago jak... kitak, kamek mauk klaka srwak..kitak nie kupid ar...wat ar 1 spce untuk dak2x yg nak blajak bhsa kitak...huhu..BAHASA BUDAYA KITA:)

~ACUNYA SUE~