Di saat2 akhir menjelangnya HEALS week, banyak pula masalah yang datang. Masalah terbesar adalah berkenaan tempat. Tidak perlulah diulas terlalu dalam di sini, takut jadi isu pula. Cumanya akal saya tidak berhenti bertanya, bagaimanakah 1 tempat yang sama boleh ditempah oleh beberapa society yang berlainan, pada tarikh yang sama? It keeps haunting me. Masalah pengurusankah? Ah, kadangkala perkara sebegini memang susah hendak ditafsir. Saya cuma kasihan pada mereka2 yang telah bekerja keras untuk program masing2. Semoga jalan penyelesaian akan ditemukan secepatnya..
Dulu, saya tidak berniat pun hendak mengambil jurusan dietetics. Masih segar di ingatan, betapa bersemangatnya diri semasa interview di matriks dahulu. Pilihan pertama saya adalah physiotherapy. Sudah terbayang masa depan yang saya mahukan. Namun, Allah adalah sebaik-baik Perancang. Dipendekkan cerita, jadilah saya sebahagian dari mereka yang memasak pada setiap hari Jumaat dalam kitchen diet. Pada mulanya, diri terasa kehilangan arah. Saya tidak bersemangat. Bersyukurlah, semangat itu ditemukan setelah mendengar mutiara nasihat yang madam Aflah berikan. Kata-kata beliau ibarat siraman air yang dingin di hati ini. Bermula saat itu, saya sedar, menjadi dietitian bukan sekadar tahu tentang makanan dan penyakit. Bukan sekadar tentang diabetes dan obesiti. Ianya lebih merupakan amanah untuk seorang dietitian menjaga sumber yang bakal menjadi darah daging manusia. Seorang dietitian perlu berusaha untuk membetulkan persepsi masyarakat tentang pelbagai perkara. Halal dan haram sesuatu makanan, bagaimana cara penyediaannya, dan adakah ianya mengikuti syariat Islam? Para ibu pada zaman ini juga lebih cenderung untuk memberi susu formula kepada anak mereka, padahal di dalam susu ibu Allah telah menyediakan nutrien yang diperlukan oleh bayi. Tidak lebih dan tidak kurang. Di dalamnya juga terdapat immuniti yang amat diperlukan oleh si kecil bagi melawan jangkitan penyakit. Hebat bukan? Tapi ramai wanita yang tidak mahu menyusukan anaknya dengan alasan ingin menjaga bentuk badan. Ibu saya dahulu boleh saja 'maintain' walaupun beliau sudah beranak 5. Ada juga yang tidak percaya bahawa beliau sudah berkahwin. Menarik bukan? Pokok pangkalnya terpulang pada cara seseorang mengurus diri dan pengambilan makanan secara sihat.
Sesetengah masayarakat Barat berpendapat bahawa menutup aurat menghalang penyerapan vitamin D. Hal2 sebegini membuka minda saya, bahawa seorang dietitian juga membawa nama Islam bersamanya. Kitalah yang harus menyingkirkan segala pemikiran karut yang menghuni jiwa masyarakat. Peluang untuk berdakwah sangat besar.
"Kebelakangan ini najis saya berdarah. Doktor kata usus saya bermasalah"-hamba Allah
"Boleh saya tahu bagaimana jadual makan awak?"-bakal dietitian
"Agak tidak menentu, sebab selalu tak berselera. Kadang2 sampai sehari tak makan"-hamba Allah
"Oh, berkemungkinan besar ia berkaitan dengan cara pemakanan awak. Makanlah mengikut jadual. Perut yang dibiarkan kosong sangat tidak elok. Ikutlah nasihat doktor"-bakal dietitian
"Tidak mengapa. Saya telah berjumpa dengan dukun. Dia kata saya kena buatan orang. Sekarang rasanya dah makin ok"-hamba Allah
Dukun oh dukun. Jangan hairan, masyarakat kita masih akrab lagi dengan perkara sebegini. Nasihat doktor diabaikan, pergi berjumpa dengan dukun pula. Saya hanya mampu mengerutkan dahi. Jelas sekali bahawa cara makannya telah menyebabkan masalah itu terjadi. Tapi dek kerana mentaliti masyarakat yang masih percayakan hal2 sebegitu, akhirnya duit habis begitu sahaja. Buat apa pergi berjumpa doktor jika tidak mahu mengambil kira nasihatnya?
Semua ini menyedarkan saya, bahawa tugas dakwah sebenarnya boleh dilakukan bila2 sahaja dan di mana pun kita berada. Terlalu banyak kepincangan yang harus diperbetulkan. Oleh itu, selagi berpeluang, timbalah sebanyak-banyak ilmu. Dan curahkan ia pada semua insan yang memerlukan.
Saya juga khuatir, mampukah digalas tanggungjawab ini sebaiknya apabila sampai masa nanti? Bercakap dan menulis memang mudah. Hakikatnya, saya sedar realiti tidaklah semudah itu untuk diperkatakan. Benar, itu sudah pasti..
~Oh Tuhan, berilah kami kekuatan jiwa untuk melaksanakan dakwah ini sebaiknya. Teguhkan hati2 kami agar terus beristiqamah pada jalanMu~
February 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
salam rindu dari kamik...kitak..rindu kitak..
aii..cerita yg kitak polah tok, cita-cita kamik dulu..kamik trngin jd dietician, tp Allah ubah 360 dgree. Sik pa lah, kamik phm semua kerja Tuhan..Sik sgka kamik, kitak tok pnde nulis..bulih ikut jjak lgkak abg azrul kelak nak..hehe..
dah lama sik klakar srwk..huhu..keep in touch. madah kt mardhiah, gmbarnya posing poyo jak..hahaha
husna tlg trnslate kn komen utk pakri yea..mkseh =]
yeke syira? takpe, yakinkah, Allah does thing by reason
pakri, kalo nak translate kene bayar. xd perkhidmatan free tau
BETUL!BETUL!BETUL!(Versi Upin&Ipin)Makin lme,mkin susah gia mok jadik dietitin...tp, ala kulli hal kte kne sabar kan.insyaALLAH,
INNALLAHA MA'A SOBIRIN;)~ACUNYA SUE
HUSNA?! KITAK DALAM DIAM SIK MADAH ADA BLOG?? HUHU
ida =)
ida yang manakah ini?
jemputlah ziarah selalu..
Post a Comment